BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, June 30, 2009

.mukhayyam09.

bismillah..

alhamdulillah,dengan rahmat ilahi,dapat juga ana sampai di rumah dengan selamat..

apa yg ana sertai sepanjang 3 hari bercuti?

ana telah menyertai Perkhemahan Tingkatan 3 yang telah diadakan di Kem Kaizen pada 26,27 dan 28 Jun..

insyaAllah..ana akan ceritakan,mungkin bukan secara detail..baca jika sudi.terima kasih..

Jumaat 26 Jun 09

alhamdulillah,selepas solat jumaat tamat,kami bersiap sedia di tapak perhimpunan untuk taklimat sedikit tentang mukhayyam kali ini.

tamat taklimat sedikit,kami mula mengangkat barang2 perkhemahan ke atas bas,sedikit demi sedikit..

kami bertolak dari sekolah ke Kem Kaizen pada pukul 3ptg..

semua peserta mukhayyam kali ini menunjukkan reaksi yang sungguh gembira,mungkin mukhayyam ini adalah mukhayyam yang terakhir bagi mereka yang ingin berpindah ke sekolah lain selepas tamat PMR.

di dalam bas , kami diberi 3 tugas..tugas2 itu antaranya ialah membaca surah alkahfi, menghafal doa masuk hutan dan menghafal lagu tema iaitu lagu bingkai kehidupan..

ramai yang tertidur di kalangan kami kerana terlalu penat..apa yang penat?driving?[tanpa jawapan]

kami sampai di Kem Kaizen lebih kurang pukul 4.30..[xingt]

peserta2 mukhayyam mula mengankat barang keluar menuju ke khemah urusetia..beratur,then diberi sedikit taklimat tentang persekitaran hutan oleh Tuan Anuar..

Alhamdulillah..petang tu kami dapat solat 'Asar dengan sempurna,insyaAllah..

pukul 5 petang , kami selaku ketua2 kumpulan dipanggil untuk diberi sedikit peringatan agar mendirikan pangkalan dengan baik..

Tuan Anuar nak kami buat khemah2 ni jadi macam sebuah kampung yang mempunyai beberapa buah rumah dan dapur..

nak dipendekkan lagi..

malam tuh kami ada pertandingan mengasah minda..

pertandingan tuh dipanggil..tak ingat , tapi pasal Belon ELDORA...hehe,

selepas pertandingan tu tamat..kami menyertai acara Owling..
Owling?atau dikenali sebagai perjalanan malam or penghayatan malam or wateva lah...

amat seram kerana ketua sahaja yang dibenarkan membuka mata..so , seram takut2 ternampak makhluk2 halus..tapi Alhamdulillah, malam tuh berjalan dengan lancar...

Sabtu 27 Jun 09

4.30 pagi..Qiyam...biasanya Qiyamullail boleh mendatangkan kekhusyukan dalam solat kerana suasana yang agak senyap sepi..tapi kali ni, bg ana lah..ana xdapat merasakan kekhusyukan solat itu sndiri kerana doa oleh imam yang terlalu lama hingga menjadikan ana lebih mengantuk...kalau xpercaya cuba tanya peserta2 yang lain..hehe

habis Qiyam..tarik nafas lega....solat subuh then , dipanggil ke tempat berhimpun..kami ada PT pagi..apa tuh PT pagi?PT pagi adalah satu bentuk exercise yang membuatkan kaki kita menjadi sihat,otak menjadi cergas,mata xmengantuk..

Alhamdulillah,PT pagi berjalan dengan lancar disebabkan ana memang suka berlari...lepas PT pagi , kami ada BASE , atau Seni Mempertahankan Diri Sendiri...

Taklimat Jungle Trekking diberikan oleh jurulatih Kem Kaizen sndiri..beliau amat garang.hehe

bermulalah jungle trekking dengan satu intro yang penat gile anjing...tekan tubi 20 , starjump 20, sit up 20...penat gile anjing bende tu..tapi takpe..kecergasan fizikal amat diperlukan dalam jungle trekking ni...

jungle trekking ni ana rase paling penat sepanjang 3 tahun ni...jalan yang paling jauh sehingga ada yang mengatakan kita ni telah tersesat..

malas nk cerita pasal jungle trekking sebab ada perkara yang paling ana takboleh tahan..

habis je jungle trekking,kami mula memasak...

NasiGorengNasiGorengNasiGorengNasiGoreng..

wah..time nih menggila masak nasi goreng..pedas yang tak terhingga..

credit to Abdul Muhaimin and Shafie Hassan..

diorang masak pedas giler..

Tuan Anuar mule mengeluarkan kata2 yg xsedap didengar apabila merasa masakan mereka..

pedas gile..sumpah..ana ceret beret makan nasi uh..taktahan maa...

Malam.....solat macam biase lah..

lepas solat isya'..semua peserta berkumpul di dalam surau,menunggu pertandingan malam kebudayaan berlangsung..sebelum tuh kene marah dlu..[taknak cerita,seram]

team ana , mmg langsung xbersedia..pagi time jungle trekking tu baru buat sinopsis jalan cerita bagi lakonan kami pada malam tuh..watak pun belum tentukan,memang huru hara lah team ana..malam tuh kami bersungguh-sungguh menyiapkan walaupun hanya tinggal beberapa mint utk kami persembahkan lakonan kami...

jeng3..

alhamdulillah kami dapat mempersembahkan lakonan kami dengan baik..malam tuh kami tidur dengan teratur kerana telah di"motivasikan" oleh Tuan Anuar...hahaha..ngeh3

Ahad 29 Jun 09

alhamdulillah..hirasah pagi tuh..Qiyamullail macam biasa lah..mula2 dah lantik siapa imam..tapi , ustaz Azahari mencelah utk menjadi imam..haha,ayat xleh blah..

pagi tu juga macam biasa ada PT pagi,tapi tak ade BASE...

kami sebagai peserta mukhayyam 09 diajar oleh Tuan Anuar cara2 utk menyambut perasmi..

"Rehatkan Diri"

"Baris"

"Baris Sedia"

itulah antara arahan2 yg diberikan oleh Saudara Zahin kita...

menyambut perasmi bukan satu perkara yang mudah..

banyak kali kena marah ngan Tuan Anuar sebab tabik tak betul..

pagi tu selepas raptai cara menyambut perasmi , kami ada post-mortum..

wah3,macam2 kami tulis kat kertas tu..maaf yer ust2 ustzh andai kertas tuh dihancurkan oleh tulisan2 kami ni..hehe....tapi tu dah mmg tugas kami..

sambut perasmi..

penutup..

tgk video...

alhamdulillah...

habis jugak mukhayyam thn nih..

alhamdulillah best dr tahun lepas....

TQ to Our Beloved Teacher...

Sunday, June 21, 2009

.mari belajar bahasa arab.

بسم الله..

في هذا اليوم وسوف تتعلم اللغة العربية..

يأكل

يشرب

يقف

الجلوس

يشغل

يمشي

يضحك

صرخة

حزين


إلا أنني كنت التدريس في هذا اليوم.
ان شاء الله


okay..ana akan menterjemahkan satu persatu..

bismillah..

hari ini ana akan mengajar kamu semua bahasa arab..[asas shj]..

yang pertama..[ya'kulu] yang bermaksud..dia makan

yang kedua..[yashrabu] yang bermaksud dia minum..

yang ketiga..[yaqifu] yang bermaksud dia berdiri..

yang keempat..[aljulus] yang bermaksud duduk..

yang kelima..[yashghulu] yang bermaksud dia berlari..

yang keenam..[yamshi] yang bermaksud dia berjalan..

yang ketujuh..[yadhaku] yang bermaksud dia ketawa

yang kelapan..menangis..

yang terakhir..sedih..


itu sahaja yang ana ajar kamu pada hari ini.
insyaAllah..
sekian..

Saturday, June 20, 2009

.jalanjalan.

bosan.
jalanjalan ziarah blog sahabat2..
ade terjumpa bende ni..sungguh kelakar jika anda hayati..
tah pape pon ade gak...

01. Yang pemarah - KEIJI CACIMAKI
02. Yang suka berjimat - SAYORI SUKAMURA
03. Yang bisu - KIETA TADASORA
04. Yang suka makan nasi - NANACHi KASIBANYA
05. Yang suka layan blues - APO NADIKATO
06. Yang suka belajar - ASHIKO ULANGKAJI
07. Yang kerap bikin kacau - WAKASI HURUHARA
08. Yang sangat kedekut - MATIMATI TAMOKASI
09. Yang suka sangat tidur - ICHIBAN TIDOMATI
10. Yang suka mengintai - HINTAI AKOSUKA
11. Yang tua - TARAGIGI PADANMUKA
12. Yang kena tinggal bini - SUSAHATI BINILARI
13. Yang suka merempit - SAJA CARIMATI
14. Yang Lembab - AYUMI CIPUTBABI
15. Yang suka BERSUMPAH - SAIIFOOL BAUKARI

haha..tergelak gak bace..
suke jugok ble ana bce no.15..

.99 langkah menuju kesempurnaan iman.

salam
ana sgt suke dengan artikel ini,insyaALlah..
ana sgt suka pada langkah yang ke 35..
kepada semua yang xsuke ana tu..tolong2 lah baca no. 35 ni..hehe
no 76 pon ana suke jugak..hehe

01. Bersyukur apabila mendapat nikmat;
02. Sabar apabila mendapat kesulitan;
03. Tawakal apabila mempunyai rencana/program;
04. Ikhlas dalam segala amal perbuatan;
05. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan;
06. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan;
07. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan;
08. Jangan usil dengan kekayaan orang;
09. Jangan hasad dan iri atas kesuksessan orang;
10. Jangan sombong kalau memperoleh kesuksessan;
11. Jangan tamak kepada harta;
12. Jangan terlalu ambitious akan sesuatu kedudukan;
13. Jangan hancur karena kezaliman;
14. Jangan goyah karena fitnah;
15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri;
16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram;
17. Jangan sakiti ayah dan ibu;
18. Jangan usir orang yang meminta-minta;
19. Jangan sakiti anak yatim;
20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar;
21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil;
22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid);
23. Lakukan shalat dengan ikhlas dan khusyu;
24. Lakukan shalat fardhu di awal waktu, berjamaah di masjid;
25. Biasakan shalat malam;
26. Perbanyak dzikir dan do'a kepada Allah;
27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat;
28. Sayangi dan santuni fakir miskin;
29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah;
30. Jangan marah berlebih-lebihan;
31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan;
32. Bersatulah karena Allah dan berpisahlah karena Allah;
33. Berlatihlah konsentrasi pikiran;
34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila karena sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi;
35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan;
36. Jangan percaya ramalan manusia;
37. Jangan terlampau takut miskin;
38. Hormatilah setiap orang;
39. Jangan terlampau takut kepada manusia;
40. Jangan sombong, takabur dan besar kepala;
41. Berlakulah adil dalam segala urusan;
42. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah;
44. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran;
45. Perbanyak silaturrahim;
46. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam;
47. Bicaralah secukupnya;
48. Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya;
49. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu;
50. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur;




51. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit bathin;
52. Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga;
53. Makanlah secukupnya tidak kekurangan dan tidak berlebihan;
54. Hormatilah kepada guru dan ulama;
55. Sering-sering bershalawat kepada nabi;
56. Cintai keluarga Nabi saw;
57. Jangan terlalu banyak hutang;
58. Jangan terlampau mudah berjanji;
59. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara;
60. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat seperti bercakap yang tidak berguna;
61. Bergaul lah dengan orang-orang soleh;
62. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar;
63. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu;
64. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita;
65. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan lagi;
66. Jangan membenci seseorang karena pahaman dan pendiriannya;
67. Jangan benci kepada orang yang membenci kita;
68. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuatu pilihan;
69. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang mendapatkan kesulitan;
70. Jangan melukai hati orang lain;
71. Jangan membiasakan berkata dusta;
72. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian;
73. Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab;
74. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan;
75. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita
76. Jangan membuka aib orang lain;
77. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita,lihat pula orang yang lebih berprestasi dari kita;
78. Ambilah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana;
79. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan;
80. Jangan sedih karena miskin dan jangan sombong karena kaya;
81. Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk agama,bangsa dan negara;
82. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain;
83. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara;
84. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa;
85. Hargai prestasi dan pemberian orang;
86. Jangan habiskan waktu untuk sekedar hiburan dan kesenangan;
87. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang bersangkutan tidak menyenangkan;
88. Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuaidengan norma-norma agama dan kondisi diri kita;
89. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan fizikal atau mental kita menjadi terganggu;
90. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana;
91. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita;
92. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina;
93. Jangan cepat percaya kepada berita negatif yang berkaitan teman kita sebelum dipastikan kebenarannya;
94. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajiban;
95. Sambutlah huluran tangan setiap orang dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan;
96. Jangan memforsir diri untuk melakukan sesuatu yang diluar kemampuan diri;
97. Waspadalah akan setiap ujian, cubaan, godaan dan tentangan. Jangan lari dari kenyataan kehidupan;
98. Yakinlah bahawa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan merosakkan;
99. Jangan sukses di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan memiskinkan orang.



Saturday, June 13, 2009

ABU HANZALAH BIN AR RABIE



Salah seorang sahabat serta jurutulis Rasulullah S.A.W yang terkenal ialah Abu Hanzalah bin Ar Rabie. Ketika peperangan Uhud meletus beliau baru saja dinikahkan. Oleh kerana itu Rasulullah mengecualikan beliau dari turut serta ke medan peperangan. Inilah cara Rasulullah untuk merayakan kebahagiaan sahabat baginda.

Namun ketika Hanzalah terjaga dari tidurnya, beliau mendengar gendang perang dibunyikan begitu kuat sekali. Melalui seorang sahabatnya beliau mendapat berita bahwa tentera Islam mendapat tantangan yang hebat. dan dalam keadaan terlalu genting. Tanpa membuang waktu lagi Hanzalah lalu memakai pakaian perang lalu mengambil pedang. Dia menuju ke medan tempur tanpa sempat mandi junub.

Maka terjadilah pertempuran hebat sehingga banyak dari pihak Islam yang gugur syahid. Pihak musuh telah menyerang dari belakang. Akhirnya Hanzalah turut menjadi korban dalam keadaan sedang junub. maka Rasulullah SAW pun melihat mayat Hanzalah dimandikan oleh para malaikat seperti mana tercantum dalam sabdanya: “Aku melihat diantara langit dan bumi para malaikat memandikan mayat Hanzalah dengan air dari awan di dalam bejana perak.”

Para sahabat tercengang-cengang mendengar ini. Salah seorang dari mereka, Abu Said Saidi lalu pergi melihat mayat Hanzalah. Wajah Hanzalah kelihatan tenang. Dari rambutnya kelihatan titisan air berlinangan turun. Sungguh beruntung Hanzalah mendapat layanan yang begitu istimewa dari malaikat. Tidak pernah terjadi dalam sejarah seorang syahid dimandikan dengan cara yang luarbiasa ini. Malahan matinya sebagai syuhada menjadikan ia sebagai penghuni syurga tanpa dihisab. subhanallah…

Sunday, June 7, 2009

.semalam.

in the name of Allah..

berikut adalah lirik nasyid semalam by mirwana..


Semalam...

Terukir peristiwa silam
kenangan tak bisa terpadam
ku terkenang
oh semalam

Sedetik...

Ku singkapi tirai memori
saat duga tiba menguji
oh semalam
telah pergi

Tuhan
ampunkan segala dosa-dosa

Moga
hari esok ku lebih sempurna

Semalam...

Ku meniti jalanan suram
hampir ku hanyut dan tenggelam
ku tinggalkan
oh semalam

Ku tinggalkan semalam

Tuhan

Ampunkan segala dosa-dosa

Mo... ga... e.. sok ku kan lebih sempurna

Semalam

Ku meniti jalanan suram
hampir ku hanyut dan tenggelam
ku tinggalkan
oh semalam

Ku tinggalkan semalam
kian menjauh
dan semalam
terus menjauh

Takkan ku berpaling lagi
kerna semalam
pergi...

[tamat]

sebenarnya ana letak lirik lagu ni sebab ana rasa rindu pada mukhayyam..
hehe..
"kenangan tak bisa terpadam"
betul kata lirik tu..ngee~





minum petang


bergurau senda


kawad!



penat~

rajin..anak siapa lah ni?

haha.muke sof..


tah pape la nabil wat tu..

Saturday, June 6, 2009

.edited by anas.

salam to all..

hmm,
hari ni ana byk edit gmbar jek..
da lah ana xreti edit gmbar..
tapi nk tolong abg senior ana ni..
edit je lar..huhu,









.atas permintaan.

salam,atas permintaan kawan ana..
ana ltk ah gmba ni..nih tyme jungle trekking.














Friday, June 5, 2009

.percubaan pmr.

Salam~

percubaan pmr sudah hampir tiba.
btol ke?ana pun taktau.ana hanya ingin memberi sedikit tip2 utk pndai.
ana pun pernah buat benda ni.berjaya sekali dua.mungkin Allah nak bagi kita kejayaan di masa hadapan.bukan sekarang.hehe.
jadi,berikut adalah cara2 ana belajar sepanjang ana hidup.


3.00pg-5.50pg = bangun.qiam.tgk bola kalo ade.siapkan buku yg akan blajar.mandi.solat subuh.

6.00pg-7.00pg = gosok baju.mandi skali lg,bdn kmbali busuk.pki baju n sluar.sarapan pagi.
btolak g skola.

7.30pg-4.50ptg = skola spt byase.jgn tdo dlm klas[walaupun ana bwat].fokus pada pelajaran.

5.00ptg-6.30ptg = riadhah,kalo ana main pingpong.main komputer.tgk tv.makan.

6.30ptg-7.00ptg = siap2 nk g surau.mngaji quran skit. g surau.

7.30ptg-8.00mlm = blk dr surau.mngaji quran.tdo skjap.

8.30mlm-9.00mlm = g surau untuk solat isya'. blk dr surau ngaji skit.

9.00mlm-11.00mlm = hmm?apa ye? mst lah blaja.ulangkaji blk apa yg xfhm kat skola td.

11.00-11.30mlm = buat kerja rumah.tdo.hihihihi.

Cubalah antum untuk melakukan semua perkara ini. kalau berkesan ucaplah Alhamdulillah dan
ingat lah kejayaan bukan hanya datang sekali sahaja. dan ingt lah bahawa sekali gagal bukan lah gagal selama2nya..sekian

.mampukah aku menjadi seperti mereka?.

In The Name Of Allah..

Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah,
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabillah,
Penawar hati kekasih Allah,
Susah dan senang rela bersama.

Dapatkah kudidik jiwa seperti Siti Aishah,
Isteri Rasulullah yang bijak,
Pendorong di kala kesusahan dan penderitaan,
Tiada sukar untuk dilaksanakan.

Mengalir air mataku,
Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah,
Akur dalam setiap perintah,
Taat pada abuyanya yang sentiasa berjuang,
Tiada memiliki harta dunia,
Layaklah ia sebagai wanita penghulu syurga.

Ketika aku marah,
Inginku intip serpihan sabar,
Daripada catatan hidup Siti Sarah.
Tabahkah jiwaku,
Setabah umi Nabi Ismail,
Mengendong bayinya yang masih merah,
Mencari air penghilang dahaga,
Di terik padang pasir merak,
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah,
Pengharapannya hanya pada Allah,
Itulah wanita Siti Hajar.

Dapatkah aku mengikut jejak Siti Rahmah,
Permaisuri Nabi Ayyub,
Pasrah dengan dugaan Tuhannya,
Walau pernah tersungkur ke dalam jerat syaitan,
Namun ia kembali,
Kerana iman yang kuat,
Telah dijanjikan syurga adalah balasannya,
Bahagia adalah miliknya.

Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman,
Bersinar indah, harum tersebar,
Bagai wanginya pusara Masyitah.

Tuesday, June 2, 2009

.mukhayyam.peringkat mujahid/mujahidah.

bismillahirrahmanirrahim..
in the name of Allah..





hmm,lame da xpost kat blog ni..so, ana nk cerita skit la tentang perkara yg ana manfaatkan pd waktu cuti nih..

cuti baru2 nih.30,31 mei dan 1 jun,ana telah menjadi fasilitator bagi mukhayyam peringkat mujahid-mujahidah Sekolah Rendah Islam Hidayah...

ana sedar mmg ana xda pangkat..so, org lain semua pelik dengan kehadiran ana..banyak lagi org yang ada pangkat boleh jadi fasi..tp ana dan akhi muhaimin antara orang yang terpilih dari kalangan golongan biasa.hik3..

30 Mei...

Bermulalah perjalanan kami , 3 bas dari SRIH ke Taman Rekreasi UTM..

ana,muhaimin,sofwan,aiman,yaqin,khair,mursyid dan Nigel ialah fasilitator bagi kadet lelaki..manakala fasilitator bagi kadet perempuan pula ialah khairunnisa' bee,nadiyah syahira,athirah,qarirah,farwizah,fitriyyah dan khadijah..

beberapa org dari kami telah memegang kumpulan² tertentu..
ana telah memegang kumpulan Badar..

dalam pukul 10 kami tiba di Taman Rekreasi UTM..semua org menunjukkan perasaan gembira mereka...smpai2 je,hujan turun..kami pun berbasah turun ke tempat perkhemahan..

agak lame hujan..bila smpai kat tempat perkhemahan tuh..ada pertandingan gajet..
gajet?ape tu?teka la..haha..kami sebagai fasilitator hanya memantau keadaan kumpulan masing-masing..

untuk pertandingan gajet..kumpulan Badar telah mencapai kejayaan dengan menduduki tempat ke 5 daripada 5 kumpulan..hek3,tapi kami hanya membenarkan sahaja mereka mendahului kami..kami yakin bahawa kami akan cuba sedaya upaya untuk merangkul gelaran JUARA.

Setelah selesai pertandingan gajet..barulah mereka membina pangkalan..kami hanya memantau mereka dari jauh dan telah membantu sedikit untuk kekukuhan khemah..

Khemah dah didirikan..gajet dah didirikan...solat Zohor pun dah selesai.
maka,bermulalah perasmian Mukhayyam Peringkat 3 iaitu Mujahid-Mujahidah...
Ucapan yang telah diberi oleh Ustaz Jelani amat berguna...opss,Tuan Jelani..hehe

Setelah selesai ucapan tersebut..semua berkumpul di tanah lapang untuk menyertai pertandingan kawad..Bermulalah pertandingan kawad..Kumpulan Badar sekali lagi telah berjaya menduduki tempat ke 5..hehe,

ringkasnya..dah habis pertandingan kawad,mereka pun minum petang bersama fasilitator masing².habis minum,taklimat pertandingan memasak pulak..

taklame pun taklimat,terus pertandingan memasak..kumpulan ana masak,kari..tapi santan banyak g**a..haha,serbuk karinya sikit.takpe lah.budak2 lagi.tyme memasak ni..kumpulan ana sekali lagi berjaya menduduki tempat ke 5.dan ini adalah pertandingan yang terakhir kumpulan ana berjaya menduduki tempat ke 5..

Lepas tuh,ada pertandingan khemah terbersih dan kumpulan Badar berjaya menduduki tempat pertama..

malam.....

malam , ada penghayatan malam..ataupun lebih dikenali sebagai Night Walk ..
night walk kali ni lain dari yang lain..perjalanan kumpulan by kumpulan,then ditarik one by one masuk ke dalam hutan dan duduk kat dlm hutan tu selama 30 min..jaraknya hanya 7 meter sesama murid2 yang lain..

banat,okay je..takda masalah..
aulad?paling bermasalah..mereka ni nampak je otai,poyo..tapi pengecut rupanya..hehe,
mereka kena marah dengan Tuan Md Noor sebab berbual semasa night walk tersebut..

akhir hari tuh,mereka kena tak sempat kena denda dengan kami..hehe
mereka tidur dengan tenang dan ada kumpulan yang kena hirasah..

31 Mei...

31 mei hari yang ditunggu-tunggu oleh kadet lelaki dan perempuan..ana pun taktau lah kenapa mereka tunggu sgt hari tu..

rupa2nya, pagi tu mereka ada jungle trekking.sebelum jungle trekking kami ada membuat base untuk kadet2 ni..ada yang ingat,ada yang lupa..jadi kami buat demo untuk mereka..

7.45 :

jungle trekking bermula dengan kumpulan 1,badar.. diikuti oleh kumpulan seterusnya..
naik bukit,turun bukit..jalan ikut sungai..amat berat untuk kita harungi..
bagi ana,boleh je jalan laju,cuma budak2 ni yang lambat..berbadan besar majoritinya..



checkpoint terakhir..kami mandi tasik[taktau nk cakap ape]..
main kayak..best sangat!!!

kumpulan Badar berjaya menduduki tempat kedua dlm pertandingan jungle trekking ni..
penat dan lelah kami atasi masalah itu dengan tidur selama 1jam setengah..
bangun dari tidur,kami tunaikan solat Asar berjemaah..

setelah semua berehat sebentar,taklimat pertandingan PC pula dismpaikan oleh Puan Suriyani..
mereka berlumba2 untuk menang dalam pertandingan PC ini..kami hanya memantau dari jauh..
Kumpulan Badar mencapai kejayaan..[xingt lah no.bpe,yg penting atas lah]

diringkaskan lagi..malam,ada persembahan..
persembahan mereka tidak begitu menarik..mungkin faktor masa yang diberi untuk berlatih.
tapi persembahan kami sebagai fasi sangat menarik perhatian kadet-kadet lelaki..

lewat malam,kami membuat refleksi diri bersama kadet² lelaki dan perempuan..
tidur dan hirasah..

1 Jun

Sarapan,berkemas..
penutup..balik~