BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, September 30, 2011

terfikir

bismillah..
hmm, alhamdulillah dah habis exam..
result? no comment lah. teruk kot.
tutup cerita pasal exam..
tunggu result spm je lahh ni haha :D tak sabar rasanya nak spm..
cepat sikit habis sekolah ;)

semalam aku lepak2.. tibe2 aku terfikir.
kalaulah aku tak layan dia tiba2 dalam masa 1 2 minggu.
apa dia buat kat aku ek? dia sedih ke atau dia relaks je..
sbb aku tak pernah buat mcm tuh. tu yg aku tak tahu..
kalau dia buat mcm tu kat aku, aku bg dia msj panjang2..

tp kalau aku buat kt dia? hmm harapan lah mcm tuh..
mustahil ek? hmm. btw, aku nak barang tu ! hahah..
the end.

Saturday, September 24, 2011

doktor bukan tuhan,tapi tuhan segala-galanya

Sering kali apabila kita sakit doktor akan meminta kita untuk makan ubat. Tiada pula doktor suruh untuk melakukan perkara lain.

Doktor : Encik makan ubat ini ya. Nanti cepat sikit sembuh.

Pesakit : Ubat yang doktor Klinik ABC bagi itu tidak elok lah doktor. Dah 3 hari saya makan tapi tidak elok jugak sakit saya ini. Makin parah ada lah saya rasa.

Doktor : Tidak apa encik. Saya bagi ubat lain ya. Nanti encik makan. Jangan tidak makan pula.

Pesakit : Baiklah doktor. Saya akan makan ubat ni sampai sembuh. Terima kasih doktor

Doktor : Sama-sama encik.

Apa niat kita masa makan ubat tu?

Adakah kita berkeyakinan bahawa dengan makan ubat itu sakit yang kita deritai akan sembuh?

Adakah kita menaruh harapan bahawa ubat itu akan membawa kesembuhan buat kita?

Adakah kita beranggapan bahawa ubat itu punya kuasa magis untuk menyembuhkan penyakit?

Adakah kita rasa doktor yang kita jumpa itu punya kuasa untuk sembuhkan kita?

Sebenarnya kita tidak sedar bahawa dengan beranggapan sedemikian kita telah terjatuh dalam syirik kecil. Astaghfirullahal ‘Azim. Perlu diingatkan bahawa ubat itu hanya menjadi perantara kepada kesembuhan penyakit. Bukannya ubat itu yang punya kuasa untuk menyembuhkan penyakit. Bahkan hanya Allah sahaja yang punya kuasa yang Maha Penyembuh.

Ikuti senario berikut (di klinik pesakit luar) :

Pesakit : Assalamualaikum tuan doktor. Selamat pagi.

Doktor : Selamat pagi makcik.

Pesakit : Tuan doktor, makcik sakit kepala sudah 3 hari. Dah pergi jumpa doktor dekat klinik sebelah itu. Dia bagi ubat tapi tidak hilang jugak sakit kepala makcik ini. Makcik rasa doktor itu tidak rasi la dengan makcik.

Doktor : Ye ke makcik? Rasi macam mana tu?

Pesakit : Ye la. Bulan lepas makcik sakit gigi pergi juga dekat situ. Ubat yang dia bagi tidak elok juga. Makcik rasa bukan ubat yang tidak elok. Tapi doktor itu yang tidak reti bagi ubat agaknya, atau pun doktor itu tidak ada power nak ubat pesakit.

Doktor : Oooo… gitu. Jadi makcik rasa saya ini ada power untuk ubatkan makcik?

Pesakit : Ye la kot.

Doktor : Mana makcik tahu? (sambil mengambil tekanan darah dan meletakkan stetoskop di dada pesakit tersebut)

Pesakit : Ye la. Sebab doktor ini nampak ada gaya doktor. Bak kata orang tu…ade “nokoh” jadi doktor.

Doktor : makcik ni kelakar la.

Pesakit : Apa yang kelakarnya doktor?

Doktor : Makcik…. sebelum keluar rumah nak datang sini tadi makcik ada tak sembahyang hajat?

Pesakit : Tidak ada pula doktor. Kenapa doktor tanya macam itu?

Doktor : Makcik, saya tidak ada apa-apa kuasa nak sembuhkan makcik. Ubat yang saya bagi jugak tiada kuasa nak sembuhkan sakit kepala makcik.

Pesakit : ????? (dengan gaya mulut terlopong)

Doktor : Betul makcik.

Pesakit : Jadi apa guna makcik datang sini. Baik makcik pergi cari doktor lain yang ada power

Doktor : Nanti dulu makcik. Saya tidak habis cakap lagi.

Pesakit : Ok doktor… teruskan…

Doktor : Setiap penyakit itu datangnya dari Allah dan setiap ubat itu jugak dari Allah. Saya dengan ilmu perubatan yang ada telah diberi kelebihan oleh Allah untuk menjadi orang yang boleh memberikan perantara (ubat) untuk menyembuhkan penyakit.

Dengan sebab perantara itulah maka penyakit akan insya’allah sembuh. Allah beri kita penyakit supaya kita ingat akan Dia. Supaya kita berikhtiar untuk mencari ubat itu. Dalam masa yang sama tidak melupakan Dia. Penyakit jugak sebagai kafarah untuk menghilangkan dosa kalau kita sabar. Kalau tak sabar, bertambah lah dosa.

Pesakit : Oooo… macam tu rupanya.

Doktor : Iye makcik. Jadi, makcik betulkanlah niat makcik itu dan betulkanlah juga anggapan makcik itu ya. Lain kali kalau nak datang jumpa mana-mana doktor, makcik sembahyang hajat dulu, ingat akan Allah. Niatkan tujuan makcik nak berjumpa doktor adalah untuk berikhtiar mencari ubat dan dengan asbab ubat itu dan dengan izinNya penyakit makcik mudah-mudahan akan sembuh ya. Ingat makcik. Ubat atau pun doktor tak punya apa-apa kuasa untuk sembuhkan penyakit.

Pesakit : Baiklah doktor. Terima kasih banyak kerana mengingatkan makcik. Ini ada ubat tidak doktor?

Doktor : Ada makcik. Jangan risau. Makcik tau tidak baca doa makan ubat?

Pesakit : Makcik biasa baca bismillah je…. tak tau pula ada doa khusus untuk makan ubat.

Doktor : Ada makcik. Ni saya dah tuliskan dalam kertas ni. Nanti masa nak makan ubat tu makcik baca dulu doa ini ya. Kalau makcik tidak boleh baca, mintak tolong sesiapa yang boleh bacakan. Ini doa Bismillah Enam.

Bunyiknya dalam bahasa Melayu:

Bismillahi Kaafi
Bismillahi Shaafi
Bismillahi Waafi
Bismillahi Muafi
Bismillahi Robbussama waatiwal ardhi
Bismillahi Layadhurru ma’asmihi syai’un fil ardhi, walaa fissamaa’i wahuassami’ul ‘aliim

Kita berusaha, ALLAH yang menyihatkan

-Artikel iluvislam.com

Friday, September 23, 2011

sahabat :)


kalaulah dia sahabat istimewa kita,
jom baca :D

1. Kalau mereka susah, memerlukan bantuan, kenalah kita bantu sama ada dengan wang ringgit, tenaga mahupun nasihat dan pandangan kita.
2. Kalau mereka meminta sesuatu, kenalah kita beri. Jika kita tidak mampu, minta maaflah kepadanya.
3. Kenalah ziarah selalu dan lihat-lihatlah apakah yang perlu kita bantu.
4. Sewaktu ke rumahnya, bawalah buah tangan.
5. Berilah hadiah terutama di waktu-waktu yang sesuai seperti mereka mendapat anak, waktu perkahwinan dan sebagainya.
6. Di waktu sakitnya kenalah ziarah dan doakan kesembuhannya.
7. Di waktu mereka mendapat sesuatu yang menggembirakan, hendaklah kita juga lahirkan kegembiraan.
8. Di waktu mereka mendapat sesuatu kesusahan dan kesedihan, hendaklah kita juga melahirkan rasa kesedihan dan kesusahan sama.
9. Kebaikannya selalulah kita puji di belakangnya.
10. Kecacatan dan kekurangan atau keaibannya dan keluarganya, hendaklah kita tutup. Ertinya kita jangan mengumpatnya.
11. Kalau ada orang lain mengumpatnya di hadapan kita, kenalah nasihat orang itu atau kita tinggalkan majlis itu.
12. Kalau dia mengajak kita menemaninya ke mana-mana, kenalah kita menerimanya kecuali kalau ada keuzuran yang tidak dapat dielakkan.
13. Kalau dia menjemput ke majlis, wajib kita menerima jemputannya.
14. Kenalah ziarah serta mengambil perhatian keluarganya selepas matinya.
15. Kenalah ziarah sahabat baiknya. Kalau boleh mengambil perhatian kehidupan keluarga mereka selepas matinya.
16. Selalu mendoakannya di luar pengetahuannya atau bukan di majlisnya.
17. Berilah kemaafan di atas kesalahan terhadap kita.
18. Mintalah maaf kepadanya di atas kesalahan dan kekurangan dan kelemahan diri dalam menunaikan tanggungjawab terhadapnya.

Oleh itu, bersahabat besar ertinya. Kerana itulah Rasulullah SAW memanggil pengikut-pengikutnya dengan perkataan Sahabat. Padahal di dalam bahasa Arab ada perkataan lain yang makna lahirnya agak sama, misalnya zamil atau rafiq. Tetapi erti sahabat lebih mendalam dan mesra.

Thursday, September 22, 2011

ujian dan bala

salam.
dgr tajuk je macam dah gempak. ceh. sebenarnya tak ada apa2 pun.
hmm, cuma nak cerita exam minggu ni je.
exam minggu ni sangat mencabar walaupun entah lahh..
sebenarnya tak susah pun. tapi sebab tak belajar kan..
biasa lah, ujian betul !

paling best PA la. aku dah baik je buat latihan. seronok gile dpt buat pp dan kkk sebelum exam.
time tu first time dpt imbang.
lepas tu keluar soalan waktu exam.. pehh, subhanallah. best betul ! haha susah gile beb ..
serious susah. aku buat semua tak imbang. last2 aku surrender. tp surrender tu bila dah abis masa.
adehh sakitnya hati ni Allah je tahu.. hehe,
surrender tu sebenarnya dalam islam dipanggil tawakkal.
cehh so insya Allah kalau dpt B tuh boleh lagi raise up usaha ..boleh lg A+ dalam SPM.
still ada masa..

dan semalam. yaww. sedih sangat beb semalam. semalam pergi sekolah. then tak masuk kelas belah pagi. lepak je kat surau. baca buku pqs. padahal hari ni exam BAHASA ARAB TINGGI.
sebab aku ingat mmg nak belajar malam..
jadi aku lepak la pagi tu. belah petang aku masuk la jugak kelas sbb nak jaga hati ustzh*lol
then masuk la.. lepas tu keluarkan buku nota2 dan segalanya berkaitan dgn arab..
tak belajar pun. jalan2 kacau org belajar. haha,

10 minit sebelum pkul 4,ada perempuan ni panggil aku. adehh, aku pun tgk jam alang2 dah nak pkul 4 siap2 la terus beg.. keluar lepas tu bincang pasal apa entah.. aku pun balik.
malam pulak lepas maghrib aku terlantar atas sofa takleh nak bangun.. tgk je la bola.
haha penat sgt kot. then pkul 9 tu dah start nak belajar.. aku pun mmg dah semangat gila nak belajar arab malam semalam.. tiba2... ya Allah !! buku nota aku tertinggal atas meja dkt dewan ;(
serious sedih gila ! aku pun hampa dan terus baring atas sofa. tutup mata dan... aduiii. terus tidur.

bila dalam dewan.. aku macam. urghh soalan apa ni ! soalan macam ni jarang ditanya. so aku pun dgn hati yg tenang *ceh.. jawab lahh ! haha 10 minit dah siap. ape seh soalan. tapi hentam tu jangan cerita la bro. belakang tabir la. seronok betul. kertas 2 susah ! aku pun relaks je jawab sbb hentam jugak.. mungkin ni balasan kacau org smlm? haha :(

Monday, September 19, 2011

facebook kini

bismillah.

hmm.
makin lama fb ni makin berubah..
makin lama makin tak best pulak fb nihh.
nak private wall pun dah xboleh ;(
macam bosan aa gitu. nak private pun private status je.
dah tak macam dlu dahh. tak best betul.

aku baru je nak private aku punya wall dari seseorang..
sebab apa? entahh lah.
antara aku dengan dia. macam tak ada apa2 fungsi..
aku ada facebook dia, dia ada facebook aku.
tapi aku tak boleh buat apa2 dekat fb dia,
dia pun takkan buat apa2 kt fb aku..
so macam takde guna la aku open wall aku..
lebih baik private.

bila aku fikir2 balik , rasa macam lebih baik aku delete je..
still boleh mesej jugak kalau ada apa2 nak ckp..
lol, "kalau ada apa2" haha..
tapi nak delete tu, tak sampai hati la kan..
kesian pulak.. tapi takpe la, tgk je lah nanti :)


aku tak faham betul lah =="
why do I need to be differentiated from others ?
why why why ??
kenapa aku jugak yang perlu dibeza-beza dengan org lain?
sedangkan aku ni....
apa salah aku ek? kalau aku salah takpe, cakap je.
biar aku je yang melangkah kaki meninggalkan kau.
jangan buat aku macam ni bro !

Sunday, September 18, 2011

Pengorbanan

bismillah.

sakitnya kepala :(
tengah menderita belajar Prinsip Akaun.
Selasa ni paper Akaun, so kita harus berkorban untuknya.
baru terbaca tadi status FB dr senior aku, BERKORBAN ERTINYA TERKORBAN..

jadi, berkorbanlah jiwa dan raga kita utk sesuatu dan pastinya kita akan terkorban dengan pengorbanan yang dilakukan :)
semalam ada bengkel bahasa arab.
dalam bengkel tu , Khatib (pemberi ceramah) tu kata "i'malu syaiun mustahil lisyai'un mustahil"
(xsilap aku la)
maksudnya :
lakukanlah perkara2 yang luar biasa untuk mengecapi perkara yang luar biasa..

bila kita tak biasa buat latihan 10 kali dalam sehari, maka lakukanlah latihan itu 10 kali dalam sehari untuk mengecapi A+
tapi kalau kita selalu buat 10 kali dalam sehari, tapi tak berjaya jugakk. ubah taktik belajar kita. buat latihan 20 kali sehari.. dan seterusnya..
yang penting doa dan tahajjud kita tak tinggalkan, insya Allah..
aku pun bukanlah tak pernah tinggal, semua orang pernah tinggal.
tapi dalam mengecapi perkara yang luar biasa, lakukanlah perkara yang luar biasa.

Sahabat, andai kau rasa kau terseksa dengan belajar...
Buka minda anda.. Buka mata anda..
Lihat di Palestin, mereka terseksa dengan peluru2 yang menghentam mereka.
tapi, dalam keseksaan menerima tembakan2, mereka tetap menuntut ilmu.
Subhanallah...
kau tak rasa kau tu terlalu merungut?

Sesungguhnya orang yang sudah biasa dengan kesenangan,
apabila datangnya kesusahan.. dia sentiasa merungut.
macam mana kita ?

***
sekadar luahan hati,

aku rasa aku tidak diperlukannya meski aku memerlukannya
aku meluahkan, tapi luahanku tidak diendah
mungkinkah aku bukan sahabat sejatinya?
antara kau dan aku perlunya ukhuwah..
kerana manusia tidak boleh hidup seorang diri,
maka aku perlukan kau xD

Saturday, September 17, 2011

aku terpinggir

maafkan bila memang kini
harus kutinggalkan dirimu
kerana hatiku selalu kau lukai

tak ada lagi yang bisa ku lakukan tanpamu
ku hanya bisa mengatakan apa yang ku rasa

aku menangis membayangkan
betapa kejamnya dirimu atas diriku
kau membezakan diriku dengan insan lain.
kau meminggirkan diriku :(

ku menangis melepaskan
kepergian dirimu dari sisi hidupku
harus selalu kau tahu
aku lah hati yang telah kau sakiti

aku kini ditinggalkan













Mungkin dirimu ditinggalkan,
Mungkin dirimu menyendiri,
Mungkin dirimu di kelilingi,
Mungkin kau hanya mencari,
Masih belum kau ketemu,
Kerana kau tidak tahu,
Apa yang sebenarnya hilang.

Mungkin kau bersedih,
Mungkin kau bergembira,
Mungkin kau biasa-biasa saja,
Namun, kosong itu masih ada.

Pernahkah?
Pada satu ketika kau menyendiri,
Tanpa sesiapa di sisi,
Kau merasa sedih, mungkin juga benci,
Benci dengan semua makhluk di sekeliling,
Kerana mereka meninggalkanmu.

Pernahkah kau bersedih kerana diri tidak dipeduli,
Kerana diri tidak sehebat manusia lain,
Lalu di situ kau terduduk,
Menangis samada luar atau dalam hati.

Tiba-tiba terdengar satu suara halus,
Yang memujuk hati agar jangan bersedih,
Yang memberitahumu bahawa kau tidak keseorangan,
Yang meyakinkanmu bahawa awan hitam akan berarak pergi,
Matahari pula akan bersinar kembali.


"Tunjangkanlah resah mu di dada SOLAT, Himpunkan perit mu di genggaman DOA, Tutupi kekecewaan mu dgn keTAQWAan,dan Nilaikan kesucian hati mu dgn keIKHLASAN hati.”

Friday, September 16, 2011

menunggu

kini aku terus menunggu.
menanti dan terus menanti..
walau ku tahu segala penantian itu..
hanya sekadar penyeksaan.
namun aku tetap akan terus menunggu...

esok mungkin kau pergi..
kau tinggalkanku sendirian.
tanpa kenangan yang indah..
di mana janji-janjimu ?

hatiku kini dilukai..
tanpa kesan yang dapat dilihat.
kini kau melukai hatiku, dan terus melukai..
mungkinkah aku dihargai?
aku cuma mampu menanti.
dan terus menanti..

-apa aku merepek ni haha :D
-cepat lah reply msj aku ! haha, dah tak keruan ni.

Sunday, September 11, 2011

dan bila.

bila kau memanggil aku sebegini dan sebegini ..........


Calling me FAKE won't make you REAL

Calling me DUMB won't make you SMART

Calling me WEAK won't make you STRONG

Calling me UGLY won't make you BEAUTIFUL

Calling me MEAN won't make you NICE

Calling me GAY won't make you STRAIGHT

Calling me RUDE won't make you POLITE


haha sebenarnya bosan.

tapi perkara ni adakalanya benar. dan kerapkali benar :)

“Ya Allah Ya Tuhanku sebagaimana Engkau telah memperelokkankan kejadianku , maka hiasilah budi pekertiku dengan akhlak yang baik”


tadi taip message. lepas tu tekan send, then tak boleh pulak. first time keluar note "your message is too long"

lol. panjang sangat. haha so terima je la apa yang terdaya dan termampu utk ku hantar ;)

Saturday, September 10, 2011

syok sendiri

bismillah.
alhamdulillah dah habis 4 subjek = 8 papers.
tinggal lagi 7 subjek = 13 papers.
aduhh begitu menyeksakan belajar ;(
penat. letih. kepak

tapi, itu semua utk kebaikan aku gak :)
chill la. tu semua percubaan je. hehe

hari ni aku nak cerita sikit pasal syok sendiri.
korang pernah rasa syok sendiri? mesti la pernah kan?
emm. aku pernah. selalu kot..
aku post kat wall dia. tak pernah2 dia reply atau comment atau apa2.
rasa mcm syok sendiri je kat wall org. lol,
memang rasa macam .. aduhh malunya aku. haha
tapi takpe la. jangan risau lah. tak payah nak sedih sangat.
entah2 kita ni bukan siapa2 utk dia. so buat apa kita nak risau ?
chill ;)

hari ni dah 2 hari aku tak dapat apa2 dr dia.
tak dapat berbual pun. huh,
bila lagi ek? ni baru beberapa hari.
nanti lepas ni masuk asrama pulak dah.
bila lg ye dpt bebual?
hmm, tak pe la. biar lah dia go on with her life.
haha, teruskan yer. All The Best.
aku setia menanti,
menanti barang yang akan diberi.
mungkinkah akan ku miliki ? haha :)
takpe. walau ku tahu penantian satu penyeksaan,
Allah Lebih Mengetahui :)

Thursday, September 8, 2011

siapakah ?

Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang di timpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata, "Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan... khususnya tentang mengerjakan Sholat…

Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi di himpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...

Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..

Siapakah org yg KEDEKUT ? Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang email ini begitu sahaja, malah dia tidak menyampaikan pula pada org lain.

rindu

serious rindu ! lol.
cepat la mesej saya huhu.
i'm always waiting for you !

2 paper hari ni, insya Allah boleh lulus. PSI. haha
kalau tak lulus, redha je lah.
esok, sejarah. 8 to go !

Wednesday, September 7, 2011

semalam

hari ni dah habis 2 subjek..
9 lagi menanti.
lamanya exam ;( sebulan tuhh.
tinggal 2 bulan utk spm.
sebulan ni trial. sebulan next belajar. sebulan next lg terus spm.
all the best.

semalam aku dapat guna komputer kejap.
so guna la sehabis2nya.
tambahan pulak dapat chat ngan kawan aku.
dah lama sangat tak bukak ym.
semalam tu bukak pun sebab dia ajak.
so layan laa.
layan punya layan dah pukul 3 pagi..
lepas tu tidur pun sebab aku yg penat.

nak tunggu dia off, mmg agak mustahil la.
apa jenis mata pun entah laa. hebat. haha, admire ni..
tapi dia mmg bagus la. pandai english.
so aku pun sikit2 belajar english dengan dia.
guna2 idiom yang aku cuba2 cari kat internet.
berbual dengan dia dalam bahasa inggeris.
seronok jugak lahh !

tapi tak seronok sangat lah kan..
sebab macam sedih la..
tgk wall dia.....
hmm, comment org lain dia reply..
comment aku? no hard feeling la , Anas.
huhu..

sekadar coretan hati ; Anas

Tuesday, September 6, 2011

bermulanya sebuah perubahan..

jom ikuti sebuah kisah dari seorang artis ;)



kalau mereka yang sudah jauh terpesong dapat berubah, mampu berubah, ingin berubah...
kenapa tidak kita?

Monday, September 5, 2011

cutiku ;)


duit raya. haha tahun ni tak banyak pun duit raya. lebih kurang macam ni je lahh.
bukan tu yang aku nak cerita pun sebenarnya.
haha , tadi.. aku dapat duit raya dari kawan aku.
terima kasih lah ya ! lama tak dapat duit raya dr kawan2.
btw utk awak yg bagi saya duit ni, jaga diri kat asrama tuh. Lol.
ehh lupa ! thx la pagi tadi dan sorry sangat. bukan taknak angkat.
sorry ya smpai 15 kali awak call :P
tapi.. emm, pukul 4 bangun jugak akhirnya. alhamdulillah
sorry sgt !!!

cuti macam mana?
mesti ada yang kata cuti ni tak macam biasa. kena belajar.
ceh.takpayah nak munafik sangat lahh weh! aku tau korang semua seronok berhari raya.
mana tak seronok. dapat duit..
belajar tu sampingan je kan? eleh , tak payah nak menipu sangat lahh.
kalau dah belajar bersungguh2 dalam kelas, tinggal nak revise je.
bukan nak baca balik semua. apa lahh !
btw , bagi mereka yang dah belajar bersungguh2 cuti2 ni, tahniah lah ya !
utk yang tak belajar tu, takpe.. jangan risau. aku pun belajar sikit2 je..

biar kita gembira hari raya, hari kemenangan umat Islam..
jangan lupa ya berpuasa selama 6 hari selepas sebulan penuh berpuasa di bulan ramadhan
pahalanya seperti kamu berpuasa selama setahun.
banyak tuh!
untuk ibadah korang yang dah buat waktu ramadhan tu, jangan nak tinggal macam tu je.
sambung la !
hari ni dah 7 syawal. patutnya kalau ikut ramadhan.. korang dah juz 7 baca quran..
dah berapa ? tepuk dada tanya iman..
kalau ramadhan tak dapat bentuk diri korang, taktau la apa yang dapat bentuk...

apa2 pun, All The Best untuk calon SPM yang akan bermula trial esok terutama sahabat2 aku kat negeri Johor.
untuk awak, All The Best ! takde yang mustahil dalam dunia. Lol..
untuk kau , korang, jangan lupa untuk study !
untuk aku... jom muhasabah, jangan nak update blog sangat. hahaha.

okayy esok paper BM. doakan kami.
ya Allah , usaha kami sia2 tanpa keredhaan dariMu ya Allah.
moga dengan usaha kami, Kau berkati kami ameen !

Friday, September 2, 2011

fb sunyi

semalam aku cek mesej.
takde mesej pun,
hari ni cek lagi. takde jugak mesej dr dia.
sunyi nya fb ni tanpa mesejnya..

hmm ,
FB dah sunyi sekarang.
rasa macam malas nak online.
tp bak katanya , bukan dia seorang je kawan aku.
dia suruh aku kawan dengan ramai org..
dia kata, don't rely on me too much..

ini baru sehari , hari 6 hari , dulu2 dua minggu..
macam mana kalau dia dah takde ;(
aduhh ,
kalau online tuh balas la..
sebenarnya aku tahu dia memang online.
tapi apakan daya ;)

ya Allah , kekalkanlah persahabatan kami :)
dah 7 tahun ya !