BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, January 1, 2012

Hakikat Facebook !

PANTUN BEST UNTUK
PENGGUNA FACEBOOK... :)

Dua minit sekali keluar post dia,
Sampai nak ke jamban pun di cerita.
Dia ingat kawan-kawan nak tahu agaknya,
Dia tak tahu kita yang muak membaca...
Ada pulak yang marah tak kena masa,
line internet problem pun nak di marahnya,
Keluarlah ayat macam tiada agama,
Tapi sesekali judge book by its cover ya...
Tak kurang jugak yang bicara hal agama,
Walau tak banyak tapi berguna,
Buat peringatan kengkawan yang alpa,
Moga teknologi tak salah guna...
yang lain asyik duk like saja,
tak kira ape post tak kira siapa tuannya,
Ada kala x baca pun isi cerita,
Yg penting like dia mesti ada...
Yang lagi satu cerita hal cinta,
Bergambar profil macam da kompom itu bini dia,
mula la keluar ayat manis dari gula,
kita tengok lagi sehari kecewa ke gembira...
Ada yang tulis suka suka ,
kadang mengarut kadang berduka,
Mencari kenalan sekadar teman bicara,
Mana la tahu,sangkut sorang dua...
Tulah dia FB punya angkara,
Ada baik ada buruknya,
Elok dipakai elok la dia,
Tepuk dada tanya selera..... :)

Saturday, December 31, 2011

jom layan

bismillah.
hari ni tak post banyak.

post terakhir utk 2011. cehhwah

"macam mana aku bleh maafkan kau ha?!" (nafsu jahat berbisik) lalu datang bisikan lain
"tahniah ! ketahuilah kamu telah berjaya melawan nafsu amarahmu"

ketahuilah.. andai kita menurunkan ego untuk memaafkan orang lain, bermakna kita dah berjaya melawan nafsu amarah kita.. Tahniah ya kepada siapa yang dah melawan nafsu amarah!
bukan senang nak lawan nafsu amarah.. amarah lawannya sabar ;)

Hadis 16

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa seorang lelaki berkata kepada Rasulullah s.a.w. : "Berilah wasiat kepadaku," Lalu Rasulullah bersabda : "Jangan marah." Lelaki tersebut mengulangi pertanyaannya berkali-berkali, sabda Rasulullah : "Jangan marah"

hanya sekadar peringatan buat diri ini yang sentiasa lupa..

Friday, December 23, 2011

Forgive


You forgive me for liking you too much,
And I'll forgive you for not liking me enough.

You forgive me for missing you so,
And I'll forgive you for being so cold.

You forgive me for the loud racing of my heart,
And I'll forgive you for not hearing it.

You forgive me for playing your games,
And I'll forgive you for toying with my emotions.

You forgive me for finding you so attractive,
And I'll forgive you for not noticing.

You forgive me for raising you up so high,
And I'll forgive you for bringing me down so low.

You forgive me for wanting to be with you,
And I'll forgive you for avoiding me.

You forgive me for being so pathetic,
And I'll forgive you for taking advantage of it.

You forgive me for not being able to let go,
And I'll forgive you for never having latched on.

You forgive me for having hopes and dreams,
And I'll forgive you for crushing them.

Forgiveness brings inner peace.
Do we have a deal?

Monday, December 19, 2011

1119/1 SPM ENGLISH Paper 1

bismillah.

Alhamdulillah. akhirnya SPM melabuhkan tirainya pada 13 Disember. macam terlambat sgt ekk utk aku ckp benda ni? haha. suka hati la. ni blog aku!


Hari ni aku nak cerita sikit psl exam English paper 1.. Essay.

beberapa hari sebelum exam, aku mula keresahan (ceh ayat novel) .. tak tahu nak buat apa. ye lahh. aku antara pelajar yang lemah English. nak buat ayat pun masih terkial2. inikan pula nak buat essay..


jd aku mintak pendapat Ustazah Fazliaton , mak kepada kawan aku

then dia kata hafal karangan. aku mula la cari karangan seminggu sebelum exam.. dan akhir2 exam tu aku rasa macam, sempat ke nak hafal karangan?!?!


3 muka surat, karangan English. mampu ke aku? then aku decided utk tak hafal.

sampai la malam sebelum English. aku mengadu kat ustzh. ceh, takde la mengadu sangat pun.

then aku cari jugak karangan.. aduhh, mmg banyak. around 58+ wordS? tapi ustazah kata,

okayy. ape ntah ayat dia,"salam..seems okay to me...good luck...give me A+!"


wah naik semangat aku nak menghafal.

time tu lepas maghrib..


aku tanya la pendapat mak aku, mak aku cakap okayy je.

aku pun mula menghafal satu persatu.. karangan tu xD

macam tak dapat bayangkan macam mana nak menghafal ayat bahasa INGGERIS dan 3 muka surat.

tapi aku nekad, esok masuk dewan terus tulis...


dan alhamdulillah, sampai 12.30 malam baru aku hafal dan pasrah.. tawakkal :)


jadi ni karangannya..


***


After 21 years of marriage, I discovered a new way of keeping alive the spark of love.


A little while ago, I had to go out with another woman. It was really my wife's idea.


"I know that you love her," she said one day, taking me by surprise.

"But I love you," I protested.

"I know, but you also love her."


The other woman that my wife wanted me to visit was my mother who has been a widow for 19 years, but the demands of my work and my three children had made it possible to visit her occasionally. That night I called to invite her to go out for dinner and a movie.


"What's wrong, are you well?" she asked. My mother is the type of woman who suspects that a late night call or a surprise invitation is a sign of bad news.


"I thought that it would be pleasant to pass some time with you," I responded.


"Just the two of us?" She thought about it for a moment, then said, "I would like that very much."


That Friday after work, as I drove over to pick her up I was a bit nervous. When I arrived at her house, I noticed that she, too, seemed to be nervous about our date. She waited at the door with her coat on. She had curled her hair and was wearing the dress that she had worn to celebrate her last wedding anniversary. She smiled from a face that was a radiant as an angel's.


"I told my friends that I was going to go out with my son, and they were impressed," she said, as she got into the car. "They can't wait to hear about our meeting,"


We went to a restaurant that although not elegant, was very nice and cozy.


"It was I who used to have to read the menu when you were small," she started our conversation at the table.

"Then it is time that you relax and let me return the favour," I responded.


During the dinner we had an agreeable conversation -nothing extraordinary- but catching up on recent events of each other's life. I felt that it was a great dinner.


We talked so much that we missed the movie. We went back hoping that we would go out together again sometime.


"How was your dinner date?" Asked my wife when I got home.

"Very nice. Much more than I could have imagine," I answered.


A few days later my mother died of a massive heart attack. It happened so suddenly that I did not have a chance to do anything for her.


However, I felt very happy when later on I found a note in her house addressing it to me : "You never know how much that night meant to me. I love you."


At that moment I understood the importance of saying, in time : I love You and to give our loved ones the time that they deserve. Nothing in life is more important than your family. Give them the time they deserve because these things can't be put off till "some other time".


***

hmm. aku tak kisah la korang kata, baik tak payah exam, menghafal. tapi sekurang2nya Allah lihat la usaha kita walaupun menghafal. haha.

daripada dok tak usaha, nak bertawakkal je.. baik tak payah.


dan daripada cerita ni jugak, aku dapat pengajaran. betapa pentingnya keluarga kita :)

ibu bapa kita jangan abaikan walaupun kita dah bercucu cicit. mereka telah berkorban untuk kita.


sebabkan aku menghafal terlalu lama la, malam lepas english tuh aku tidur awl..

then tak sempat study sejarah. haha :D


moral : berusahalah walau usaha itu kecil di mata manusia. Allah tetap melihatnya. Natijah kita tak perlu pertikaikan, yang penting kita dah usaha. Berserah pada Allah, redha dengan natijahnya.


*share dengan kawan2 andai note ini bermanfaat,

Wednesday, November 9, 2011

7 wanita vs 1 lelaki . renungkan


Kaum feminin cakap “susah jadi wanita”, mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri, seperti yang kita lihat dialog dibawah, bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka. Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat sebelah pada kaum wanita.


Keluhan remaja perempuan A:
“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”


Keluhan isteri A:
“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”


Keluhan remaja perempuan B:
“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”


Keluhan isteri B:
“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”


Keluhan isteri C:
“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”


Keluhan isteri D:
“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”


Keluhan remaja perempuan C:
“Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.


Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan. Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”


Tunggu..! Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Mujur ada seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil. Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang dia ada ,diolah sebaiknya untuk menjawab soalan-soalan melampau itu.


Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan A:
“Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu? Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut kan? Tapi kalau sebaliknya, jangankan saya, tapi tok imam pun akan tercabut serbannya jika tengok awak pakai hanya seluar pendek!”


Lelaki beriman menjawab keluhan isteri A:
“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”


Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan B:
“Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”


Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri B:
“Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan !”


Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri C:
“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”


Lelaki beriman menjawab Keluhan remaja perempuan C:
“Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”


Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri D:
“Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”


Lelaki beriman bertanya:
“Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?”
Namun, wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata;


“MasyaAllah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki!”


Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu dengan seorang lelaki biasa namun beriman.


Musuh Islam tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan mereka.
Allah, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.


Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian.


Berbahagialah wahai para muslimah. Tunaikan dan menegakkan agamamu, nescaya syurga menanti…

Saturday, October 22, 2011

romantik

Bila aku teringat balik cerita ni, aku mesti tergelak sorang-sorang.

Alkisahnya, aku ni ditakdirkanlah kahwin dengan sorang mamat nih. Entah dari mana la datangnya. Mak aku yang suruh, dia kata budak ni baik la, alim la pandai la. Lepas tu terus kami kahwin. Masa first time kahwin tu, memang kucar-kacir jugak la rumah tangga kami. Dan yang aku paling tak tahan tu dia memang selalu saja buat aku sakit hati.Eiiiii… geramnya aku!!!

Mana taknya, aku basuh baju dia sekali la dengan baju aku. Then lepas basuh nak dijadikan cerita, ada lah pulak baju dia yang turun warna melekat kat baju aku. Haihhh… memang sakit hati. Baju baru kot, mahal lagi!!! Then bila aku tanya dia, kenapalah tak bagitau aku yang baju dia ada yang turun warna. Dengan slumber dia kata.. ”Lah… awat tak tanya…” Eiii… geramnya aku!!!

Selang beberapa hari, dia ada ajak aku pergi shopping. Ok, fine. Aku ikut je la. Weekend la katakan. Lepas tu nak jadi cerita, dia punyalah excited nak pergi shopping sampai aku kalih-kalih belakang.. dia hilang!!.. Aku cari gak dekat-dekat area situ kot2 ada tapi memang hampeh. Aku try call, tak angkat. Call lagi pun tak angkat. Huhh. Tension betul! Then, aku amik keputusan tunggu kat kereta je. Seminit… lepas tu dua minit… lepas tu…. SEJAM KOT!! Huhh. Memang sakit hati betul!! Then bila dia sampai dekat kereta, aku tanya, pergi mana? Kenapa call tak angkat??!! Yang aku tak tahan, dia dengan slumber jawab.. “Lah.. gi shopping la sayang… Owh, awak ada call ekk?? Alah, lupa nak bagi tau, terlupa bawa hanset… hehe..” Eiiii… geramnya aku!!!!

Seminggu lepas tu dia kata teringin nak makan masak ayam berempah dengan masak lemak cili api. Ok fine. Aku masak je. Tapi memang la aku ni tak la pandai masak sangat tapi bolehlah kalau setakat nak makan kan. Aku hidang bagi dia makan. Masa first time dia suap kat mulut tu aku bajet dia nak kata apa-apa. Tapi dia diam. Memang tak kata apa-apa pun sampai dia habis makan. Habis makan pun tak kata apa. Aku pun confius. Dia ni takde respons. Sedap ke tak?? Ehmmm.. kalau ikut aku la, aku rasa ok je lah. Tapi tak tau la orang yang makan nak kata apa.. Huhhh…..

Esoknya, time aku on the way nak balik dari tempat kerja, kereta aku plak buat hal. Tak boleh start. Panik gak la aku time tu. Malam dah ni, nak masuk Isyak dah. Haihh… Time aku balik kerja lewat-lewat lah kereta nak buat hal. Then, aku call dia. Yang aku tak boleh tahan tu. Dia dengan slumber kata.. “Lah awat la call saya… call la mekanik… ingat call saya kereta awak boleh jalan??….” Eiii… geramnya aku!!! Tapi dia datang jugak lepas tu. Ada lah dia check apa entah kat depan but tuh. Dan lepas start terus boleh… hmmm.. dalam hati aku kata, “Boleh la jugak mamat ni nak diharap. Mekanik kecil-kecilan, janji free”…

Satu hari, dia ada bagitau yang dia kena pergi outstation kat overseas. Dia kata pergi sekejap je. 2 MINGGU!! Hmm… aku memang no komen lah. Dia nak pi buat keja dia. Takkan nak kata tak boleh kot. Kerja arkitek biasalah. Busy la kot. Tapi memang agak sakit hati jugak lah. Boleh dia lesap macam tu je. Lepas-lepas naik flight, kot2 la dia nak call bagitau dah sampai ke, ada kat mana ke. Tapi memang hampeh!!. Langsung dia tak call!! Kot2 la nak bagi emel ke tapi memang tak de. Kosong inbox!!Eiii… geramnya aku!!!

Pagi tu aku basuh baju. Ok sekarang aku dah tau dah baju mana yang turun warna. Aku ambik satu persatu dalam bakul nak basuh. Sampai la aku jumpa bungkusan misteri dekat bahagian bawah baju-baju tu. Jeng3.. Huishh siap dengan surat lagi. Suratnya berbunyi begini:

Kehadapan isteriku, Semoga berada dalam keadaan yang sihat sentiasa. Jangan marah-marah ek.. hehe.. Saya bukannya apa, saja tulih surat nih.. Bosan… Tak tau nak buat apa… hihi Pertama sekali saya nak bagi tau lah. Mungkin awak tak kenal saya tapi saya kenal je awak. Sejak awak darjah 6 lagi kot!! Haha.. Ehawak tak ingat ke anak Pak Mail kawan ayah awak yang datang beraya kat umah awak time tuh??!! Masa tu saya nampak awak duk main masak-masak kat belakang umah… hahaha… Memang lucu sangat. Saya nampak awak macam ‘anak patung’. Comel sangat… Iskk.. Awak ni.. tak perasan ke?? Keduanya, sorry la pasal hal shopping tuh.

Memang saja je saya tak mau bawa hanset time tuh… hihi.. Takut terkantoi. Ye la saya pi cari baju awak kot!! Ingat baju yang awak kata terkena warna tuh?? Huh… memang tension. Susah betul nak cari. Memang patut la mahal dan memang patut la awak bengang satu hari… hihi… Ketiganya, pasal ayam berempah dengan masak cili api yang awak masak… hmm… Mesti awak bengang kan sebab saya takde respons… huhu… Sebab SEDAPPPP SAAANGAT sampai saya jadi tak terkata.

Eh, saya makan dalam masa 5 minit je kot. Ikut jam dinding kat rumah kita. Iskk..awak ni.. tak perasan ke?? Keempatnya time keta awak rosak… hmm. Awak tau tak saya CANCELLLL appointment saya dengan klien penting dari overseas sebab nak pergi kat awak??!! Lepas-lepas tu jenuh saya nak pujuk diorang balik. Tau tak saya langgar semua traffic light merah!! Baju saya basah dengan peluh masa saya sampai kat awak?? Iskk..awak ni.. tak perasan ke??

Tapi lepas saya tahu saya kena pergi outstation kt overseas. Saya lagi seronok. Happy gile sebab saya tau awak mesti rinduuu kat saya kan..kan2?? Saya memang saja je tak call awak…hihi… Tapi saya ok je. Saya rasa saya dah sampai dah kot lepas awak baca surat nih… “Wow, look at the Eiffel Tower!! Fuyoo!!! Cantik kot!! “ Hahahahahaaaaaaaa..jangan jeles..(^-^) Last but not least. Awak… awak jangan nakal-nakal ekk…sebab saya saaaaayang awak…

p/s: Try tengok sama tak dengan baju awak yang rosak hari tu “bungkusan” ni… hihi Love, Suamimu