BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, January 23, 2010

wasiat imam Hassan Al-Banna

Saudaraku..
Janganlah engkau berputus asa,
kerana putus asa bukan akhlak seorang muslim,
Ketahuilah bahawa kenyataan hari ini adalah
impian semalam,
dan impian hari ini adalah
kenyataan hari esok.
waktu masih panjang dan
hasrat akan terwujudnya kedamaian
masih tertanam dalam jiwa masyarakat kita,
meskipun fenomena²
kerosakan dan kemaksiatan menghantui mereka.
Yang lemah tidak akan lemah sepanjang hidupnya
dan yang kuat tidak akan selamanya kuat.

sukan

penat deh sukan..
adui..
lame sgt xupdate blog..
nanti ade mase..
ana cerita pasal sukan~
penat sgt~

Wednesday, January 13, 2010

overseas

Friday, January 8, 2010

Penantian Cinta



Bunga hati tak terpatri
Tak ada lagi yang ku sesali
Bumi bisu tak bererti tidak tahu
Kelam terasa dalam...

Telah mengukir kenangan indah masa lalu
Melepas hati nan terasa pilu
Seakan sepi menanti yang ku rindu

Kala hati ini tak berarti
Senantiasa ku mencari
Menunggu yang selalu dinanti
Namun...segalanya tiada pasti

Merenungku dalam keheningan
Di tengah kesendirian..
Terus..terhanyut dalam penantian
Ingin ku lepas semua dalam kasih sayang
Namun segala cinta yang diharapkan
tak kunjung datang...

Sunday, January 3, 2010

teruskan berkarya

jasad kita boleh lelah
fikiran kita boleh melemah
emosi kita boleh meninggi
tapi ruhiyah harus mantap sepanjang hayat...
suntikkan terus gizi ruhiyah dalam tubuh kita...

gelorakan semangat jihadmu
mantapkan ruhmu di jalan dakwah
jadilah jundullah yang sentiasa berada di panji
hizbullah dan mengekori jannahNya
genggamkan tangan ke atas..
Allahuakbar x3

senandung para pejuang takkan henti ditelan masa
jiwa-jiwa mereka terbang
mereka tahu harus ke mana menjual nyawa
taman dunia tidak akan indah dengan kata-kata
tapi dengan karya nyata~

[ku berkarya kerna ku yakin kematian itu pasti!!]

Friday, January 1, 2010

2010

sempena tahun 2010 ni..
biasenya org akan bercerita ttg azam..
tapi saya takkan cerita semua tu.
buang masa.
buang masa buat azam tapi tak lakukan.
so,we enjoy our life.haha.
ana nak buat satu sajak utk sahabat2.
especially utk kwn2 yg akan berpndah..
Enjoy!

Teman,aku ingin...
Teman tersayang,
Aku ingin kita menjadi seperti Abu Bakar Al-Siddiq,
Persahabatan dijalin kerana al-Khaliq,
Harta dikorban bukan sedikit,
Cintakan kebenaran , sanggup bersakit..

Serta tawakkal Ibrahim mulia,
ketika meninggalkan insan tercinta,
di bumi tandus tanpa bicara,
meyakini Allah sebagai Penjaga..

Aku impikan antara kita seorang Umar,
berdiri tatkala tunduknya manusia,
bersuara tatkala diamnya mereka,
serta menggerunkan musuh durjana...

Juga senyuman Syed al-Qutb,
ketika berhadapan dengan tali maut,
aqidah mantap tidak terrenggut,
roh dakwahnya tidak surut..

Aku ingin kita seteguh Ibnu Zubair,
menahan panahan Hajjaj dengan rela,
bersama si ibu tua,
lantas syahid,rohnya ke syurga..

Marilah kita menyemai benih Hassan al-Banna,
fikrahnya jernih , menggegar dunia,
merelakan tubuhnya dimamah peluru,
demi menegakkan kalam Allah dan Rasul..

Aku cintakan pemuda Giffari,
menentang kezaliman walaupun diancam,
moga kan lahir lagi di abad ini,
jiwa jitu pemuda yang tak pernah suram...

Aku ingin kita sepemaaf Yusuf,
Tetap mencintai saudaranya,
walaupun dihumban ke perigi tua,
terpisah dari ayahanda bertahun lamanya...

Aku ingin pusara kita harum mewangi,
bagai harumnya pusara Masyitah,
semerbak kasturi...

Aku ingin persahabatan indah ini,
bisa menjadi syafaat,
di Mahkamah Mahsyar nanti..

INSYA ALLAH..