BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, October 30, 2010

Al-Quran membongkar segalanya , Inilah Mukjizat terbesar Rasulullah

mgz_conspiracy1

Sesungguhnya tiadalah yang paling benar melainkan lisan Rasulullah SAW yang menuturkan wahyu Allah yang pada akhirnya terhimpun dalam kalam yang sangat indah lagi besar rahmat-Nya.

Kami amat meyakini bahawasanya Masjid Ground Zero merupakan masjid yang dibina atas dasar penuh konspirasi di belakangnya. Ia bukanlah salah umat-umat Islam di sana dan seluruh dunia tetapi salah segelintir umat Islam yang sanggup bersekongkol dengan Yahudi laknatullah dan menurut segala arahan yang diberikan.

(Ground Zero – nama yang diberikan kepada tapak runtuhan World Trade Center pada 11/9/2001)

Keyakinan ini berdasarkan berita dari Al-Quran yang dengan jelas menyebut tentang pembinaan masjid dhirar di zaman Rasulullah. Dan firman berkenaan masjid dhirar (di Quba) tidaklah terhenti maksudnya di zaman itu sahaja. Sudah tentu ia difirmankan untuk mentakrifkan kejadian-kejadian yang bakal berlaku di akhir zaman yakni zaman sekarang ini.

Dua bukti pada Surah At-Taubah

Kami ingin nyatakan di sini bahawa pembinaan masjid kontroversi ini (Masjid Ground Zero) telah pun diisyaratkan dalam Al-Quran sejak 1400 tahun dahulu. Isyarat akan kewujudan masjid ini dinyatakan dalam surah At-Taubah, ayat 107 dan 109 secara tepat dan tiada perumpamaan.

Pertama : Surah At-Taubah, ayat 107;

taubah_107

Maksudnya;

“Dan (di antara orang-orang munafiq juga ialah) orang-orang yang membina masjid dengan tujuan membahayakan (keselamatan orang-orang Islam), dan (menguatkan) keingkaran (mereka sendiri), serta memecah-belahkan perpaduan orang-orang yang beriman, dan juga untuk (dijadikan tempat) intipan bagi orang yang telah memerangi Allah dan Rasul-Nya sebelum itu. Dan (apabila tujuan mereka yang buruk itu ketara), mereka akan bersumpah dengan berkata: “Tidaklah yang kami kehendaki (dengan mendirikan masjid ini) melainkan untuk kebaikan semata-mata”. Padahal Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya mereka adalah berdusta.”

Keseragaman Peristiwa dengan Ayat 107

1. “….membina masjid dengan tujuan membahayakan (keselamatan orang-orang Islam)”

Di Kabul, Afghanistan dua orang Islam telah mati dan empat lagi cedera dalam satu demonstrasi menentang kempen membakar Al-Quran. Dua lelaki tersebut mati ditembak askar Jerman yang berkawal di Kabul.

Semenjak Cordoba Initiative mencadangkan untuk membina masjid berhampiran Ground Zero, umat Islam sentiasa dipandang hina malah simbol keganasan mula kembali diapi-apikan di internet, media Israel, masyarakat non-muslim untuk menggambarkan imej umat Islam khususnya di Amerika.

Dr. Zuhdi Jasser dari American Islamic Forum for Democracy of Phoenix Arizona tidak bersetuju dengan cadangan Cordoba Initiative menurutnya, Ground Zero sangat tidak sesuai kerana Ground Zero adalah lokasi di mana Amerika menggunakannya untuk membina alasan agar umat Islam Iraq diserang dan Ground Zero.

Kenyataan Dr. Zuhdi sangat tepat kerana Ground Zero juga adalah tempat pertama yang menyebabkan Islam dilabel sebagai pengganas. Ia juga punca kepada umat Islam Amerika berada dalam bahaya dan ancaman semenjak September 2001.

Selain Dr. Zuhdi, terdapat pertubuhan-pertubuhan lain yang tidak bersetuju dengan Cordoba Initiative antaranya ialah Ahmadiyya Muslim Community (London), Center for Islamic Plurasim (Amerika), Pengarah Televisyen Al-Arabiya dan lain-lain lagi.

Kesemuanya bersetuju bahawa mereka sangsi mengapa Cordoba Initiative memilih lokasi terbabit yang sudah pasti bakal mencetuskan kemarahan masyarakat bukan Islam Amerika.

2. “….dan (menguatkan) keingkaran (mereka sendiri)”.

Multi-billionaire terkenal Amerika, Donald Trump secara peribadi menawarkan kawasan lain di sekitar New York untuk pembinaan masjid baru manakala semua kos akan ditanggung oleh beliau. Malangnya, Cordoba Initiative enggan menerima tawaran tersebut, mereka menguatkan keingkaran mereka dengan hujah kononnya masjid sangat diperlukan di Ground Zero.

Pada 9 Sept 2010, jurucakap Cordoba Initiative memberitahu mereka tetap dengan pendirian mereka membina masjid di situ kerana mendapat sokongan White House. Keengganan mereka memindah masjid menjadi tanda tanya sebahagian pemerhati konspirasi kerana ia boleh mewujudkan rasa benci jangka panjang masyarakat bukan Islam seluruh dunia. Walaupun tujuan itu dilihat murni kerana membina tempat ibadat umat Islam New York tetapi sokongan padu White House yang diluar jangka sentiasa menjadi persoalan.

3. “…juga untuk (dijadikan tempat) intipan bagi orang yang telah memerangi Allah dan Rasul-Nya sebelum itu.”

Ayat di atas jelas membuktikan bahawa Masjid Ground Zero boleh dijadikan tempat intipan oleh kelompok Yahudi Zionis mengenalpasti mana-mana individu muslim yang sangat produktif dalam menegakkan syariah islamiyah. Sekiranya masjid tersebut siap dan setelah ramai umat Islam bersolat dan beraktiviti di sana maka adalah mudah golongan Illuminati mengintip mana-mana umat Islam yang sangat tegas pendirian syariah Islamiyahnya.

Ayat tersebut dengan jelas memberitahu tujuan sebenar masjid itu adalah untuk tujuan mengintip. Ayat tersebut memang benar kerana dana membina bangunan 13 tingkat Cordoba House yang di dalamnya akan mempunyai masjid datang dari sumbangan organisasi-organisasi Yahudi elit seperti Rockefeller.

Adakah kelompok Yahudi elit ini sengaja menghabiskan duit beratus-ratus juta dollar untuk berbakti kepada umat Islam? Adakah mereka benar-benar untuk membantu?

4. “…dan (apabila tujuan mereka yang buruk itu ketara).

Maksud ‘ketara’ dalam ayat di atas ialah ‘terbongkar’ atau sudah kelihatan. Dengan pertolongan Allah Subhanawataala, sesungguhnya tidak semua perancangan rahsia Yahudi sentiasa berjaya diselindung. Kini maklumat tentang penyumbang-penyumbang rahsia yang berada di belakang Cordoba Initiative sudah lebih sebulan terbongkar.

Kini, perkara yang terbongkar bukan sahaja setakat penyumbang-penyumbang ‘misteri’ seperti Rockefeller, malah pembinaa Masjid Ground Zero dipercayai didalangi oleh agen-agen CIA antaranya ialah R. Leslie Deak. Leslie terlibat dengan pengurusan Cordoba Initiative sejak 2004 lagi dan pernah menyumbang dana peribadi sebanyak USD98,000 kepada organisasi itu.

Leslie merupakan ahli lembaga penasihat rasmi bagi Cordoba Initiative di New York dan cawangannya di Kuala Lumpur, Malaysia. Syarikat utama Leslie iaitu Patriot Defense Group adalah kumpulan yang bertanggungjawab mengurus kos-kos semua operasi agen CIA di Timur Tengah. Leslie pernah berkahwin dengan wanita Yahudi, dan kini berkahwin pula dengan wanita Islam, Moshira Soliman.

leslie_rockefeller

(Kiri) Leslie Deak bersama isterinya, Moshira Soliman (Kanan) David Rockefeller, raja konspirasi Yahudi elit antarabangsa. Berumur 95 tahun dan masih kuat bergerak merata ke seluruh dunia.

5. “….mereka bersumpah dengan berkata: “Tidaklah yang kami kehendaki (dengan mendirikan masjid ini) melainkan untuk kebaikan semata-mata.”

Tetapi pada akhir ayat tersebut disertakan satu ‘ungkapan’ kata-kata golongan munafik iaitu mereka mendirikan untuk tujuan kebaikan semata-mata. Apakah ungkapan ini sengaja untuk mengindahkan ayat 107, tentunya tidak, ia adalah amaran nyata dari Allah.

Buktinya, di dalam semua temu ramah yang disertai Imam Feisal Abdul Rauf, beliau sering mengulang-ulang kenyataan pembinaa masjid dan Cordoba House adalah untuk ‘keamanan’ dan mengeratkan ‘perpaduan’ antara Islam dengan Kristian dan Yahudi.

Jelaslah bahawa keseluruhan intipati ayat 107 sangat tepat bunyinya dengan situasi sekarang ia seolah-olah mengisyaratkan berita masa depan untuk renungan umat Islam.

Surah At-Taubah, ayat 109;

taubah_109

Maksudnya;

“Maka adakah orang yang membangunkan masjid yang didirikan di atas dasar taqwa kepada Allah dan (untuk mencari) keredhaan Allah itu lebih baik, ataukah orang yang membangunkan masjid yang didirikannya di tepi jurang yang (hampir) runtuh, lalu runtuhlah ia dengan yang membangunkannya ke dalam api neraka? Dan (ingatlah) Allah tidak akan memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang zalim.”

Di bawah ini kami cerakinkan intipati ayat 109 dan membuat kesesuaian fakta dengan situasi-situasi yang berlaku sekarang ini. Lihatlah kebenaran ayat 109.

Keseragaman Peristiwa Dengan Ayat 109

1. “….ataukah orang yang membangunkan masjid ….”

Ayat di atas menunjukkan amaran Allah tentang perilaku seseorang yang melakusan sesuatu urusan kerja pembinaan masjid. ‘Orang’ yang dimaksudkan boleh jadi merujuk kepada pemimpin Cordoba Initiative, ASMA , pemaju dan individu lain yang terlibat.

Selain itu, syarikat yang bertanggungjawab untuk membina Cordoba House dan Masjid Ground Zero juga boleh dinisbahkan pada maksud ‘orang’ yang diterjemahkan itu. Ini kerana, pengarah Soho Properties, Sharif El-Gamal mempunyai identiti Islam yang meragukan walaupun baru memeluk Islam pada 2001.

Ia kerana walaupun Sharif El-Gamal (gambar) seorang Islam namun beliau juga adalah ahli pertubuhan Yahudi di Manhattan (Jewish Community Center of Manhattan) malah anak perempuannya juga didaftarkan sebagai ahli kelab renang di pusat tersebut. Sharif juga pernah disabitkan pelbagai kesalahan jenayah sejak 1990.

sharif_g

(atas) Sharif El-Gamal ditemu bual wartawan.

2. “….masjid yang didirikan di tepi jurang (hampir) runtuh, ….”

Intipati ayat ini sangat jelas kerana ia merujuk terus kepada bangunan masjid yang bakal dibina di tepi tapak runtuhan World Trade Center (WTC). Cordoba House dan Masjid Ground Zero s dalam kertas kerjanya menyebut akan dibina 600 kaki atau 2 blok daripada Ground Zero dengan setinggi 13 tingkat.

mgz_site

Gambar di atas menunjukkan blok bangunan (bulatan merah) yang bakal diubahsuai dan dijadikan Masjid Groud Zero. Imej runtuhan tersebut adalah Gorund Zero.

Mengapa di dalam ayat di atas disebut jurang? Sedangkan tiada ‘jurang’ yang kelihatan pada tapak Ground Zero melainkan saki baki runtuhan WTC.

Pada pandangan kami (ini bukan sejenis tafsiran ayat Al-Quran), jurang tersebut jelas merujuk kepada fizikal World Trade Center jika dilihat dari posisi atas atau ‘cloud view’. Kedudukan dua blok WTC yang tinggi menampakkan ia seakan-akan jurang yang mendalam. Lihat gambar bawah.

jurang

Allah Mencela Orang Yang Merendah-rendahkan Hikmah Ayat Al-Quran

Dalam surah At-Taubah, ayat 124;

taubah_124

Maksudnya;

“Dan apabila diturunkan sesuatu surah (dari Al-Quran) maka di antara mereka (yang munafik) ada yang bertanya (secara mengejek): “siapakah di antara kamu yang imannya bertambah disebabkan oleh surah ini?” Dan adapun orang-orang yang beriman, maka surah itu menambahkan iman mereka, sedang mereka bergembira (dengan turunnya).”

Allah Maha Bijaksana dalam urusan wahyuNya, lihatlah sahaja pada surah At-Taubah, ayat 124

Ayat di atas sudah cukup untuk membalas ejekan sesetengah golongan Islam yang selalu memandang rendah akan hikmah ayat-ayat Al-Quran. Ia juga menjadi peluru hidup kepada sesetengah golongan Islam sendiri yang selalu menganggap setiap kejadian di dunia hanyalah ‘kebetulan’ sahaja dengan apa yang difirmankan dalam Al-Quran.

Rahsia Lain Surah At-Taubah

Di sini kami akan tunjukkan betapa hebatnya firman-firman Allah dalam Al-Quran dan mukjizat terselindung di sebalik ayat-ayat tersebut.

Pertama : Lokasi Masjid Ground Zero

Beza antara ayat 107 dan 109 (At-Taubah) adalah 2 iaitu (109 -107 = 2), maka dapat dilihat bahawa lokasi bangunan yang digunakan untuk membina Masjid Ground Zero ialah 2 blok daripada tapak runtuhan WTC.

Kedua : Tarikh kejadian 11.09.2001 atau 911

Ayat 107 dan 109 ini terkandung dalam surah At-Taubah. Seperti yang kita sedia maklum bahawa surah At-Taubah berada pada surah ke-9 dan juz ke-11.

Hikmah di sebalik Isu Pembakaran Al-Quran

Sesuatu yang ditakdirkan Allah sudah pasti membawa hikmah, ia bukan persoalan nasib tetapi pengajaran serta amaran yang cuba dilemparkan Allah ke atas hati-hati umat Islam.

Disebalik isu ini dan pembongkaran Al-Quran tentang Masjid Ground Zero, ia sedikit sebanyak boleh menyedarkan umat Islam bahawasanya umat Islam perlu lebih berhati-hati dalam setiap isu sensitif yang cuba dibangkitkan oleh puak kuffar.

Umat Islam juga harus lebih sedar bahawasanya perancangan sulit Yahudi bukan setakat menceroboh negara-negara Islam melalui peperangan-peperangan yang dicetuskan tetapi perancangan itu boleh berupa sebuah pertubuhan Islam, gerakan Islam, persidangan hatta mungkin orang Islam sendiri sebagai tali barut zionis.

Na’uzubillahiminzaalik …

P/S: Perhatian, pembongkaran di atas bukanlah sejenis tafsiran ayat Al-Quran, ianya sekadar membuat perbandingan fakta antara peristiwa semasa dengan perkhabaran dalam Al-Quran. Bagi melihat tafsiran yang tepat, pembaca disarankan merujuk kitab-kitab tafsir karangan ulama’-ulama’ muktabar seperti Tafsir Al-Azhar, Tafsir Ibnu Kathir dan sebagainya.

Monday, October 11, 2010

Mukhayyam 2010

Bismillah .
Alhamdulillah ,
Tasbih , Tahmid , Tahlil serta Takbir [checkpoint jungle trekking]

Berakhir sudah mukhayyam 2010 .
Berakhir jugalah satu penyeksaan sebagai pemimpin .
Taubat takkan jadi pemimpin selepas ini ..
Cukup lah sekadar pemimpin diri .

Kerana aku adalah aku ,
maka aku jalankan tugas sebagai aku ..

Bagi mereka yang melihat aku sebagai pemimpin yang tidak berguna ,
maka lihatlah itu sebagai permulaan aku menjadi pemimpin ..

Aku merasakan aku telah sepenuhnya menggunakan tenaga
untuk memimpin satu kekuatan yang agak besar .

Bukan jalan cerita sepanjang mukhayyam yang ingin aku kongsikan ,
tapi cukuplah sekadar aku berkongsi rasionalnya program2 sepanjang mukhayyam ..
Cukuplah pengajaran sepanjang program mukhayyam aku kongsikan ..

Aku menjadi Penghulu Mukhayyam tingkatan 4 KRSM , Sekolah Menengah Islam Hidayah .
Sebagai penghulu , aku telah merancang beberapa strategi untuk menimbulkn rasa hormat mereka kepadaku sebagai pemimpin ..
Namun semua itu telah gagal .
Mereka tidak menunjukkan sebarang aksi hormat kepadaku ..
Mungkin ada segelintir yang hormat .. Tahniah dan Terima Kasih ..

Apa pengajaran dan Rasional nya ?

Yang pertama , program Ice Breaking .
Ice Breaking kali ini berjalan bukan seperti kebiasaan .
Peserta harus mengikut arahan fasi di hadapan sambil seorang wakil dari setiap kumpulan berucap di hadapan (wakil ini tidak tahu rancangan fasi2)

Apa rasional nya ?
yang pertama , sudah tentu mematuhi arahan .
kita harus mematuhi arahan fasi untuk melakukan beberapa aksi ,
seperti boo , tepuk tangan dan buat tidak endah ..
perkara ini menyebabkan wakil dari setiap kumpulan tersebut bingung dan bengang berucap di hadapan ..

Apa yang dapat dikaitkan dengan kita sebagai pelajar ?
seharusnya jika kita berada di hadapan sebagai guru ketika mengajar ..
kita ingin keadaan yang begitu senyap dan respon terhadap kita ..
bukan respon yang bukan2 , tetapi respon yang baik ..
bertanya dan sebagainya ..
Bukan membuat bising serta tidak layan ketika kita sedang mengajar ..
apakah perasaan kita jika kita sedang mengajar mereka dengan sewenang2 nya melakukan perkara sedemikian ?
sudah pasti kita akan merasakan diri kita tidak berguna berada di hadapan ..

Maka kita sebagai pelajar , behave yourself bila mana anda sedang menuntut ilmu.
Hormatilah guru yang sedang mengajar .
dan berilah tindak balas yang terbaik bagi memuaskan guru kita ..

Yang kedua , program nakhoda kapal .
semua orang ditutup matanya dan yang berada di atas kapal (kerusi) dibuka matanya .
Nakhoda kapal iaitu yang berada di atas kerusi memberi arahan kepada anak buahnya ..

Apa rasional dan pengajaran nya ?

Pertama ..
Sebagai seorang ketua ,
kita haruslah mencari idea untuk merancang strategi dengan baik .
Pemimpin yang baik mempunya strategi yang baik .
Anak buah yang taat pada pemimpinnya akan selamat .
Kerana jika taatnya seorang rakyat terhadap pemimpin (yang mentaati Allah dan Rasul)
maka rakyat itu mentaati Rasulullah , seterusnya jika rakyat itu mentaati Rasulullah , dia mentaati pencipta Rasulullah iaitu Allah ..
dan jika Sami'na Wa Ato'na dengn arahan Allah , maka itu kita diberikan ganjaran syurgaNYA insya Allah .. ameen .

Program ketiga , Night Walk 1.
night walk ini bermula pada pukul 1 pagi .
sungguh sejuk ~
diberikan setiap kumpulan satu batang lilin bersama api dan satu cawan ..
diperintah agar kita memelihara api itu sehingga destinasi ..

Apa rasionalnya ?

banyak sangat rasionalnya yang telah dibincang oleh setiap kumpulan .
Pertama ,
cahaya api itu ibarat alquran iaitu sebagai petunjuk kita seorang muslim .
ia membawa kita ke jalan lurus seperti mana di dalam alquran - Siratal mustaqim ..
peliharalah ia agar tidak hilang al-Quran di muka bumi .

Kedua ,
Melindungi al-Quran dari musuh .
ketika berjalan di dalam hutan , terdapat sekumpulan fasi cuba memadamkan api kami .
tetapi dengan kerjasama kami , maka kejayaan mereka sebagai penjahat untuk memadam api kami gagal .
ini dapat dikaitkan dengan situasi sekarang ..
yang mana al-Quran itu sebagai petunjuk ,
dan fasi itu ibarat orang kafir yang ingin membakar al-Quran ,
menghilangkan segala isi al-Quran di muka bumi ..

dan kita sebagai MUJAHIDIN MUKMININ ,
kita mestilah mempertahankan al-Quran dari dibuang dan diseleweng ..
tu je la yang aku nak kongsikan kisah night walk .

Then malam , tidur ..
Qiam sendiri2 ,
solat witir .

Bersambung ...

Friday, October 1, 2010

Kepada Mereka

salam ,
entri kali ni nak tegur je .
kepada mereka ..
entri nye best .
taktau la macam mana postnye .
kepada mereka yang datang menjenguk blog ,
dan hanya bertujuan untuk mengutuk ..
aku sarankan , takpayah la korang dtg jenguk .
tambah dosa je .
aku tau la aku ni tak baik , jahat dan sebagainya ...
tapi janganla datang blog ni menghukum aku macam2 ..
kau tu macam la baik sgt smpai nk mengutuk org.
kalau da baik tu , takdenye dtg nk mengutuk ..
so , kesimpulannya .. kau pun sme ngan aku ..
kalau kau kata aku munafik , sbenarnya , kau lebih munafik ..
dan jika kau kata aku perangai seperti setan , maka kau lebih setan daripada Syaitan ..
dan begitulah seterusnya ..

aku mmg nak tuju pada kau yang mngutuk aku .
aku da delete post tu ,
nanti aibkan aku dan kau .
kau sebenarnya mengaibkan diri kau , di samping mengaibkan diri aku ..
kau menunjukkan diri kau tu buruk pada org ramai ..
kau menunjukkan kau tu suke mengutuk org ,
kau menunjukkan kau tu suku menghukum org ..
sebenarnya , apa hukum menghukum sesuatu kepada org ?
boleh ke menghukum munafik kpd seseorang ?
kalau kita menghukum seseorang tu munafik ,
bermakna kita menghukum seseorang tu kafir ,
maka bolehkah kita menghukum seseorang itu sebagai seorang kuffar ?
fikirkan ..
jangan fikir dengan hanya berkata seseorang begini dan begitu ,
mereka akan berubah ..

Kau tu macam baik sgt .
kalau baik , takdenye nk mengutuk kat blog org ..
secara jelas , kau buat dosa .
walaupun nama kau tu Guest ..
Macam la xde malaikat sebelah kanan kiri yg mencatat ?
Macam la takde Allah yang MAHA MELIHAT .
tak boleh ke tegur secara jelas ?
kalau paling tidak pun ,
tulis hamba Allah dan tegur secara hikmah ..
send mesej di yahoo mail ..
atau di ym. atau di facebook . atau di hp ..
SECARA HIKMAH .
sedar atau tak sedar , kau sebenarnya buat dosa yang lebih besar .
SALAM

Monday, September 20, 2010

Sahabat !

Bismillah .
Salam kepada semua blogger dan pembaca ..
moga hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini ..
ameen .

Di mana jua kalian berada,aku sentiasa doakan agar sentiasa beroleh taufiq dan hidayah Allah. Sentiasa terdorong melaksanakan kebaikan, juga terhindar dari melakukan sebarang keburukan.

Aku sangat merindui dan mengasihi kalian dengan kasih sayang Islam; supaya dengannya kita akan dikumpulkan kembali di yaumil akhir nanti. Di sana nanti tiada lagi naungan selain naunganNya. Ini berdasarkan maksud sabda Rasulullah s.a.w;

“Pada hari kiamat Allah akan berfirman: Di manakah orang-orang yang saling mencintai kerana keagunganKu? Hari ini Aku akan melindungi mereka, sebab hari ini tidak ada perlindungan selain daripada perlindunganKu.” (HR Muslim)

Sahabat-sahabatku yang sentiasa gigih di jalan kebenaran…,
Dengan izin dan perkenan Allah jua kita masih dipertemukan di dalam siri peringatan; bekalan sepanjang hayat . Moga dengannya kita mampu menghimpun bekalan-bekalan yang akan menyelamatkan kita dari sebarang rupa keburukan yang kita khuatiri. Lebih utama yang kita harapkan, bekalan yang dikumpul akan meyampaikan kita kepada segala bentuk kebaikan.

Di pertemuan kali ini kita akan dihidangkan dengan bekalan yang mempengaruhi sebahagian besar masa harian kita;

Bekalan untuk antum : Sahabat Yang Baik Penyelamat Bencana

Ketahuilah Sahabat-sahabatku,
Setiap diri muslim melalui perjalanan hidup yang berbagai ragam. Tidak berada di dalam suasana yang sama warnanya sepanjang masa. Ada kalanya kita mudah melakukan kebaikan. Ada kalanya kita ditimpa bencana hasutan syaitan dan perdayaan nafsu hingga menyeleweng dari keredhaan Allah. Oleh itu perkara yang berpengaruh kuat dan mampu menarik kita kembali ke jalan kebenaran adalah keteguhan persahabatan di jalan Allah. Disebabkan kekuatan luarbiasa terkandung di dalam persaudaraan Islam, maka perkara pertama yang Ar-Rasul Muhammad s.a.w laksanakan sewaktu berhijrah ke Madinah ialah mempersaudarakan golongan Muhajirin dan Ansar. Kekuatan yang dimaksudkan adalah anugerah Allah kepada setiap diri muslim yang merasai mereka telah diikat dengan keimanan. Allah s.w.t berfirman dalam surah Al-Anfaal ayat 63 bermaksud;

“Dan yang mempersatukan hati mereka(orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua kekayaan yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”.

Sahabat-sahabatku yang bertaqwa,
Kekuatan persaudaraan Islam yang begitu rupa akan mampu memperingatkan kalian sewaktu lemah dan leka. Seandainya kalian ditinggal bersendirian terkapai-kapai tanpa sahabat yang baik, kalian terdedah kepada kehancuran dan kebinasaan. Pada hakikatnya serigala akan menerkam kambing yang terpisah dari kumpulannya. Sudah tentu sahabat yang soleh (baik) tidak akan membiarkan kita bersendirian. Dia akan sentiasa mengingatkan kita kepada kebaikan.

Seperkara lagi yang perlu diingat; setiap diri manusia merupakan cermin sahabatnya. Sekiranya sahabat yang kita pilih itu berakhlak mulia, maka kesannya kepada diri kita juga adalah kebaikan belaka. Sebaliknya andainya sahabat yang kita pilih itu berakhlak buruk, maka kita akan terdorong melakukan dosa dan kemungkaran. Ini bertepatan dengan maksud sabda Rasulullah s.a.w;

“Sesungguhnya sahabat yang soleh itu umpama penjual minyak wangi. Jika kita tidak membeli darinya, tetap kita akan menghidu bau wangi darinya. Sedangkan sahabat yang jahat pula, umpama tukang besi. Walaupun tidak terkena percikan api, tetap kita merasai bahang panas dan terhidu bau busuk darinya”.

Dari itu sewajarnya kita perlu menentukan pilihan yang terbaik dalam bersahabat berdasarkan ketinggian iman dan taqwa.

Mukmin sejati !
Marilah kita merenungi secebis kisah dari sirah para sahabat Rasulullah; semoga dengannya terlihat jelas fungsi sahabat yang baik.

Umar bin Al-Khattab mempunyai sahabat yang rapat dengannya bernama ‘Iyash bin Abi Rabi’ah. ‘Iyash memeluk Islam ketika waktu yang hampir dengan perintah berhijrah ke Madinah. Oleh itu imannya masih tipis ketika itu. Bagaimanapun ‘Iyash cuba menyertai hijrah bersama-sama Umar Al-Khattab.

Di pertengahan jalan ibunya menghantar utusan untuk memujuknya pulang dengan ancaman ibunya akan terus-terusan berjemur di tengah panas tanpa beralih ataupun mandi. Hal itu membuat ‘Iyash khuatir dan hatinya berbelah bagi, bimbangkan keselamatan ibunya. Umar cuba memujuknya; “Usahlah terlalu khuatir akan ibumu. Selepas dua hari berjemur, badannya akan kotor dan dia pasti rimas . Tentunya dia akan mandi. Jika dia berjemur seharian di bawah mentari, pasti esok dia akan berteduh”.
Disebabkan iman di hatinya masih lemah, dia berkeras juga ingin pulang menemui ibunya. Umar hanya mampu memperingatkannya; “Wahai ‘Iyash, jika engkau pulang, pasti ditimpa bala’ dan cobaan”.

Namun sahabat yang baik tidak tergamak membiarkan sahabatnya ditimpa kesusahan. Umar telah melakukan sesuatu yang dapat mengingatkan ‘Iyash walau dia tidak berada bersamanya. Disebabkan ‘Iyash tidak mempunyai unta, diberikanya untanya kepada ‘Iyash; “Ambillah untaku ini. Semoga dengannya kau akan mengingatiku dan kembali bersama-samaku”. Sebaik-baik ‘Iyash pulang kepada keluarganya, dia telah dipukul dan disiksa. Hampir saja dia berjaya dipujuk meninggalkan Islam. Terlihat saja dia kepada unta Umar, ‘Iyash ingat kembali kepada iman dan Islam. Di situlah kekuatan erti persahabatan yang terjalin. Sahabat yang baik mampu menyelamatkannya dari bencana kufur.

Sahabat-sahabatku yang diharapkan membawa kebaikan kepada insan lain;
Bilamana antum telah berjaya beroleh sahabat sejati berteraskan iman dan taqwa, perlulah diberi perhatian terhadap langkah-langkah yang menyuburkan ikatan ukhwah tersebut;

  • mengasihi saudara seIslam semata-mata kerana Allah
  • mengucapkan salam bila bertemu
  • sentiasa menziarahi terutama ketika sakit
  • sentiasa saling mendoakan
  • menolong ketika kesempitan
  • memenuhi jemputan
  • memberi ucapan tahniah dan takziah
  • saling memberi hadiah
  • tidak memutuskan silaturrahim dan memulaukan
  • bertolak ansur dan saling memaafkan
  • bermanis muka semasa bertemu
  • sentiasa jujur dan ikhlas inginkan kebaikan sesama saudara seIslam.

Mukmin Sejati!
Pada hakikatnya, persahabatan yang baik memerlukan perhatian dari kita untuk mengawalnya dari dirosakan oleh gejala-gejala liar sepetimana maksud sabda Rasulullah;

“Janganlah kamu saling putus-memutus hubungan, janganlah kamu saling berpaling tadah, janganlah kamu saling benci-membenci, janganlah kamu saling berhasad dengki. Dan jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara. Dan tidaklah halal bagi seorang muslim berpaling dari saudaranya lebih dari tiga hari”. (HR Bukhari dan Muslim)

Wassalam.



menujugerbangilahi berwajah baru =)

Saturday, September 18, 2010

Sepuluh Langkah Kekal dalam Ketaatan Selepas Ramadhan






Semasa berada di bulan Ramadhan saya benar-benar dalam suasana penuh ketaatan dan ibadah..saya memperbanyakkan ibadah sunat, saya merasai kelazatan beribadah dan saya banyak membaca al-Quran, bahkan saya tidak pernah ketinggalan menunaikan solat berjamaah dan sentiasa menjaga mata dari melihat perkara yang diharamkan Allah..tetapi selepas Ramadhan segala kelazatan beribadah seperti yang diperolehi di bulan Ramadhan hilang. Saya juga tidak menitik beratkan ibadah. Saya kerap tertinggal solat subuh berjamaah..ibadah sunat dan bacaan al-Quran saya turut berkurangan. Adakah masalah saya ini ada jalan penyelesaian atau penawarnya?

Menurut Syeikh Abdullah bin Abdul Rahman al-Jabarin yang merupakan seorang ulamak Saudi.

Saudara, saya cadangkan sepuluh langkah untuk mengekalkan kita sentiasa dalam amal soleh selepas Ramadhan:

1. Langkah pertama dan yang paling utama ialah memohon pertolongan Allah supaya kita sentiasa dalam hidayah dan keteguhan. Allah telah memuji doa orang yang bersungguh-sungguh diberikan hidayah. Firman Allah:

رَبَّنَا لا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ

“Mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau condongkan hati kami kepada kesesatan setelah Engkau berikan petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah rahmat kepada kami dari sisiMu, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi.”. (Ali-Imran: 8)

2. Kerap duduk dalam majlis orang soleh dan menitik beratkan majlis zikir umum seperti ceramah atau kuliah agama dan majlis zikir khas seperti menziarahi orang soleh.

3. Mengenali sejarah hidup para solihin melalui pembacaan buku atau mendengar kaset atau cd, khususnya sejarah para sahabat kerana semua ini membangkitkan jiwa yang penuh azam dan tinggi cita-cita.

4. Seringkali mendengar kaset atau cd Islam yang memberi kesan seperti khutbah, ceramah, tazkirah, kuliah dan menonton rakaman aktiviti Islam dari satu masa ke satu masa.

5. Menitik beratkan perkara fardu seperti solat lima waktu dan mengqada’ puasa Ramadhan yang tertinggal kerana perkara fardu mempunyai kebaikan yang besar.

6.Menitik beratkan ibadah sunat sekalipun sedikit kerana menurut sabda nabi saw:

"Amalan yang paling disukai Allah ialah yang konsisten biarpun sedikit". (Baihaqi)

7. Mulakan menghafaz ayat-ayat al-Quran dan berterusan membacanya. Sentiasa membaca ayat-ayat yang telah dihafaz di dalam solat fardu dan sunat.

8. Memperbanyakkan berzikir kepada Allah dan beristighfar kerana ia adalah amalan yang mudah dan manfaatnya sangat besar iaitu menambahkan iman dan menguatkan hati.

9. Menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang merosakkan hati seperti sahabat yang buruk, menonton television, banyak bercakap, mendengar lagu, menyanyi dan sukakan hiburan, menatap majalah yang lucah.

10. Cadangan terakhir saya kepada saudara yang dikasihi ialah segera bertaubat dengan taubat nasuha supaya tidak kembali semual ke lembah kehinaan dengan izin Allah kerana Allah sangat suka hamba yang bertaubat.

Saudara, janganlah anda termasuk ke dalam golongan yang hanya mengenali Allah di bulan Ramadhan! Para Salaf as-soleh pernah berpesan:

“Seburuk-buruk kaum ialah yang hanya mengenali Allah pada bulan Ramadhan sahaja”.

Berdoalah semoga saudara bertemu Ramadhan yang lain dan saudara dalam keadaan sihat wal afiat serta masih teguh di atas agama Allah insya Allah. Wallahu A’lam

------------------
Dipetik daripada Islam al-Yaum

http://www.ikhwanonline.com/Article.asp?ArtID=9425&SecID=363

Thursday, September 9, 2010

Muhasabah Ramadhan

salam .

tepat bukanya puasa , syaitan akan dilepaskan dari dibelenggu .

jadi , sementara masih sempat lagi .. mari kita bermuhasabah ..

JOM MUHASABAH !

Apa yang telah kita lakukan selama sebulan Ramadhan ?

-For sure , membaca alQuran .

mengkhatamkan alQuran sebanyak yang mungkin .

mengumpul pahala dengan pahala 1 huruf 10 pahala dan digandakan dengan 70 kali ganda .

-Berzikir sebanyak yang mungkin.

Menyebut Allah sudah mendapat pahala , inikan pula memuji Allah , Subhanallah .

Bersyukur , Alhamdulillah . dan segala jenis zikrullah .

Asal kita mengingati Allah , kita akan diganjari dengan pahala yang berlipat kali ganda ..

-Bersedekah seikhlas hati dan sebanyak yang patut .

Kita bersedekah ? jom sedekah sementara Ramadhan masih berbaki .

Pahala yang digandakan tidak ternilai di akhirat sana ..

Adakah kita bersedekah di bulan Ramadhan ? Renungkan .

-Menjaga mulut .

Sangatlah terkutuk bagi mereka yang tidak menjaga mulutnya lebih2 lagi di bulan yang mulia , Ramadhan Al-Kareem .

Menjaga perbicaraan kita dengan orang lain adalah suatu yang dituntut ..

Di dalam alQuran Allah befirman :

"....dan jauhilah perkara dusta"

Al-Hajj : 30

jelas di sini menunjukkan , Allah memerintah agar kita menjaga mulut .

-Qiamullail .

dispesifikkan lagi , Qiamullail di masjid pada 10 malam terakhir , yakni iktikaf .

adakah kita melakukan ? Jom Muhasabah semula ..

mencari Lailatul Qadar adalah salah satu perkara yang utama dalam bulan Ramadhan ..

Ini kerana satu malam itu menyamai amalan seribu bulan ..

tak terkirakah kita ?

betapa banyaknya pahala yang diberikan kepada kita .

tapi kita tidak mencari . Rugi nya ...

oke .

Jom Muhasabah .

Kita buat semua perkara tu .

Tapi akhlak kita tak berubah ?

Sangatlah rugi bagi mereka yang tidak berubah ..

Rugilah bagi mereka yang tidak mendapat walau sedikitpun ketaqwaan dari bulan Ramadhan .

Akhir kalam , jangan lah kerana sehari berhari Raya , Lebur segalanya . Hancur jiwa yang telah kita didik selama sebulan ..

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri , Maaf Zahir dan Batin ikhlas dari lubuk hati ,

Anas Hishamuddin

Selamat Hari Raya .
Maaf Andai tersalah bicara , terlebih fi'il dan segalanya .