BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, May 23, 2010

Exam

Bismillah ..
Salam .

Kemungkinan 2 minggu ini ,
blog ini akan tergendala sebentar kerana peperiksaan yang bermula pd hari esok ..
Jadi , harap bersabar .
Doakan Kejayaan Ana ..
16A+ . hee ,
ameen ..

Kepada Pelajar2 SMIH dan juga pelajar2 yang sedang menjalani peperiksaan sekarang ,
Good Luck ,
Bittaufiq Wannajah .
Salam ...

Monday, May 17, 2010

Muhasabah adalah Aset Yang Penting

jom muhasabah lagi .

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !

Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru .

Di Waktu Pagi

Pergi ke sekolah setiap pagi, menaiki bas 2 kali sebelum sampai ke sekolah. Hendak masuk menuju ke sekolah perlu berjalan kaki lagi 1 kilometer. Kadang-kadang kerjanya adalah membuka pagar sekolah (kerana ada tugasan yang diberi sebegitu - maklumlah sekolah pun di kawasan pedalaman). Sabarlah cikgu...


Semasa Sesi Pengajaran

Sebelum memulakan pengajaran, cikgu membaca doa bersama anak murid.Diminta agar diterangkan hati, dimudahkan faham apa yang diajar dan dipelajari. Cikgu meminta anak murid agar mengutip sampah, mengemaskan kerusi dan meja agar dapat belajar dengan selesa. Begitulah setiap hari mulutnya tidak pernah diam menasihati agar sampah yang dijumpai bersepah di luar bilik darjah dan sekolah agar dibuang di dalam tong sampah. Sabarlah cikgu...

Cikgu menanda kedatangan pelajar di Buku Daftar Kehadiran Murid, ada beberapa nama yang sudah acapkali tidak hadir. Cikgu bukan tidak peduli tentang itu semua, lalu ditanya rakannya sekelas. Dijawab mereka "Si polan tu pergi CC (Cyber Cafe), swimming pool, kadang-kadang tak naik kelas dia duduk kat pondok perhentian bas". Cikgu pun menyusul ke perhentian bas sambil memujuk anak murid agar naik ke kelas.Sabarlah cikgu...

Cikgu mengajar di hadapan, anak murid bermain-main di belakang. Ada yang tidur, ada yang berbual-bual. Bila ditanya "Mana kerja rumah?". Dijawab pula "Lupa cikgu"(padahal di rumah begnya tidak pernah diperiksa dijadikan pekasam sahaja). Ibu dan ayah pula terlalu sibuk bekerja. Samada anak ke sekolah atau tidak, itu belakang kira. Yang penting sudah nampak pergi ke sekolah. Cikgu pun meneruskan pengajarannya, diberikan penjelasan dan diulang-ulang lagi apa yang telah diajar agar dapat melekat terus di hati anak muridnya. Cikgu pun bertanya, "Faham tak? Kalau tak faham silalah bertanya, nanti cikgu ulang lagi". Anak murid pun menjawab "Faham cikgu". Tidak lama kemudian cikgu pun menyoal dari apa yang telah dipelajari, kerana beranggapan anak muridnya sudah faham apa yang diajar. Kemudian ramailah anak murid yang berdiri dan menjadi 'patung' kerana tidak dapat menjawab soalan cikgu. Hanya beberapa kerat yang membuka mulut untuk menjawab soalan. Sabarlah cikgu...

Lalu cikgu pun ingin membuat ulangkaji dengan anak muridnya lagi. Semalam cikgu dah beritahu supaya menelaah apa yang telah diajar. Hari ini cikgu ingin menyoal pula. Tetapi tidak ramai yang ingin menjawab. Bila ditanya mengapa tidak dapat menjawab soalan. Mereka menjawab "Tak tahu", "Lupa", "Jaga adik". Sabarlah cikgu..

Bukan cikgu tidak tahu, ada anak murid nakal dan pernah didenda kerana kenakalannya yang diulang berkali-kali. Cikgu bukan denda kerana suka mendenda. Tetapi kerana kasih dan sayangnya kepada anak murid. Itupun dimulakan dengan nasihat untuk dia memikirkan kembali baik dan buruknya perbuatan yang telah dilakukan dan masa hadapannya. Diberikan teguran agar membekas dalam hati. Dan dihukum sesuai dengan kesalahannya. Dan ada juga cikgu menegur kesalahan anak murid agar tidak membuat bising di dalam kelas. Semasa hendak membuka pintu kereta, kereta cikgu telah dicalar balarkan, tayar dipancitkan. Kengkadang cikgu pun ditunggu diluar untuk dipukul. Sabarlah cikgu...






Sesudah Habis Mengajar

Sebelah petangnya, apabila anak murid sudah pulang ke rumah. Cikgu masih lagi di sekolah, terkadang ada kelas tambahan untuk anak muridnya. Terkadang ada kerja untuk menyiapkan alat bantu mengajar supaya anak murid mudah faham. Terkadang tertidur sebentar kerana kelelahan.

Di rumah, kerja cikgu belum selesai lagi. Perlu menyiapkan buku persediaan mengajar, perlu memikirkan pula aktiviti tahunan yang telah diagihkan untuk disempurnakan. Kertas kerjanya, soalan bulanannya, persatuan yang dinaunginya. Cikgu pun ada suami, ada isteri, ada anak-anak untuk dibesarkan, dididik, diberi makan, dikenalkan dengan kehidupan. Setiap kali melihat buku anak murid, akan terbayang wajah mereka satu persatu. Ya, cikgu pun mendoakan juga agar anak muridnya berjaya dan menjadi orang yang berguna. Sabarlah cikgu...

Cikgu pun tidak kisah.. semasa di luar sekolah, ketika bersiar-siar. Bukan tidak pernah terserempak dengan anak muridnya. Ada yang menyapa memberi salam dan senyuman - Alhamdulillah baguslah, ada juga yang sembunyi-sembunyi (mungkin segan kerana berpakaian menjolok mata atau telah melakukan sesuatu yang ia rasa tidak kena), ada juga yang berlalu seolah-olah cikgu tidak wujud di depan matanya (mungkin tidak nampak gamaknya). Cikgu pun tidaklah terasa sangat sebenarnya... Sabarlah cikgu...

Cikgu pun pernah mengajar anak muridnya agar tahu mengucapkan terima kasih. Apabila cikgu hendak memberikan buku kepada anak murid, ia tidak melepaskan buku tersebut kecuali setelah anak murid mengucapkan "terima kasih cikgu".

Sekadar berkongsi antara kehidupan cikgu yang tidak didedahkan, cubalah berkongsi pengalaman dengan mereka. Agar tahu perasaan dan susah payahnya di dalam mendidik anak bangsa. Kepada ustaz, ustazah, cikgu, guru dan pensyarah yang pernah mendidik diri ini... Terima kasihku ucapkan...



Wednesday, May 12, 2010

Ibu . Kaulah Permata Hatiku

Besar mana pengorbanan ibu kita ?
Apa yang telah kita lakukan untuk membalas ibu kita ?
Mari sebentar kita renung-renungkan .
Dan Selamat berubah kepada mereka yang mempunyai sikap sebegini rupa .
Astaghfirullah . Naudzubillahi min Zalik ,
Moga kita jauh dari yang ini ~
Jom Muhasabah =)


Semasa kita berumur 1 tahun, Ibu menyuap kita makan dan memandikan kita. Kita membalas budinya dengan menangis sepanjang malam.

Semasa kita berumur 3 tahun, Ibu menyiapkan makanan istimewa dan berzat untuk kita. Kita membalas budinya dengan menumpahkan makanan ke atas lantai.

Semasa kita berumur 4 tahun, Ibu membelikan kita crayon. Kita membalas budinya dengan menconteng dinding di rumah.

Semasa kita berumur 5 tahun, Ibu membelikan kita baju baru untuk Hari Raya. Kita membalas budinya dengan mengotorkan baju apabila jatuh ke dalam lopak.

Apabila kita berumur 7 tahun, Ibu menghantar kita ke sekolah. Kita membalas budinya dengan menjerit, "SAYA TAK MAHU PERGI SEKOLAH."

Semasa kita berumur 10 tahun, Ibu menghantar kita ke kelas tuisyen, membawa kita shopping, menghantar kita ke rumah kawan dan sebagainya. Kita tidak langsung menoleh ke belakang dan mengucapkan terima kasih, setiap kali Ibu menghantar kita.

Apabila kita berumur 11 tahun, Ibu membelikan kita sebiji bola sepak. Kita membalas budi Ibu, dengan menendang bola dan memecahkan cermin tingkap rumah jiran kita.

Semasa kita berumur 12 tahun, Ibu menasihatkan kita supaya tidak terlalu banyak menonton TV. Kita membalas budi Ibu dengan asyik menonton TV, sebaik sahaja Ibu keluar dari rumah.

Apabila kita berumur 13 tahun, Ibu menegur fesyen rambut kita yang kurang sopan. Kita membalas budi Ibu dengan berkata bahawa Ibu tak ada "TASTE."

Apabila kita berumur 16 tahun, Ibu inginkan dakapan setelah penat dan baru balik bekerja sehari suntuk. Kita membalas budinya dengan mengunci diri kita dan bersendirian di dalam bilik.

Apabila kita berumur 17 tahun dan lulus peperiksaan, Ibu menangis gembira. Kita membalas budi Ibu dengan tidak balik ke rumah hingga larut malam, kerana enjoy & celebrate dengan kawan-kawan.

Apabila kita berumur 19 tahun Ibu membelanjakan wang yang banyak untuk menghantar kita ke universiti, mengangkat beg kita dengan kasih sayang, sampai ke hostel kita. Kita membalas budi Ibu, dengan bersalaman dengan Ibu di luar dorm, takut malu dilihat kawan-kawan.

Apabila kita berumur 20 tahun, Ibu bertanya dengan rasa prihatin kita ada boyfriend/girlfriend ke? Kita membalas budi Ibu dengan berkata --- " Ibu ni kepohlah!!"

Apabila kita berumur 21 tahun, Ibu bertanya apa cita-cita kita. Kita membalas budi Ibu dengan berkata, "saya tak mahu jadi macam ibu!!"

Apabila kita berumur 23 tahun, kita mendapat kerja yang pertama dan tinggal dirumah sendiri - Ibu membelikan baju untuk kita memulakan kerja baru. Kita membalas budi Ibu dengan memberitahu kawan-kawan bahawa baju itu tidak cantik kerana Ibu yang belikan.

Apabila kita berumur 25 tahun, kita berumahtangga - Ibu menangis gembira dan berkata betapa Ibu kasih dan sayang pada kita. Kita membalas budi Ibu dengan berpindah 300 kilometer jauh dari Ibu.

Apabila kita berumur 27 tahun, Ibu menelefon dan memberi nasihat tentang penjagaan bayi, anak kita. Kita membalas budi Ibu dengan berkata, "Zaman sekarang lain Ibu..!!!!"

Apabila kita berumur 40 tahun, Ibu menelefon dan memaklumkan majlis kenduri di kampung. Kita membalas budi Ibu, dengan berkata - "saya sibuk!!!!"

Apabila kita berumur 50 tahun, Ibu jatuh sakit dan perlukan penjagaan dan kasih sayang. Kita membalas budi Ibu dengan datang melawat Ibu sekali dengan membawa sedikit buah apple dan merungut tentang kesibukan bekerja dan terpaksa balik segera.

Dan kemudian, pada suatu hari, Ibu meninggal dunia. Dan tidaklah kita sempat untuk membalas segala jasa-jasa Ibu. Ingat, selagi Ibu masih hidup, kasihi dan sayangilah Ibu dan jika Ibu sudah meninggal dunia, ingatlah jasa ibu.

Sunday, May 9, 2010

Happy Birthday lagi


salam . bismillah .
banyak abang , byk adik , byk kakak [err byk?]
maka , byk lah wish nye ..
hehehe ,
Happy Birthday to Wazien bin Hishamuddin , anak ke 5 .
moga murah rezeki dan diberkati Allah , Insya Allah . . .
Moga Peningkatan umur seiring dengan peningkatan amalan . .
moga 18 tahun ini menjadikan kita tabah dalam menghadapi kehidupan . . [kita?hehe]

=)

Friday, May 7, 2010

Maulidur Rasul ?

Sambutan Maulidurrasul di Malaysia menjadi sesuatu yang hangat diperkatakan suatu masa dahulu. Sebut saja sambutan maulud nabi, pasti akan ada sesetengah pihak menentang dan tidak bersetuju dengannya. Tidak kurang pula yang begitu mempertahankannya sehingga mengatakan ianya wajib. Ada juga sebilangan masyarakat Melayu Islam kita yang mengambil jalan pertengahan. Tidak mengatakan haram dan tidak pula mengatakan wajib.


Senario Malaysia

Budaya meraikan maulidurrasul telah lama bertapak dalam masyarakat Islam di Malaysia, sehingga menjadi adat yang amat sukar dikikis oleh apa jua tentangan. Perarakan di jalan2 raya sambil memegang sepanduk khas yang memuji rasulullah selalu bermain di kaca mata kita. Tidak kurang juga ada yang mengadakan satu program khas sambutan maulidurrasul, khususnya di sekolah2 dan agensi2 kerajaan. Ketika itu, semua pelajar dan pekerja berarak dari satu tempat ke satu tempat sambil berselawat dan akhirnya masuk ke dewan mendengar ceramah atau forum. Kaum Adam memakai Baju Melayu lengkap bersongket dan kaum Hawa pula memakai Baju kurung atau Jubah menyerikan lagi keadaan. Hampir2 boleh dikatakan masyarakat kita sedang menyambut perayaan besar dalam islam.

Dalam keriangan sambutan Maulud Nabi, ada sesetengah pihak yang amat berang dan menentang amalan ini. Mereka mengatakan bahawa amalan itu bukanlah sunnah Rasul dan merupakan satu Bid’ah Dolalah(sesat). Sambil melafazkan dalil hadith nabi yang mengatakan bahawa
setiap Bid’ah adalah sesat dan setiap yang sesat di dalam neraka. Maka mereka amat menentang keras pengamalan sambutan maulud nabi, dengan alasan juga ia tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah sendiri. Mengapa kita perlu mengadakan sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh nabi?.. ia bukan sunnah nabi.


Satu penerangan

Sesungguhnya menyambut maulud nabi bukanlah satu yang ditentang dalam islam, apatah lagi mengharamkannya. Tiada dalil yang qat’i menjelaskan tentang pengharaman amalan itu di dalam Al-quran mahupun Hadith nabi.

Tentang hadith bid’ah yang penulis sebutkan di atas, Bid’ah terbahagi kepada dua; Bid’ah Hasanah(Bid’ah yang baik) dan juga Bid’ah Dolalah(Bid’ah yang sesat). Bid’ah hasanah ialah segala perkara tambahan dalam agama, namun ia tidaklah bertentangan dengan syariat islam dan membawa kebaikan jika diamalkan. Manakala Bid’ah Dolalah merupakan Bid'ah yang sesat, ditambah2 dalam agama sehingga memburukkan agama islam malah amat bertentangan dengan agama Islam itu sendiri.

Contohnya kita lihat di zaman pemerintahan Saidina Abu Bakar assiddiq,
Al-Quran dikumpulkan dalam satu mushaf. Sedangkan perkara tersebut tidak pernah sekalipun dilakukan ketika zaman Rasulullah SAW, melainkan hanya memerintah sebahagian para sahabat menyalin ayat2 quran di pelepah2 tamar, dan kulit2 haiwan. Kemudian ketika Zaman Khalifah Uthman Quran itu disalin dalam beberapa naskah lain, dan diedarkan ke kawasan2 lain bersama pembaca quran yang sahih. Perkara ini tidak pernah berlaku di zaman rasulullah. Namun dilakukan ketika zaman para sahabat.

Perlu diingatkan juga, bahawa
bukan semua yang rasulullah tidak pernah lakukan; bermaksud kita juga tidak boleh melakukannya. Contohnya di zaman Rasulullah tidak ada kapal terbang, tapi zaman ini ada. Adakah berdosa menaiki kapal terbang? Sudah tentu tidak. Tidak pernah ditulis dalam mana2 kitab kuning, biru, hijau ataupun coklat tentang pegharamannya. Logik akal juga mampu memikirkanya, Tidak mungkin agama islam yang diturunkan oleh Allah (yang mengetahui segala2nya) sebegitu jumud.

Memang benar bahawa Sambutan Maulidurrasul tidak menjadi sunnah nabi. Namun, jika diperhatikan, bahawa itulah medan untuk kita mengukir perasaan cinta kepada rasulullah dan mengingatkan kita dengan sejarah Nabi. Di samping itu juga, sambutannya dapat mengingatkan kita tentang Hari Lahir Rasul tercinta. Bukankah semua ini adalah baik? Maka sambutan Maulud Nabi adalah dibenarkan dalam islam. Namun mestilah dititikberatkan aspek2 yang lain juga; cara sambutan, keadaan, masa dan semua perkara yang berkaitan.

(Ini adalah berdasarkan kefahaman saya yang cetek, sekiranya ada kesilapan amat diharap agar pembaca menegur dan membetulkan saya.)


Cinta yang mendalam?

Cinta. Apabila ditanya mengapa menyambut Maulud Nabi, itulah jawapan yang amat lazim kita dengar. “Aku cinta akan Rasulullah”. Sesungguhnya memang kita sebagai muslim perlu cintakan Nabi Muhammad dan apa yang dibawanya; Islam. Tanpanya, kita bukanlah umat Nabi Muhammad. Mana mungkin kita tidak mencintai Nabi sedangkan di hari qiamat kelak kita amat mengharapkan syafa’at daripadanya. Hatta, kalimah terakhir yang meniti di bibir suci rasulullah sebelum kewafatannya adalah, ”Ummati…ummati…ummati”. Jika kita tidak mencintai rasul maka kita bukan ummat Rasulullah.

Sahabat yang saya hormati,

Perlu diingatkan bahawa
cinta bukan sekadar kata2, tetapi perlukan pembuktian. Pembuktian akan membawa kepada amal. Apa buktinya kita mencintai Rasul? Adakah cukup dengan hanya mengatakan ; aku cinta nabi? Adakah cukup dengan menulis di blog2, di atas meja tulis dan menampal pelekat2 di dinding2? Adakah cukup sekadar kita menjerit2 berselawat sambil berarak di jalan raya? Adakah cukup sekadar kita memakai kopiah, serban, dan jubah?

Tidak…

Tidak cukup sekadar itu sahabat.
Cinta kita perlu dibuktikan dengan mengamalkan sunnah Rasul yang sahih dan memahami islam lalu beramal dengannya dan mengajak orang lain kepada islam. Marilah kita menyelak siri2 perjuangan rasulullah mempertahankan dan menyebarkan agamanya. Marilah menyambut maulidurrasul dengan membaca dan menghayati Sirah Rasulullah. Lalu dengan itu kita akan melihat betapa besarnya dan pentingnya dakwah islamiyyah.

Sekiranya kita melihat bagaimana Rasulullah ketika berhijrah ke Taif, lalu dibaling batu dan dihalau oleh penduduknya. Sehingga keadaannya diceritakan mengalir darahnya dan bertakung di kasut Rasulullah. Namun setelah ditawarkan oleh malaikat penjaga gunung untuk membinasakan Taif, maka Rasulullah menolaknya dengan sifat kasih sayangnya. Alangkah indah akhlak Rasulullah.

Dan jika kita teringat betapa peritnya perjuangan para sahabat sekeliling Rasul sehingga menggadaikan segala-galanya untuk islam. Membuatkan kita terfikir.. “Di manakah aku pada sisi mereka?” Abu Bakar membelanjakan seluruh hartanya untuk islam. Apabila ditanya Rasulullah apa yang dia tinggalkan untuk keluarganya.. Dengan tenang Abu Bakar menjawab;”Aku tinggalkan Allah dan Rasulnya”. Alangkah hebat iman mereka. Kita pula, yang menganuti agama yang sama dengan para sahabat, yang bersujud ada qiblat yang sama dan membaca Al-quran yang sama…
mengapa kita terlalu jauh untuk melakukan apa yang telah mereka lakukan?

Bacalah kembali sirah Nabi sejak kelahirannya, sejarah hidupnya, kisah suka dan dukanya. Pasti kita akan merasakan bahawa betapa kita jauh dari nabi dari segala sudut. Apatah lagi tidak ada keinginan dalam hati untuk melakukan amal Dakwah dan intima’ dalam gerakan dakwah. Nabi Muhammad sebaik2 teladan, hidupnya adalah untuk ‘rahmatal lil a’lamin’(Rahmat utuk sekalian alam). Hidupnya dalam jalan dakwah. Dan hidup kita pula dalam jalan…?
“Siapakah yang lebih baik perkataannya dari orang yang menyeru kepada Allah dan beramal soleh”(Fussilat;33)

“Dan serulah(berdakwah) kepada tuhanmu, dan janganlah engkau termasuk
dalam kalangan orang2 musyrikin”(Al-qasas;87)

“Hendaklah ada di kalangan kamu sebahagian yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh dengan ma’ruf dan melarang kemungkaran; dan merekalah orang2yang Berjaya”(Ali Imran;104)

Sirah adalah kunci kebangkitan ummat. Seorang ahli sejarah menyebut, “Sesiapa yang melupai sejarah, pasti ia akan mengulang kembali kesilapan yang sama pada masa akan datang”.
Sirah adalah sejarah yang menerangkan kaedah kebangkitan islam. Bukan sekadar ceramah di masjid2, bukan juga sekadar mengadakan program besar-besaran. Tapi, adalah pembinaan rijal2 islam yang suci hatinya. Lalu dengan terang benderanglah jiwa terpancar2 pada riak wajah dan akhlak mereka. Dakwah akan hidup subur pada tangan2 rijal tersebut. Tarbiyyah islamiyyah melahrkan kader2 dakwah yang sejati.


Peranan Musuh Islam

Musuh Allah berjaga siang dan malam untuk menjauhkan kita daripada Intipati islam sendiri. Mereka berkerja sedaya upaya tanpa mengenal erti penah lelah mencari2 kelemahan dan cuba menimbulkan ragu2 pada jiwa muslimin.

“Tidak akan sesekali reda orang2 Yahudi dan Nasrani kepadamu selagi mana kamu tidak mengikuti ‘millah’ mereka”(Al-Quran)


Al-Quran menggunakan perkataan ‘millah’ yang bermaksud cara hidup, perlakuan, akhlak. Bukan menggunakan kalimah ‘din’ atau agama mereka. Kaum kuffar tidak kisah kita menganut agama islam. Tetapi akan bimbanglah mereka jika kita beramal dengan islam. Gerunlah hati mereka.

Lalu mereka mengatakan menyambut Maulid nabi patut ditinggalkan dan dilupakan. Dengan itu ummat akan melupakan tarikh lahir Nabi Muhammad. Semakin lama semakin pudar dari hati kaum muslimin, lantas melupakan sirah rasulullah dan perjuangannya. Maka
singa yang garang itu menjadi kijang yang pengecut.Umat Islam melupakan sirah dan dakwah rasulullah, jadi akan hanyutkah ia dalam kehidupan dunia. Islam hanya pada nama, dan akhirnya digenggam dan dikuasai oleh musuh2 Allah.

Inilah agenda mereka. Cuba membawa kita jauh dari mengingati rasulullah. Dan peranan kita untuk bangkit dan menyedarkan orang lain.


Kesimpulan

Sambutlah Maulidurrasul dengan penuh keimanan dan ketaqwaan.
Fahami dan hayati sirah Rasulullah, atau dengan aktiviti-aktiviti yang menambahkan kecintaan kita kepada Rasulullah. Bukan sekadar perarakan dan sepanduk atau ceramah dan forum semata2, tetapi membawa kita kepada pengamalan sunnah rasulullah yang sahih dan beramal untuk islam. Islam adalah cara kehidupan.

Happy Birthday !



Salam .
Bismillah .
Jom Kita Wish . .

Happy Birthday . Sanah Helwah .
Selamat Hari Lahir yang ke 20 ehh ?
layan je . .
Semoga Peningkatan Umur Seiring Dengan Peningkatan Iman . .

Wednesday, May 5, 2010

Sanah Helwah

bismillah . salam .
syukur ke hadrat ilahi kerana kita masih lagi bangun dalam keadaan diberi nikmat iman dan islam .

bkn nk update ape pun .
nak ucapkan je .
Happy Birthday to Abdullah Azzam Gen9 - SMIH .
Moga Diberkati Allah dan Semoga Dimurahkan Rezeki .
Ameen . . .