BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, August 25, 2010

Sebening air mata .

Air mata..
Zahirnya titisan bening terbit dari pelupuk mata
Mengalir kala kolam sepasang mata tiada mampu mengempangnya
Namun..
walau hanya titisan air tampak tiada harga
memberi sejuta makna pada pemilik raga
Ekspresi gelojak dan rasa di jiwa

Air mata dan tangis…
Bahasa pertama seorang manusia
untuk dewasa mencari punca
apa ingin dikhabar si kecil tercinta
Inginnya, sakit, lapar,takut, tidak selesa
tangisan dan air mata menjadi bahasa

Air Mata dan tangis
Kala sanubari dirangkul gembira..
Titis itu cermin terharu dan bahagia
Menggamit insan memandang ikut ceria
menangis gembira hati bahagia

Air Mata…
Kala kesakitan tiada terperi
Titis itulah bercerita pada pemerhati
walau ulas bibir rapat terkunci
cukup buat insan mengerti

Air Mata..
Kala sanubari dihimpit duka
titis itu teman derita
meringan beban hati sengsara
Engkaulah teman kala bahagia dan nestapa

Air Mata..
Engkaulah teman rafik raga dan sanubari
Engkau hanya biasa bagi yang tidak mengerti
hakikatnya engkaulah pembela di akhirat nanti
jika gugurmu kerana Ilahi

Air Mata..
Gugurlah engkau kerana takutku pada yang Esa
Gugurlah engkau kerana takutku pada azab di alam baqa
Gugurlah engkau kerana takutku pada azab neraka
Gugurlah engkau kerana takutku menghadapi dahsyatnya akhirat sana

Gugurlah engkau kala keinsafan di atas segala dosa
Gugurlah engkau kala rasa hinanya diriku di sisi Yang Esa
Gugurlah engkau kala kumemohon diampun dosa dan alpa
Gugurlah engkau kala kumemohon taubatku diterima

Gugurlah engkau kala kumemohon petunjukNya
Gugurlah engkau kala kumemohon bantuanNya
Gugurlah engkau kala ku memohon mati dalam rahmatNya
Gugurlah engkau kala kumemohon menghuni syurgaNya

Gugurlah engkau kala kumengharap redhaNya
Gugurlah engkau kala kumengharap cintaNya
Gugurlah engkau kala kurindu pada Pencipta
GUgurlah engkau kala kurindu hampir padaNya
Gugurlah engkau kala ku rindu pada kekasihNya

Gugurlah engkau kala kusujud pada yang Kuasa
Gugurlah engkau kala kutadabbur Kalam yang Esa
Gugurlah engkau kala zikirku pada Yang Kuasa
Gugurlah engkau kerana Yang Esa

kerana kuingin setiap titismu menjadi pembelaku
kerana kuingin setiap titismu menjadi saksiku
kerana kuingin setiap titismu menyelamatkan diriku
kerana kungin setiap titismu membawa ku ke syurga idamanku
kerana kuingin setiap titismu kudapat melihat wajah Rabbku..
kerana kuingin setiap titismu bawa bahagia abadi buatku
walau engkau hanya setitis air membasahi pipi

Persimpangan

Terperangkap aku di persimpangan ini,
Termangu-mangu diri ini
Ke mana harusku melangkah pergi
Kupandang kanan kupandang kiri
Kemana harus kumelangkahkan kaki
Lorong mana harus kuredahi
Di hadapanku lorong-lorong penuh onak duri
Keliru dan takut menyelubungi diri,
Setapak kumelangkah pasti tertusuk duri,
Bisanya menular merana diri
Namun, terpaksa jua kumelangkah pergi
Meneruskan sisa perjalanan hidup ini

Ya Al Haadii, kupohon petunjukMu Ilahi
HambaMu takut hambaMu terkhali
Khuatir terkhilaf membuat solusi
Lantas menerbit murkaMu dan sengsara diri
Tiada kutahu ke mana harus pergi

Kutadahkan tangan memohon pimpinan Ilahi
Jangan biar takut dan rasa hati menguasai
Jangan biar keinginanku mengatasi petunjukMu Rabbi
Tunjukkan hambaMu lorong mana harus kuredahi
Kupohon pilihan dengan ilmu dan kekuasaan Ilahi
Pilihan Ilahi bukannya pilihan insani
Biarpun di sisi insan derita menanti
Tumbuhkan keyakinan untuk kuharungi
Lorong kuredahi pilihan Ilahi

Andaiku takut untuk melangkah kaki
Tuntunlah hambaMu doronglah hambaMu ini
Berilah aku kekuatan diri

Andai kutakut sakitnya tertusuk duri
Kirimkan untukku nurbisa hati
Agar kukebal dan gagah meredah lorong ini

Andai tiada siapa sudi menemani
Cukuplah As Shomad menemani diri
Sepanjang perjalanan tidak kusendiri

Andai kegelapan menyelubungi
Kirimkan untukku nur menerangi
Menyuluh lorong untukku redahi

Andai iblis berbisik minta kuundur diri
Kirimkan untukku keyakinan untuk majukan diri
Teguhkan pendirianku seumpama Sumayyah pertahan iman di hati

Kuingin tersenyum biarpun tertusuk duri
Di hujung lorong bahagia menanti
PilihanMu Ilahi terbaik duniawi ukhrawi
Tiada kusesal walau sekali
Kuyakin janjiMu tidak dimungkiri
Ya Rahman bahagiakan diri ini
Dengan pilihan yang Kau beri..
Bahagia hakiki di alam syurgawi

il est toujours proche

Alllahu Akbar, Alllah u Akbar…
Allah… Allah… Allah… Allah…

Si tu cherches ce qu’est l’amour
Et ce que moi, j’en dis
Je te dévoilerai
Que tout émane d’Allah
L’ivresse pure, pour nos âmes
Il est ton créateur et le mien, celui des cieux et de tout l’univers
Il nous accorde la vie
Il est le protecteur de ceux qui croient en Lui

Et quand les temps sont rudes
Que tu te sens perdu
Souviens-toi Sa promesse
Il est toujours proche
Son amour nous réclame, Sa clémence nous implore
Souviens-toi Sa promesse
Il est toujours proche
Sur nous Il veille sans cesse, nous guide
Il connait le tréfonds de nos coeurs
Alors quand tu cherches ta voie, vers Allah tourne-toi
Souviens-toi sa promesse
Il est toujours proche

Il nous conduit de l’obscurité vers la lumière
Soubhan Allah, de toutes choses Il est capable
Rien ne devrait jamais nous faire peur
Tant que nous implorons Sa guidance, ici-bas
Nous sommes de passage dans cette vie
Bientôt place à l’au-delà
Et dans Ses Jardins, nous serons tous comblés de bonheur

Et quand les temps sont rudes
Que tu te sens perdu
Souviens-toi Sa promesse
Il est toujours proche
Son amour nous réclame, Sa clémence nous implore
Souviens-toi Sa promesse
Il est toujours proche
Sur nous Il veille sans cesse, nous guide
Il connait le tréfonds de nos coeurs
Alors quand tu cherches ta voie, vers Allah tourne-toi
Souviens-toi sa promesse
Il est toujours proche

Alllahu Akbar, Alllah u Akbar…
Allah… Allah… Allah… Allah…

Et quand les temps sont rudes
Que tu te sens perdu
Souviens-toi Sa promesse
Il est toujours proche
Son amour nous réclame, Sa clémence nous implore
Souviens-toi Sa promesse
Il est toujours proche
Sur nous Il veille sans cesse, nous guide
Souviens-toi sa promesse
Il est toujours proche
Alors quand tu cherches ta voie, vers Allah tourne-toi
Il connait le tréfonds de nos coeurs

Alllahu Akbar, Alllah u Akbar…
Allah… Allah… Allah… Allah…

Thursday, August 12, 2010

Surah Annur ayat 31

Katakanlah kepada wanita yang beriman:` Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kaki mereka agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.(QS. 24:31)

mari kita renung seketika .

Ibnu Abu Hatim mengetengahkan sebuah hadis melalui Muqatil yang menceritakan,
"Kami telah menerima sebuah hadis dari Jabir ibnu Abdullah yang menceritakan,
bahwa Asma binti Martsad berada dalam kebun kurma miliknya.
Banyak wanita-wanita yang mengunjunginya tanpa memakai kain sarung,
sehingga kelihatan perhiasan yang ada pada kaki-kaki mereka dan
dada mereka nampak menyembul begitu juga ujung-ujung rambut mereka.
Asma berkata, "Alangkah buruknya pemandangan ini." Lalu Allah menurunkan firman-Nya,
"Katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman..." (Q.S. An Nur, 31).
Ibnu Jarir mengetengahkan sebuah hadis melalui seorang Hadhrami bahwa
ada seorang wanita yang memakai gelang kaki terbuat dari perak yang kemudian diberi keroncongan.
Pada suatu hari ia lewat di hadapan suatu kumpulan kaum laki-laki,
kemudian ia memukul-mukulkan kakinya ke tanah sehingga terdengarlah dengan
nyaring suara beradunya gelang kaki dengan keroncongannya.
Setelah itu Allah menurunkan firman-Nya,
"Dan janganlah mereka memukulkan kaki mereka..." (Q.S. An Nur 31).

Wednesday, August 11, 2010

Menghadap Ramadhan

Ramadhan Kareem. Namun siapakah yang memahami kemuliaannya? ~ Picture by Rafei3 of Deviant Art

Ramadhan Kareem. Namun siapakah yang memahami kemuliaannya? ~ Picture by Rafei3 of Deviant Art

Baik. Dia sudah di hadapan. Hampir. Walaupun belum lagi kita melangkah ke dalamnya, namun ia sudah semakin semakin hampir. Sangat-sangat hampir. Dekat.

Memandang. Gerbangnya besar. Gedungnya pasti luas. Ramadhan. Namanya disebut-sebut sepanjang zaman. Saban tahun pasti berjumpa. Tinggal umur sahaja tidak pasti sampai bila.

Diizinkan kah diri ini memasukinya?

Tiada siapa mengetahui. Sedang Ustaz Asri Rabbani juga meninggal tika Ramadhan sudah sangat hampir untuknya. Tiada siapa mengetahui. Tetapi Allah tahu segala-galanya.

Bagaimanakah kita tika menghadap satu perkhemahan bernama Ramadhan?


Bersedia atau tidak?

Di dalam perkhemahan Ramadhan, banyak latihan yang wujud untuk memberikan peningkatan terhadap seorang mukmin.

Cuma persoalannya, bersediakah kita?

Saban tahu kita melihat betapa Ramadhan dilalui sebagai spritual adat. Setahun sekali ada Ramadhan, tak lalu Ramadhan maka tak raya. Justeru Ramadhan perlu dilalui. Maka kita lalui dengan pengharapan cepatlah habis Ramadhan, kerana aku mahu Raya.

Bahkan, menyokong pendapat saya ini, terbaru saya berjalan di satu shopping kompleks, kelihatan banner: “Selamat Hari Raya Aidilfitri.” Sedang Ramadhan belum lagi dilalui.

Apakah persediaan kita?

Apakah azam kita?

Apa yang kita mahu daripada Ramadhan?

Pernahkah kita persoalkan?

Atau Ramadhan kali ini, sama sahaja seperti Ramadhan yang lepas-lepas. Habis bulan kembali berdosa. Tamat waktu kembali lupa. Sedangkan Ramadhan hadiahnya taqwa. Orang-orang bertaqwa sentiasa meningkat dan terhebat.

Ramadhan, dan kecintaan terhadapnya

Tiadalah kita mencintai Ramadhan kerana ganjaran di dalamnya. Bukan juga kita mencintai Ramadhan kerana kita melihat ia satu-satunya tempat untuk beribadah tenang memandangkan kejahatan disekat dengan lebih ketat ketika itu.

Tetapi kita mencintai Ramadhan kerana kita mahu menjadi hambaNya.

Kita melihat betapa Ramadhan itu adalah alat. Alat untuk kita meningkatkan diri kita menjadi hambaNya yang Dia redha. Kita bukan hamba Ramadhan. Kita hanyalah hambaNya yang melalui Ramadhan dengan terbaik, moga kita meningkat menjadi hambaNya yang terbaik.

Abu Hurairah telah berkata : “Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai’e,Malik,Ahmad dan Baihaqi

“Sesungguhnya di syurga terdapat pintu yang dinamakan al-Rayyan. Orang-orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu itu pada hari Kiamat. Tidak ada seseorang pun yang akan masuk melalui pintu ini kecuali mereka .Dikatakan: Mana orang-orang yang berpuasa? Lalu mereka semua berdiri. Tidak ada seorang pun yang masuk melalui pintu ini selain mereka. Apabila mereka semua telah masuk, pintu ini akan ditutup dan tidak ada seorang pun yang akan masuk melaluinya” Hadith riwayat Bukhari.

“Aku bertanya kepada Rasulullah SAW: Ya Rasulullah! Tunjukkan kepadaku satu amalan yang membolehkan aku memasuki syurga dengan cara itu. Lalu Rasulullah SAW bersabda: Kamu hendaklah berpuasa kerana sesungguhnya tidak ada satu cara pun yang mampu menandinginya”Riwayat Ibn Hibban.

“(Allah SWT berfirman) : Sesungguhnya dia (hamba) meninggalkan makan dan minum serta syahwatnya kerana-Ku. Puasa (yang dia kerjakan adalah) kerana-Ku. Puasa adalah untuk-Ku. Sedangkan, Aku memberi balasan setiap kebaikan itu dengan sepuluh kali ganda sehingga 700 kali ganda kecuali ibadah puasa. Ini kerana, ia (puasa) adalah untuk-Ku dan (sudah tentu) Aku sendiri yang akan memberi balasannya” (Diriwayatkan oleh Imam Malik dalam al-Muwaththa’, Kitab al-Shiyam – no: 603)

“Setiap amal kebaikan anak Bani Adam pahalanya (dicatat oleh malaikat) kecuali puasa. Sesungguhnya ia adalah untuk-Ku dan Akulah yang memberi pahala puasanya” Hadith Riwayat Bukhari.

Peluang-peluang inilah yang kita hendak kaut, hendak capai untuk menjadi hambaNya yang terbaik. Bukanlah kita menggapai segala ganjaran Ramadhan untuk melakukan dosa pada bulan-bulan lain. Kita hendak menggunakan ganjaran di dalam Ramadhan supaya kita kekal mampu meningkatkan diri dalam bulan lain.

Kita hendak menjadi hamba Allah SWT. Sebab itu kita bersungguh-sungguh dengan Ramadhan yang telah Allah hadiahkan kepada kita!

Penutup: Dia semakin menghampiri. Apakah kita ini diberikan jemputan?

Ramadhan sudah berada di hadapan. Sedang garis kematian diri bukan berada dalam pengetahuan. Siapakah yang meminta agar Ramadhan ini menjadi miliknya?

Siapakah yang meminta agar Allah memberikannya ruang dan peluang untuk mengucup Ramadhan buat kesekian kalinya?

Atau kita sudah nampak raya?

Ramadhan adalah madrasah.

Ramadhan adalah kem.

Ramadhan adalah lapangan tarbiyah.

Agar yang masuk ke dalamnya, keluar dengan peningkatan.

Namun siapakah yang memahaminya?

Lantas mempersiapkan diri untuk mengaut keuntungan?