Wednesday, June 30, 2010
Secebis Pengajaran
Monday, June 21, 2010
leaders + karnival kokurikulum
alhamdulillah kerana kita telah bangun dan masih hidup dalam nikmat iman dan islam ..
cuti telah tamat .
sekolah telah mula bergiat semula ..
jadi , semua pelajar perlulah fokus kepada pelajaran .
dan tidak lupa juga tugas sebagai hambaNya , perlu juga dilaksanakan ..
cuti ?
buat apa pada musim cuti ?
alhamdulillah telah dimanfaatkan dengan baik ..
nak cerita tentang leaders ?
tak berapa pandai lahh . lagipun , ramai peserta leaders dah cerita di blog mereka .
ada masa , ana cerita ..
update ni saja nak cerita tentang karnival kokurikulum MGBSIM yang telah berlangsung selama 2 hari 1 malam di UiTM Dungun pada 17-18 jun 2010 ..
17 jun 2010
bangun pagi , solat subuh ..
seusai solat subuh , kami sekumpulan [kontijen johor] bergerak ke asrama penginapan masing2 .
nama tempat penginapan tu Gemia kot kalau tak silap ana ..
kami menginap di Gemia 2 .
bersama ana , terdapat 3 lagi rakan yang menginap sebilik dengan ana ..
Isyraf Masiri , Asim Hatta dan Haqqul Yaqin ..
seronok jugak biliknya , tapi sedikit berbau . haha ..
dalam pukul 8 ,
kami bergerak ke stadium UiTM ..
stadium eh ? layan lahh ..
ada ucapan perasmian oleh Haji Ngah kot kalau tak silap nama dia ..
then ucapan dari pengerusi Musleh , Ust Jelani Ramly ..
dan bermulalah karnival tersebut dengan pertandingan futsal ..
futsal ,
alhamdulillah ..
kami juara . hidayah jb juara ..
1st game :
Hidayah JB vs Islah S.Petani : 1-0
2nd game :
Hidayah JB vs Al-Amin Bangi : 2-1
3rd game :
Hidayah JB vs Aman KB : 1-1
4th game :
Hidayah JB vs Hira' Jeram : 3-1
Semi Final :
Hidayah JB vs Irsyad Kuantan : 3-0
Final :
Hidayah JB vs Azhar Jitra : 1-0
Sangat hebat team hidayah jb ni kalau korang tgk ..
ada pemain mssm johor .. huhu =)
ana miss 1 match tak tgk . sebab tertidur kerana kepenatan dan keletihan ber "leaders" selama 3 hari 2 malam .. alhamdulillah , juara futsal milik hidayah jb..
lepas habis futsal , siap2 pergi tepi pantai ..
makan .. best !!
seterusnya , pertandingan hafazan dan pidato ..
pertandingan ni dijalankan pada waktu malam ..
waktu yang sangat sesuai untuk tidur ~
hehe ..
peserta pertama , Asim Hatta ..
pidato bahasa arab .. alhamdulillah , juara ..
beza dengan naib juara hanya 2 markah ..
hafazan ?
tak tengok ..
tapi alhamdulillah ,
ada piala yang dibawa pulang ..
tempat ketiga untuk lelaki , Wan Abdul Rahman ..
tempat kedua untuk perempuan , Nurul Qarirah ..
18 jun 2010
bangun pagi2 .
pukul 8 pagi dah gerak ..
kami bergerak dengan bas ke SMK Sultan Umar ..
terkejut dan terpukau dengan sekolahnya ..
besar ! padang . berumput penuh ..
ada track lari .. WOW ..
beza dengan SMIH JB .. jauh sekali ..
kat sekolah tu , dijalankan pertandingan balapan ..
semua lari laju2 .
seronok gila tgk ..
alhamdulillah ,
kami bawa pulang beberapa medal ..
kategori lelaki je ana ingt .
perempuan tak ingt .. tapi perempuan banyak emas ..
100m - gangsa , haqqul yaqin
1500m - perak , haqqul yaqin
4x100m - perak , mustaqim . isyraf . akif . anas aj .
4x400m - perak , ungku asyraf , huzaifah , anas h , anas aj .
then , balik dan rehat ..
tidur .. lama gila tidur ..
bangun , ada pertandingan nasyid dan choral speaking ..
penat kot dengar . bukan best pun .. haha !
dan , akhir sekali ..
penyampaian hadiah ..
sangat banyak medal dan piala yang kami pungut ..
dan paling besar , kami memegang piala juara keseluruhan ..
Alhamdulillah , alhamdulillah thummalhamdulillah ...
Thursday, June 10, 2010
Cuti
Thursday, June 3, 2010
Ikhlas Kerana Allah
Ikhlas kerana Allah,
Meluncur laju kala ditutur,
Menggenggam segumpal ikhlas,
Sukarnya ibarat menggenggam bara api,
Tiada terasa akan panasnya,
Kala redha dan iman memenuhi segenap nurani,
Bara digenggaman ibarat intan kemilau cemerlang,
Terasa panas bak lahar,
Kala api amarah dan nafsu membakar jiwa,
Lantas segumpal ikhlas tercampak dari genggaman,
Tersirna segunung pahala,
Ibarat debu dipuput sang bayu,
Lantaran riak dan satu ungkitan,
Lantaran Allah dan Rasul bukan panduan
Ikhlas kerana Allah,
Menggenggamnya hingga akhir hembusan,
Ganjarannya syurga idaman,
Bukan mudah terus digenggaman,
Amarah, nafsu dan syaitan ingin menawan,
Berjuang dengan sejuta ujian,
Andai berjaya terus digenggaman,
Andai tersungkur terlepas dari genggaman,
Pahala tersirna kerana satu kekhilafan,
Harus terus berjuang dan bermula lagi,
Demi mencari keredhaan Ilahi,
Duhai sekeping hati,
Jangan terus patah hati,
Teruskan jihad demi cinta Ilahi,
Dengan istiqomah dan bantuan Ilahi,
Pasti keikhlasan yang suci murni,
Tertancap utuh di laman hati,
Walau badai melanda usah peduli,
Di akhirat sana bahagia abadi.