Friday, December 25, 2009
result.Alhamdulillah.
Alhamdulillah,
Segala Pujian bagi Allah..
so,nak cerita pasal result..
overall,maybe this is the worst record for SMIH.
but its okay..
Alhamdulillah...ana macam tak percaya jugak dengan result kali ni.
sedih,tapi bersyukur..Alhamdulillah..
tulen ke sosial?
hurm..
seperti kebiasaan pelajar tingkatan 3 , selepas PMR.
buat pilihan nak ambik yg mane satu...
tulen ke sosial..
mmg susah nk buat pilihan..
kadang2 kita suka scs.tapi mcm susah nk ketch up..
so,amek je la sosial..
kadang2 bila nak masuk sosial ni,kne pk 2 kali..
kene betul2 belajar kalau masuk sosial ni..
sebab...
tau2 je la kan..kelas sosial cmne..
tp insya Allah, tahun dpan , OK.hehe..
ana pun tengah buntu,nk pilih mana satu..
ana nak ambik ARAB + Syari'ah..hehe,
mungkin , scs sosial yg terbaik kot.
tp , kne lakukan solat istikharah dlu sebelum melakukan sesuatu keputusan..
Tuesday, December 15, 2009
Open Your Eyes
Can't you see this wonder
Spreaded in front of you
The clouds floating by
The skies clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony
Let's start question in ourselves
Isn't this proof enough for us
Or we are so blind
To push it all aside...
No
We just have to
Open our eyes , our hearts and minds
If we just look bright to see the signs
We can't keep the hiding from the truth
Let it take us by suprise
Take us in the best way
[Allah]
Guide us every single day
[Allah]
Keep us close to you
Until the end of time
Look inside yourselves
Such a perfect order
Hiding in yourselves
Running in your veins
What about anger love and pain
And all the things you're feeling
Can you touch them with your hand??
So are they really there??
Let's start question in ourselves
Isn't this proof enough for us
Or we are so blind
To push it all aside...
No
We just have to
Open our eyes , our hearts and minds
If we just look bright to see the signs
We can't keep the hiding from the truth
Let it take us by suprise
Take us in the best way
[Allah]
Guide us every single day
[Allah]
Keep us close to you
Until the end of time
When a baby's born
So helpless and weak
And you're watching him growing..
So why deny
What in front of your eyes
The biggest miracles of your life..
Allah
You created everything
We belong to YOU
YA ROBB we raise our hands
Forever we thank YOU
ALHAMDULILLAH..
Wednesday, December 9, 2009
.bosan.
hari ini rasa nk upload gambar.lama pulak rasenye tak update blog.
bila upload gambar.rase macam update blog.so,enjoy it..
Thursday, December 3, 2009
.mencari jodoh..?..
Dengarlah ini kisah silam oh kawan
Sangatlah berguna
Moga hidup aman bahagia
Di malam pertama jumpa mertua
Tersintak si jejaka di beritakan
Istrinya tidak sempurna rupa
Anggota zahirnya lumpuh semua
Tiada upaya mengurus diri
Terkejut si jejaka penuh persoalan di hatinya
Mungkinkah sudah jodoh itulah istrinya
Ibanya rasa hati
Namun tetap redha pada takdir
Asalkan punya iman itulah paling penting
Saat-sata perjumpa
Terpesona memandang
Benarkah istrinya Menawan sungguh cantik
Cari-cari... carilah
Pasangan hidup betul-betul oh kawan
Bahagia berseri
Rumah tangga akan harmoni
Terhurai dijawablah oleh mertua
Zahirnya tak sempurna kiasan saja
Memberi makna sucinya diri
Wanita sholehah terpelihara
Terharu si jejaka tunduk bersyukur
Jangan mudah percaya harta pangkat dan rupa
Indahnya di mata berawaslah
Rasul sudah bersabda insan punya agama
Akhlaknya mulia fahamilah
sumber : www.iluvislam.com
"Indah sungguh suasana di tepi sungai ini. Airnya mengalir tenang dan angin bertiup lembut. Biarlah saya duduk di sini berzikir kepada Allah," kata Abu Salleh Jangi Dost sendirian lalu melabuhkan punggungnya ke tebing sungai. Sungai itu terletak di sebuah pekan kecil bernama Jilan Jilan adalah sebuah pekan kecil yang di negeri Parsi. Di situlah tempat tinggal Abu Salleh. Beliau berasal daripada keturunan Imam Hassan, salah seorang cucu Nabi Muhammad.
Semasa Abu Salleh sedang berzikir, dia terpandang sebiji epal yang hanyut di bawa arus sungai. Perutnya yang memang belum diisi sejak semalam berbunyi beberapa kali. "Mungkin ini rezeki saya," bisik Abu Salleh kepada dirinya sendiri lalu mengambilnya. Tanpa bertangguh lagi, beliau mengharungi sungai cetek itu dan mencapai buah epal yang dibawa arus. "Inilah rezeki saya hari ini."
Abu Salleh memakan epal itu sehingga habis. Tiba-tiba, beliau berdiri dengan wajah pucat lesi. "Saya memakan epal ini tanpa izin tuannya. Milik siapakah epal ini?" Anak muda itu merenung seketika ke arah hulu sungai. "Tentu pemilik epal ini berada di hulu sungai." Sebaik sahaja menarik nafas, kakinya melangkah menyusur tebing sungai menghala ke hulu sambil memerhati ke sekeliling kanan dan kiri sungai sekiranya ada pokok epal di situ. Jauh beliau berjalan meninggalkan pekan Jilan yang sudah tidak kelihatan lagi. "Langsung tidak kelihatan walau sepohon pokok epal." Kakinya semakin lemah. Namun, beliau terus melangkah sehingga akhirnya sampai ke sebuah ladang epal yang sangat luas. "Syukurlah! Akhirnya saya menemui sebuah ladang epal. Saya yakin epal yang saya makan tadi datang dari ladang ini. Lebih baik saya segera menemui tuannya." Abu Salleh melangkah lemah terus memasuki ladang epal dan menemui pemiliknya. Pemilik itu bernama Sheikh Abdullah Sawmai berasal dari keturunan Imam Hussin, salah seorang cucu Nabi Muhammad juga.
"Saya memohon maaf dan mohon dihalalkan sebiji epal yang saya makan," pinta Abu Salleh kepada Sheikh Abdullah. Beliau menceritakan segala hal keterlanjurannya memakan sebiji epal tanpa usul periksa siapa pemiliknya. Sheikh Abdullah mendengar dengan teliti setiap apa yang diceritakan kepadanya. Matanya memerhati dari hujung rambut hingga hujung kaki sepanjang Abu Salleh bercerita. Sebaik sahaja Abu Salleh habis bercerita, Sheikh Abdullah tersenyum. Syeikh Abdullah menarik nafas panjang dan berkata, "Saya dapat memaafkan saudara dengan satu syarat." "Katakanlah apa syarat itu? Saya cuba memenuhinya," jawab Abu Salleh. "Saya mahu saudara bekerja di ladang epal ini selama dua belas tahun." Tanpa banyak soal, Abu Salleh menganngguk dan menyatakan persetujuannya. Keesokan harinya, bekerjalah Abu Salleh di ladang epal milik Sheikh Abdullah itu sehingga dua belas tahun lamanya.
Akhirnya, tamatlah tempoh dua belas tahun lalu Abu Salleh menemui Sheikh Abdullah. "Saya sudah menunaikan syarat tuan. Halalkan epal yang saya makan itu." "Saya mengenakan satu lagi syarat kepada saudara." Balas Abu Salleh, "Katakanlah syarat itu, saya tunaikan." "Syaratnya adalah saudara mesti mengahwini puteri saya." Terkebil-kebil mata Abu Salleh mendegar syarat kedua yang dituturkan pemilik ladang epal itu. "Tetapi biarlah saya berterus terang berkaitan dengan keadaan puteri saya itu." "Katakanlah. Saya cuba patuhinya." "Puteri saya bernama Ummu Khair Fatimah. Dia seorang yang lumpuh, pekak, buta dan bisu. Mahukah saudara mengahwini puteri saya itu sebagai syarat kedua?" Abu Salleh memandang ke arah Sheikh Abdullah dan memberikan sebuah senyuman. "Saya mengahwini puteri tuan sekiranya tuan menghalalkan sebiji epal yang saya makan tanpa izin dua belas tahun yang lalu."
Pada hari yang ditetapkan, majlis perkahwinan antara Abu Salleh dan Ummu Khair dilangsungkan. Pada malam perkahwinan, Abu Salleh masuk ke bilik pengantin dan memberi salam kepada isterinya yang tidak pernah dilihatnya sebelum ini. Sebaik sahaja isterinya menoleh menyambut salamnya dan melihat ke arahnya, Abu Salleh terkejut. "Bukankah bapa mertuaku mengatakan isteriku seorang yang lumpuh, buta, pekak dan bisu?" Abu Salleh tersentak. Beliau segera beredar meninggalkan bilik pengantin yang dihias indah merayakan pernikahan mereka lalu berlari ke ruang tamu mencari bapa mertuanya. "Adakah perempuan lain di dalam bilik pengantin?" Sheikh Abdullah tersenyum, "Perempuan yang berada di dalam bilik pengantin itulah puteri saya, Ummu Khair Fatimah." "Bukankah isteri saya lumpuh, buta, pekak dan bisu?"
Sheikh Abdullah mengangguk dan tersenyum. "Saya mengatakan dia lumpuh kerana dia tidak pernah menjejakkan kaki ke tempat maksiat. Saya mengatakan dia pekak kerana dia tidak pernah mendengar perkara terlarang. Saya katakan dia busu kerana tidak pernah melihat perkara yang haram dan saya mengatakan dia bisu kerana dia tidak pernah menuturkan perkara yang sia-sia."
Wajah Abu Sallehyang kebingungan kemudian berseri-seri. Bibirnya mengukir seribu senyuman mendengarkan kata-kata Sheikh Abdulah. Abu Salleh menadah tangan, "Ya Allah, hamba mengucapkan syukur yang tidak terhingga." Hasil perkahwinan Abu Salleh dan Ummu Khair Fatimah ini lahirlah seorang ahli agama yang terkenal diberi nama Sheikh Abdul Kadir Jailani. Beliau digelar Mahyuddin yang bermaksud menghidupkan agama.
Sunday, November 29, 2009
.sedikit Tazkirah buat yang Lupa.
"Tujuh golongan yang akan Allah naungi pada hari dimana tidak ada naungan selain dari naungan-Nya yaitu pemimpin yang adil, pemuda yang tumbuh di atas ketaatan kepada Allah, laki-laki yang hatinya senantiasa terikat dengan mesjid, dua orang yang mencintai karena Allah, bertemu dan berpisah karena-Nya, seorang lelaki yang diajak berzina oleh seorang wanita yang cantik dan memiliki kedudukan, namun ia berkata : sesungguhnya aku takut kepada Allah, seseorang yang bersedekah dan menyembunyikan sedekahnya tersebut hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfakkan oleh tangan kanannya dan seseorang yang mengingat Allah di waktu sendiri hingga meneteslah air matanya" (HR Bukhari Muslim). Apabila kita perhatikan hadits tersebut, kita dapatkan bahwa di antara sifat orang-orang yang akan Allah naungi kelak di hari kiamat adalah orang-orang yang melakukan kebaikan tanpa diketahui oleh orang lain. Dalam hadits lain, Rasulullah bersabda "Sesungguhnya sebaik-baik sholat yang dilakukan oleh seseorang adalah sholat yang dilakukan di rumahnya kecuali sholat wajib" (HR Bukhari Muslim)
Apa yang ana nak tekankan di sini ialah laki-laki yang hatinya senantiasa terikat dengan masjid..
Marilah kita jadi seseorang yang hatinya terikat dengan masjid.. Bagaimana? Fikirkan sendiri.
Tepuk dada tanya iman tanya diri sendiri, adakah kita akan dinaungi pada hari itu kelak..?
Mari bersama kita berubah dari yang buruk kepada yang baik kerana mu'min yang beruntung adalah hari ini lebih baik dari semalam.dan hari esok lebih baik dari hari ini...
Saturday, November 28, 2009
xRek 2009
tamat sudah xRek 2009.
apa itu xRek?
xRek adalah satu Ekspedisi Remaja Kental.
xRek diadakan agar remaja pada zaman ini mempunyai jiwa dan semangat yang kental.
[ana rase lar]
Hari Isnin - 23 / 11
Tepat jam 12 malam,kami [Ana,Mursyid,Hakimi,Isyraf,Zul,Harish,Dalila,Syifa',Zaynab,
Murshida,Asma',Najihah,Ainul dan Aqilah] bertolak dari Shell Sri Putri , Skudai menuju ke Puduraya , Kuala Lumpur. Seperti dalam perjalanan lain , kami semua tidur di dalam bas kerana kepenatan [agaknye la]...
Kami sampai di Puduraya sekitar jam 3.20 pagi..Perjalanan dari Johor ke KL mengambil masa kira2 3 jam..lama jugak lah.Penat memang penat.padahal tak bawak bas pun.Mungkin penat kerana menunggu di dalam bas..hehe,
Kami makan pagi[lebih kurang breakfast la] di KFC sambil menunggu surau dibuka.Surau hanya dibuka pada waktu subuh[lebih kurang pukul 5.00 pagi]..Penat sebab takdapat baring..semua tempat dah penuh..
Seusai solat , kami memulakan perjalanan kami ke destinasi yang dituju , Impian Country Resort , Sg. Semungkis , Selangor. Nak cerita ke?? Panjang ceritanya..hehe,
Dari Puduraya kami menaiki LRT menuju ke Masjid Jamek. Kami berjalan dari Masjid Jamek menuju ke Stesen LRT Masjid Jamek..Sekali lagi kami menaiki LRT utk menuju ke Pasar Seni..
Kami turun di stesen LRT Pasar Seni dan berjalan menuju ke stesen bas berhampiran Pasar Seni..
Kami menaiki bas u40 , menuju ke batu 11..[erk,dalam kertas tulis batu 11,padahal batu 9]
Jadi , kami turun di bt.9 dan menunggu bas di situ.. Agak lama menunggu bas.. 30min setiap satu bas.. Agak lama, akhirnya kami menemui satu bas bernombor u412.. Kami menaiki bas itu bersama team Penang dan Perak..
Dari bt.9 , kami bergerak dan berjalan2 dengan bas..Sesat sebenarnya..hehe, terlajak 2km dari tempat yang ingin dituju..Jadi , kami terpaksa berhenti dan turun di situ.. Ada seorang abang fesi ni,tak silap ana..nama dia Hasif.. dia ambik kami dengan menaiki kereta..
Jadi , kami menuju ke ICR menaiki kereta itu.. Penat sebab dah tersesat + berjalan jauh..Ini semua sebab Kak Hajar ni.. [geram je aku] haha.. Sampai kat sana dalam pukul 9[ntah lar.tak tgk jam]
Sesampainya kami di sana,kami mulakan program dengan pembahagian team..Rombakan kumpulan agar dapat saling mengenali.. Memang Allah ciptakan manusia ini untuk saling kenal mengenali.. Jadi kami terpaksa berpisah dengan pasukan negeri sendiri..
Ana dapat team yang agak bagus. Nama kumpulan kami , Hamzah Asadullah diketuai oleh Akh Zulfadhli dari negeri Perak.. Beliau mmg sgt bagus..
nak dipendekkan cerita,kami bermain permainan goreng pisang..susah nak main game ni..sebab biasa main game Bom..[tau kan?hehe] team ana no.4 ke 3.tak ingat.tapi best jugak sebab...sebab best lah..haha,
Lepas main goreng pisang ni,kami diminta untuk membuat karangan yang perlu dimulakan dengan huruf yg sama..memang susah nak perah otak..jadi , kami serahkan pada Amrullah Hakimi..
Dipendekkan lagi cerita,sudah petang..
lama juga kami berkenalan sesama kumpulan..Petang,kami bermain permainan bola apa ntah nama nya..Permainan yang agak baru bagi ana..sebab ana tak pernah lagi main..
Kump. Hamzah ada dalam 2 kali menang tak silap..Kalah sebab tak kenal lagi member sekumpulan...taktau nak panggil apa..hehe
Pada sebelah malam , Malam Kebudayaan..
Agak susah untuk perah otak sebab kami diberi task berlakon sebagai orang yang bisu bertemakan Palestin..
Ana rase ana tak terlibat malam tu sebab ana tertidur dalam khemah..[ish3.penat sgt kot]
HAHA!!!
Hari Selasa 24 / 11
Pagi menjelang..Azan menusuk ke dalam telinga...Kami bangun lalu menunaikan solat Tahajjud dan Taubat secara berjamaah.. Semua peserta agaknya berada dalam keadaan mengantuk sebab masih penat.. [perjalanan ke ICR la penat] Seusai menunaikan solat subuh , kami membaca ma'thurat bersama..
Setelah membaca ma'thurat..kami diberi sedikit tazkirah. best kut.[ntah lh.tertidur skit]
Abg Long yg bg.so dengar skit.tidur skit.hehe,
hmm,kene denda.pumping.50 je[haha.lenguh gile]
Lepas tuh , kami jogging.. Pusing2 ICR tu. xde la penat sgt. kalau kt sekolah lagi penat,kene 10km.mampus.
Setelah riadah pagi tamat,kami memulakan perkhidmatan diri [mandi lah tuh]..
Banat team Johor masak utk banin team johor..Best jugak sebab dapat makan free..
sumbang telur skit.dapat makan byk gle..hehe[sori banat]
Malas nak cerita panjang..Ada jungle trekking..
penat+bosan gile..jalan2 lepas tu dapat mandi sungai..lagi satu,dapat penat.tu je..
Dipendekkan cerita, kami diminta untuk tukar baju basah.. Kami bermain galah panjang versi baru.. [aku pon taktau versi mane,3line] haha.
best jugak.sebab dapat abiskan game tuh. Ana seorang je yang dapat habiskan game tu..best,main acah2 org.. SNAP!!! haha. semua menang,1 je kalah..
Petang tuh, kami habis lambat sikit..sebab satu game tu 7 min . [lame gilo]
Jadi , kami serahkan masakan kepada banat lagi..[xsilap aku la]...
Sebelah malam pulak..sebelum Night Walk , kami ada Muhasabah..
Dan ana rase , muhasabah ini adalah muhasabah paling teruk dalam hidup ana..ade ke die doa kami macam kami ni terlalu hina..hina gile...macam syaiton,mahu dilaknat2..
ish3.bawak2 bertaubat la yer TOKWAN..
Night Walk die mmg mencabar gile..boleh membawa maut..Dalam keadaan mengantuk , masuk ke dalam hutan mendaki bukit..GILA punye TOKWAN!!!
Hari Rabu 25 / 11
Bangun pagi , dah pukul 6.30pagi..
memang tak Qiyam la pagi tu.. Semua penat disebabkan Night Walk yang xbest. Buat sakit tangan sampaikan tak larat nak Qiyam..
Pagi tu macam biasa..Kami jogging pusing2 ICR tu.. Lepas jogging , ada Explorace..
Macam best sikit explorace ni..sebab semua dah fikirkan nak balik.. nak lari dari beban..haha
Explorace ni banyak ikut rancangan SPONTAN..
team ana menang..tapi tak dapat hadiah..sebab,kertas pemenang tuh hilang..ape daaa..
akhir kalam, ana nak cakap...
xRek 2009 ni tak da la best sgt.
tapi best sbb dapat mandi sungai...
tak best sbb ade TOKWAN..
dah2.malas nak taip byk2..
hmm..
terima kasih kepada team Ganu sbb jd kwn baik ana..
Mujahid Mazlan , Syafiq Akram..
team Pahang , Amin , Amirul , Danial , Umayr..
team Selangor , Baem..
team n9 , Lukman , Ikhwan dan lain2.
dan semua peserta2 xRek 2009.
jumpa lagi tahun hadapan di LEADERS dan XperT
Saturday, November 21, 2009
.sahabat.
salam sejahtera dan selamat malam.
[original from Anas Hishamuddin]
Sahabat,
Diri ini merasakan baru semalam kita berjumpa...
Ku rasakan baru semalam kita berkenalan..
Tetapi hari ini kita terpaksa berpisah....
Hati ini sering tertanya2..
Apakah hikmah di sebalik perpisahan ini??
..Persoalan ini tidak pernah terjawab oleh hati...
Sahabat,
Terima kasih atas tunjuk ajar selama kita bersama..
Banyak ilmu yang ku peroleh daripada kalian..
Sahabat,
Perjuangan kita belum tamat..
Jangan anggap PMR adalah penghujung perjuangan..
Kerana tiada penghujung perjuangan melainkan mati..
Mati dalam keadaan sedang menuntut ilmu..
Sahabat,
Janganlah lari dari hidayah Allah..
Walaupun kalian tidak menuntut ilmu di bumi Hidayah..
Tetapkanlah hati2 kalian untuk terus bersama hidayah Allah..
Sahabat,
Mata kadang salah melihat..
Mulut terkadang salah bicara..
Hati terkadang salah menduga...
Untuk lisan yang tidak terjaga..
Untuk janji yang sering terabai..
Untuk hati yang sering berperasangka..
Untuk semua sikap yang sering menyakitkan...
Aku menyusun sepuluh jari ingin memohon maaf atas segala kesalahan dan kekhilafan...
Manusia tidak pernah lari dari melakukan kesilapan..
tetapi , sebaik2 manusia itu adalah manusia yang melakukan taubat..
Friday, November 20, 2009
Tuesday, November 17, 2009
Saturday, November 14, 2009
.perempuanku.
Perempuan-perempuan ini, adalah perempuan-perempuan yang dilupakan. Hari ini, perempuan melihat kepada siapa untuk mereka contohi? Hari ini, lelaki akan memilih perempuan yang bagaimana untuk dijadikan isteri? Hari ini, ibu bapa akan membesarkan anak perempuan mereka mengikut perempuan yang mana? Hari ini, masyarakat akan mengangungkan perempuan yang bagaimana? Hari ini, perempuan jenis apakah yang dikira sebagai mulia? Hari ini, perempuan bagaimanakah yang lelaki puja? Persoalan ini, anda boleh jawab sendiri di dalam hati, dengan melihat keadaan sekeliling kita. Anda akan melihat satu jawapan yang sama, walau di mana sahaja anda berada. Perempuan jenis ‘itu’. ‘Itu’ itu anda terjemahkan sendiri dengan pengamatan anda pada keadaan hari ini.
Kita lihat hari ini, masyarakat, baik lelaki atau perempuan, orang tua atau anak-anak, telah melupakan sebahagian perempuan-perempuan agung yang sepatutnya dijadikan contoh, qudwah untuk wanita-wanita seluruh dunia, sepanjang zaman. Sesungguhnya, figur-figur inilah yang mengusung panji ISLAM dalam kehidupan, seterusnya memuliakan diri mereka dengan kalimah ALLAH SWT. Maka hari ini, saya nak memperingati perempuan-perempuan yang dilupakan oleh ummah ini.
Ramai manusia sudah melupakan Ummul Mukminin Khadijah binti Khuwailid. Dialah yang digelar Afifah Solehah (wanita suci). Seorang wanita yang sanggup berkorban segala kekayaannya untuk membantu dakwah Rasulullah SAW. Dialah yang paling pertama beriman, tanpa meragukan seruan Rasulullah SAW. Dialah wanita, yang menenangkan suaminya yang ketakutan tanpa memperlekehkan. Dialah wanita, yang tegar bertahan susah senang bersama suaminya, sehingga nyawa ditarik ALLAH SWT. Bayangkan, dia adalah seorang yang kaya raya, hartawan, tetapi sanggup dipulau bersama Rasulullah SAW selama 3 tahun 3 bulan dan makan pucuk kayu sahaja hingga pecah-pecah mulut.
Ramai juga terlupa dengan Fatimah Az-Zahrah binti Rasulullah SAW. Dialah yang bertahan di sisi Rasulullah SAW ketika ayahandanya itu diseksa teruk. Tanpa kecewa, tanpa rasa hendak berputus asa, dia sentiasa membantu ayahandanya yang sering disakiti. Tangannya yang bersih dan suci itulah yang mencuci najis yang dibalingkan ke tubuh ayahandanya. Tangannya yang suci itulah yang membersihkan segala luka ayahandanya. Seorang wanita yang tabah, kuat menempuhi segala dugaan.
Ramai yang telah terlupa akan seorang wanita bernama Asiah. Dia adalah isteri kepada Firaun yang menentang Musa. ALLAH telah menjadikan bicara lembutnya menyelamatkan Musa AS dari dibunuh Firaun. ALLAH juga menjadikan dia antara yang beriman dengan seruan Musa AS. Malah, ALLAH telah merakamkan namanya di dalam Al-Quran, dan menjanjikan kepadanya syurga atas balasan ketabahannya dalam mengharungi hidup bersama Firaun dan menerima segala seksaannya dalam mengekalkan deen ISLAM dalam dirinya.
Ramai pula yang tidak tahu berkenaan Masyitah. Dia adalah tukang penyisir rambut anak Firaun. Beriman kepada ALLAH SWT dan Nabi Musa, kemudian keimanannya diketahui oleh Firaun. Akhirnya dia bersama suami, serta anaknya yang masih bayi telah dicampakkan ke dalam kuali penuh minyak mendidih. Walaupun nyawa di hujung tanduk, imannya tidak tergadai, malah terjun dengan penuh keyakinan. Masyitah mati syahid mempertahankan imannya dari digadai.
Ramai juga yang telah terlupa kepada Si Suci Maryam, ibu kepada Isa AS. Sang Perawan itu menjaga dirinya, mengabdikan diri dalam bilik yang terkunci, ALLAH memuliakannya dengan memilih Zakaria as sebagai penjaga. Maryam yang suci inilah dipilih ALLAH untuk mengandungkan Isa AS. Apabila dia melahirkan Isa AS dan ditohmah dengan pelbagai dugaan, dia bergantung kepada ALLAH, dan bersangka baik atas segala apa yang berlaku ke atasnya. Akhirnya anaknya Isa AS boleh berbicara dan menyeru manusia sedari buaian.
Siapakah yang hendak mencontohi Nusaibah RAH? Ketika Perang Uhud, Nusaibah keluar memberi minum kepada pasukan Muslimin yang kehausan dan merawat mereka yang mendapat luka. Apabila tentera Islam menjadi terdesak dan lari dari medan perang, cuma ada seratus orang sahaja yang tetap bertahan dan Nusaibah adalah salah seorang yang menghunuskan pedang serta memakai perisai bagi melindungi Rasulullah dari diserang musuh. Kesungguhan Nusaibah melindungi Rasulullah begitu hebat, hinggakan Rasulullah berkata, “Aku tidak menoleh ke kiri dan ke kanan kecuali melihat Ummu Imarah (Nusaibah) berperang dihadapanku.”
Ketika itu, anaknya Abdullah luka parah ditikam musuh. Dia mengikat luka anaknya lalu berkata, “Bangun wahai anakku.” Anaknya itu terus bangun dan melawan tentera musuh. Rasulullah yang melihat peristiwa itu bersabda. “Wahai Ummu Imarah, siapakah yang mampu berbuat seperti mana yang engkau lakukan?” Ketika tentera musuh yang menikam anaknya itu menghampiri, Rasulullah berkata kepadanya, “Ini dia orang yang telah melukakan anakmu.” Nusaibah menghampiri orang itu dan menikam betisnya dengan pedang. “Ya, Ummu Imarah! Engkau berjaya membalasnya,” kata Rasulullah sambil tersenyum melihat kesungguhan Nusaibah hatta Rasulullah SAW pun bersorak untuknya. Siapakah yang mengingati Ummu Imarah ini?
Siapakah pula yang hendak menjadi seperti Ummu Sulaim? Dia berkahwin dengan Abu Talhah dengan mahar iman. Abu Talhah seorang kafir ketika itu, jatuh hati kepada Ummu Sulaim yang masih muslim. Ummu Sulaim berkata: “Jika hendak mengahwiniku, maka maharnya adalah iman”. Maka islamlah Abu Talhah. Sehingga ada sahabat yang berkata, “Aku belum pernah melihat seorang wanita sama sekali yang lebih mulia maskawinnya dibandingkan dengan maskawin Ummu Sulaim.” Malah, dia mentarbiyyah suaminya, sehingga suaminya menjadi seorang sahabat yang komited. Siapa yang tidak kenal dengan Abu Talhah? Dialah yang menyambut semua panahan yang ditujukan kepada Rasulullah SAW, pada hari Uhud dengan belakang tubuhnya. Lihatlah bagaimana Ummu Sulaim mentarbiyyah suaminya? Adakah lagi isteri yang sebegitu hari ini?
Siapakah pula yang mengingati isteri kedua Rasulullah SAW, Ummu Salamah? Bagaimana cerdiknya dia, bijaknya dia sehinggakan dia menjadi penasihat yang baik kepada Rasulullah SAW. Ketika peristiwa Perjanjian Hudaibiyyah, apabila Rasulullah mengarahkan semua sahabat-sahabatnya menyembelih haiwan dan bercukur rambut, tiada seorang pun yang bangkit menyahut arahannya. Rasulullah SAW hairan, lantas kembali ke khemah, lalu berkata di hadapan Ummu Salamah, “Kenapakah berlaku begitu?” Ummu Salamah berkata, “Jangan kau hiraukan mereka, cukurlah rambutmu, dan sembelihlah haiwanmu” Bila Rasulullah SAW melakukan, semua sahabat mengikuti.
Siapakah pula yang hendak mencontohi isteri Rasulullah SAW, Aisyah RA? Ketika peristiwa Hadith Ifki (kisah rekaan) berlaku, menumpahkan fitnah ke atasnya, mengotorkan namanya, dia tetap teguh, yakin kepada ALLAH SWT. Tiada sebentar pun dia bersangka buruk kepada ALLAH SWT bila ditimpa dugaan.
Siapakah pula yang mengingati Asma’ binti Abu Bakr? Dia digelar Zat An-Nitaqain kerana mengoyakkan tali pinggangnya kepada dua untuk membawa makanan kepada Rasulullah SAW dan bapanya Abu Bakr RA ketika persembunyian di Gua Thur. Dialah juga yang dilempang oleh Abu Jahal sehingga tercabut subang di telinganya, kerana tidak mahu memberitahu posisi Rasulullah SAW dan bapanya ketika hijrah. Dialah juga yang mentarbiyyah anaknya, Abdullah Ibn Zubair RA, sehingga menjadi seorang sahabat Rasulullah SAW yang berani.
Siapakah pula yang ingat kepada Khansa? Dia mempunyai empat orang anak. Dia mentarbiyyah empat orang anaknya dengan baik. Apabila mendapat seruan jihad, dihantarnya anaknya yang sulung. Anak sulungnya syahid. Dihantar pula yang kedua. Yang kedua juga syahid. Dihantar pula yang ketiga. Yang ketiga juga syahid. Begitu jugalah juga dia menghantar anaknya yang keempat, dan yang keempat itu pun syahid. Akhirnya dia menangis. Orang berkata, “Khansa kesedihan kerana kehilangan semua anaknya” Tetapi tahukah kalian apakah jawapannya? “Diamlah kalian, sesungguhnya aku bersedih kerna aku tidak punya anak lagi untuk dihantar berjihad di jalan ALLAH”
Wahai perempuan hari ini, siapakah antara kamu yang mengingati mereka? Wahai lelaki hari ini, siapakah antara kamu yang mengenang mereka? Wahai ummah, hari ini perempuan mana yang kamu puja dan puji? Oh masyarakat, hari ini perempuan bagaimana yang kamu sanjungi? Oh perempuan, hari ini perempuan mana yang kamu ikuti dan contohi? Oh lelaki, hari ini perempuan yang bagaimana kamu gila-gilai untuk jadikan isteri? Siapa? Sesungguhnya perempuan-perempuan dalam lipatan sirah ini telah dilupakan. Mereka sememangnya perempuan-perempuan yang telah dilupakan. Sedangkan pada diri mereka, terdapat kemuliaan yang tiada tandingan. Dan hari in saya teringatkan perempuan-perempuan itu.
Monday, November 9, 2009
.futsal..4nov2009.
penat main futsal td.
so ana nk post pasal futsal yg telah berjalan selama 2 jam pd hari Ahad bersamaan dengan 4oktober2009.
sni ana nk selitkan sikit gambar yg diambil...
Friday, November 6, 2009
Tuesday, November 3, 2009
.takziah kepada saudara kita.
gambar di atas ialah saudara Abdullah Mujahid bin Hasanuddin..abang kepada Abdullah Mursyid..
Marilah kita sama2 mendoakan kesejahteraan beliau.
Semoga beliau kembali kepangkuan keluarga dan isteri tersayang secepat mungkin.InsyaAllah.
.buat si dia.
ok la.bising betul.biar la org tak update pun.hik3.
ok.ana update.ana nk tulis sebuah puisi.hehe...
Seandainya tercatat dia untukku
Dekatkanlah daku bermesra padu
Bahagia sentiasa setiap waktu
Tak ingin daku kecewa bercinta
Andai milik bukanlah takdirnya
Bawalah dia sesaujana mata
Biarlah luput kerlipan permata
Biar berjalan di awan gelap
Tanpa cintanya yang kian malap
Takkan lagi daku berharap
Sendirinya berkilau tanpa digilap
Si dia[biarlah rahsia] engkaulah permata
Penghias seri taman syurgawi
Kasihmu tiada tolok bandingnya
Tersimpul cinta bersama redha-Nya
Si dia[rahsia] serikandi kasih suci
Sejernih embun yang putih berseri
Megahlah berdiri tugu cinta ini
Tegak bersama kasih abadi
Namun dengan kuasa yang Esa
Cinta terbiar tersahut disapa
Berputiklah mekar menyinar bahgia
Kasih cinta pada diriku...
Wednesday, October 14, 2009
alhamdulillah,segalanya selesai.
segalanya selesai,
akhirnya,
kebebasan ditemukan dengan diri ini..huhu,
ayat ape ni??biar lah.
ok2..PMR dah selesai.bestnye..
rasa berbaloi belajar sungguh2 dan periksa..
segala usaha yg telah dilakukan,Allah dah balas masa ana PMR.
tp resultnyer..ana taktau lah..
hanya mampu berdoa..bertawakkal,penting..
jgn bertawakkal,tp takde usaha dan doa..
mesti 3 sekali dlm satu masa.. doa+usaha+tawakkal..
hehe,
ana nk ucapkan terima kasih kepada guru yg telah memberi tunjuk ajar dalam setiap subjek,sama ada subjek pmr mahupun syariah..
terima kasih jadikan ana org.hehe,[ust Anuar]
haha!
Sunday, September 13, 2009
Final Match of Ramadan League : Second Half Prediction
Tepat jam 12 malam 16 Ramadan 1430 H, bilal meniupkan wisel tanda bermulanya separuh masa kedua perlawanan akhir, Piala Juara-Juara Ramadan di antara Taqwa United dan Nafsu City. Pengkritik dan penganalisa bola sepak tanah air (ustaz-ustaz) telah banyak memberikan pandangan serta komentar yang pedas tentang persembahan longlai pasukan tempatan, Taqwa United dalam tempoh separuh masa pertama perlawanan di konti-konti Masjid berdekatan.
Untuk makluman saudara sekalian,
Taqwa United sedang ketinggalan 3-0 oleh seteru tradisi, Nafsu City. Dua gol daripada penyerang berbisa Nafsu City iaitu Emmanuel Amarah manakala satu lagi gol daripada Carlos Umpat meletakkan pasukan mereka sebelah tangan menggenggam piala teragung buat umat. Strategi 3-4-4 dengan 4 orang striker yang digunakan team Nafsu City sukar dikekang barisan pemain muda Taqwa United. Barisan pertahanan team tempatan yang diketuai oleh Zikir Selawat dan pemain kelahiran Narathiwat, Wirid Harian lemas dalam asakan rangkaian serangan emas yang dibarisi Roque Syahwat Cruz, Carlos Umpat, Dengki-ho dan Emmanuel Amarah (Pemenang Kasut Emas Liga Juara Ramadan musim lalu dengan 30 gol setiap hari)
Penganalisa berpendapat jurulatih pasukan Taqwa United, Sir Iman DHati perlu melakukan rombakan besar-besaran bukan sahaja dari sudut taktik malahan pemain. Pemain-pemain veteran yang longlai seperti Pose Kosong dan Tido Slalu perlu diganti dengan pemain muda berbakat seperti Ikhlas Sedekah atau Tadarus Quran demi memantapkan jentera tengah pasukan Taqwa United. Pemain-pemain veteran kelihatan tidak bermaya dan gagal mengekang kelincahan Gareth Boros dan Stephen IkutNafsu terutama ketika waktu berbuka dan di pusat membeli-belah di separuh masa pertama.
Begitu juga dengan rangkaian serangan pasukan United yang diterajui Tahjud-Din dan Munajat Malam, MM perlu dikerah untuk beraksi di segenap kotak sejadah bagi mengucar-kacirkan kubu pertahan lawan yang dikawal ketat Jolelon Lagho dan Kolo TidoLajak. Tambahan pula, penyerang berkembar itu perlu mengelakkan diri daripada terus diselimuti kedua-dua tembok besar pasukan Nafsu City itu untuk menjaringkan gol-gol yang diperlukan.
Namun penganalisa tempatan begitu optimis bahawa team Taqwa United mampu mengurang defisit tiga gol lawan dalam separuh masa kedua nanti. Dengan ketiadaan ketua jurulatih pasukan City yang digantung, Iblis dan pembantu jurulatih, Satan, pasukan Taqwa United masih berpeluang merangkul kejuaraan kurniaan Ilahi seterusnya meraikan kemenangan di Aidilfitri.
Sewaktu wawancara bersama Sir Iman DHati, anak buahnya bersemangat mengejar bonus dan ganjaran berlipat kali ganda yang dikurniakan pada 10 minit terakhir permainan. Mereka juga berharap tuah Lailatul Qadar menyebelahi mereka untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi mereka tahun lalu. Selain itu, beliau juga berharap agar ibrah Nuzul Quran dapat dijadikan tonik kemenangan dan pembakar semangat buat pasukan muda United mengejar impian mereka bergelar Juara.
Oh ! Kelihatan, penyokong pasukan Nafsu City dan Taqwa United sudah mula memenuhi semula tempat duduk masing-masing. Penyokong kedua-dua pasukan bersorak bersungguh-sungguh demi membangkitkan semangat team kesayangan mereka. Team sorak Nafsu City dengan pakaian yang menjolok mata dan mengurangkan pahala manakala team sorak Taqwa United dengan pakaian seorang Muslim sejati juga telah berkumpul di tepi padang untuk terus menghangatkan bahang perlawanan.
Siapakah yang akan memenangi perlawanan berprestij ini? Layakkah team Taqwa United menerima imbuhan pelepasan api neraka seperti yang dijanjikan Ilahi selepas tamat perlawanan? Atau kemenangan akan bertukar tangan kepada pasukan yang berbelanja besar, Nafsu City musim ini? Jika kemenangan bertukar tangan maka imbuhan kemenangan yang diperolehi akan dijadikan modal oleh Iblis dan Satan untuk terus berbelanja besar pada musim hadapan mengikat pemain-pemain terbaik dunia seterusnya menutup peluang pasukan lain mengejar impian akhirat.
Sama-sama kita saksikan kesudahan perlawan akhir ini...
Sekian dari saya, Hizbullah Awang untuk anda yang masih termenung di luar sana.
Sunday, September 6, 2009
.pmr.countdown.
.PMR. bpe hari lagi ek?dgr cerita mcm tinggal lagi sebulan..
mungkin tak smpai sebulan kot..
ada la dalam 4 minggu dr sekarang..
so, ape persediaan aku sebagai seorang pelajar tingkatan tiga yg bakal menghadapi pmr ni??
hmm..aku pon rase macam xready lagi..
tapi masih fresh lagi info2 dlm otak ni sbb baru je abis trial..
mungkin boleh digunakan ketika pmr..
ape persediaan aku??
- latihan..almost everyday i do it..satu hari 2 set kertas..
geografi, sejarah , kemahiran hidup and byk lagi..semua subjek ni memerlukan latihan yg byk bagi mengingati sesuatu fakta..
-solat sunat hajat,solat sunat taubat..
benda ni takboleh tinggal..lagi2 bulan ramadhan..solat sunat hajat apabila kita memerlukan sesuatu hajat..cm sekarang ni.aku memerlukan kejayaan.so aku menunaikan solat hajat tiap2 hari..solat sunat taubat lak dilakukan untuk meminta ampun dpd Allah..supaya ketika menjawab peperiksaan , hati aku tenang dan sentiasa mengingati Allah..insyaALlah..
-solat lima waktu..
ni of course la kene lakukan..name pon wajib,mesti punye lakukan tiap2 hari..
-tinggalkan larangan Allah , buat segala suruhan Allah
[Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum , sehingga mereka mengubah nasib mereka sendiri] surah AlHijr - 11
-amar ma'aruf nahi munkar
yakni menyuruh melakukan perkara yg baik dan mencegah dr melakukan perkara yg mungkar..sesungguhnya nasihat sesama mu'min itu sgt diperlukan..
-khatamkan buku..
buku teks f1 , f2 , f3..kene khatamkan..nak tak nak,kene jugak.sbb ni untuk kepentingan dlm mengecapi kejayaan..
novel2 melayu dan juga english kene jugak bace walaupun selama ni xpernah bace..
ni untuk kebaikan aku jugak..hehe
tu je la kot..ade lagi rasenye,tapi mcm xsedap lak cite kt org..
so,doakanlah aku berjaya dalam peperiksaan..
semoga Allah tabahkan hati aku untuk menempuh segala dugaan dan cabaran sepanjang bulan Ramadhan yg mulia ini..insyaAllah..
[sesungguhnya dalam kesusahan diselitkan dengan kesenangan]
Monday, August 31, 2009
ape takrif merdeka?
“Merdeka pada saya adala bebas”
“Tidak dikongkong”
“Boleh buat keputusan sendiri”
“Tidak lagi dicontrol penjajah”
Boleh dengar macam-macam lagi orang kata fasal Merdeka. Boleh la tunggu di TV3 ke, TV1 atau mana-mana saluran televisyen yang ada di Malaysia. Mesti ada punya wartawan yang akan wawancara mana-mana rakyat Malaysia, untuk bertanyakan apa erti merdeka. Rata-rata, jawapannya macam itulah.
Mudahnya, saya setuju la dengan ‘pengertian ringkas’ kawan-kawan yang diwawancara tu. Betul la apa yang diorang cakapkan. Merdeka, begitulah maksudnya lebih kurang.
Namun, siapa yang pernah hendak mendalami makna merdeka yang sebenar?
Ada ke orang meneliti, apakah kita telah merdeka sekarang? Merdeka dalam erti kata sebenar.
Takrif merdeka, mungkin boleh cari dalam Kamus Dewan.
Dari satu perkataan ini, kita boleh terjemah banyak makna.
Tapi saya suka nak ambil takrif merdeka yang disebut oleh Rib’i bin Amir, apabila dia berdiri di hadapan singgahsana Parsi.
“Allah telah mendatangkan kami, untuk mengeluarkan sesiapa yang Dia kehendaki, dari perhambaan sesama manusia kepada perhambaan kepada TUHAN Manusia, dari kesempitan dunia kepada keluasan akhirat, dari kezaliman agama-agama kepada keadilan Islam,”
Untuk saya, itu adalah takrif merdeka.
Merdeka dari perhambaan selain Allah SWT. Merdeka dari kesempitan dunia ini kepada keluasan Akhirat. Merdeka dari kezaliman kepada keadilan yang dianjurkan oleh Islam.
Saya percaya bahawa, apabila kita berjaya menyentuh makna merdeka yang disebut oleh Rib’i bin Amir ini, dalam kehidupan kita, nescaya kita akan berjaya memerdekakan diri kita dari semua anasir yang merosakkan kehidupan kita, yang menyekat kemajuan kita, dan yang membantutkan potensi kita.
“Ish, tak rasa terkongkong ke hidup berperaturan”
Manusia rasa dia tidak merdeka apabila dia disuruh taat kepada Allah.
Apakah sama taat kepada yang dicipta, dengan yang mencipta?
Taat dengan manusia, ada kalanya satu kemuliaan, dan ada kalanya satu kehinaan. Namun, taat kepada Allah, sentiasa merupakan satu kemuliaan. Sesaat pun tiada kehinaan. Susah kita dibayar, penat kita dibalas. Menahan nafsu pun mendapat pahala, apatah lagi berbuat amal kebaikan dalam kehidupan kita. Semuanya ada ganjaran. Walau sebesar zarah.
Dengan memepunyai kemerdekaan yang hakiki ini, barulah kita mampu melepaskan diri dari ‘penjajahan yang lebih besar’.
Apakah penjajahan yang lebih besar?
Bukannya penjajahan sesebuah negara, tetapi penjajahan minda dan aqidah.
Negara kita, sudah 52 tahun merdeka. Namun anasir-anasir luar masih pekat dalam kehidupan masyarakat. Agama rasmi kita adalah Islam, namun tiada perkembangan dalam mempraktikkannya dalam perundangan secara menyeluruh. Kita masih mengambil produk-produk barat. Kita masih tidak mengamalkan gaya hidup sihat. Masih ada unsur perpecahan dan sebagainya.
Kenapa? Kenapa masih begitu? Kerana kita dijajah dari dalam. Dari minda. Dari dalam hati. Penjajahan fizikal, mungkin kita boleh tentang dengan fizikal juga. Namun, dijajah oleh minda, hanya yang tersedar sahaja yang mampu menentangnya.
Kadang-kadang, ada manusia tidak mahu membincangkan hal kemerdekaan yang sebenar ini. Dia takut. Takut untuk menyedari bahawa dia sebenarnya belum merdeka. Dia lebih rela, untuk duduk dalam mimpinya.
“Saya merdeka, saya merdeka” Tapi pakaiannya pakaian penjajah, hidupnya hidup penjajah. Dan ketahuilah bahawa, penjajahan itu masih berjalan, berjalan dan terus berjalan, merayap mempengaruhi kehidupan kita, keluarga kita dan masyarakat kita.
Manusia yang tidak memahami tuntutan Allah SWT kepada-Nya, dan tidak faham pula akan perjuangan Rasulullah SAW dan para sahabatnya, tidak akan mampu untuk melepaskan dirinya dari penjajahan.
Kita sebagai orang Islam, hidup dengan matlamat untuk mendapat redha Allah, pada mata kita, segala apa yang terkeluar dari perintah Allah SWT, dan termasuk dalam larangan-Nya, adalah satu penjajahan pada kita.
Sebagaimana kita punya datuk nenek berusaha kuat menentang Jepun, British, Belanda, Bintang Tiga, lebih dari itu lagi kita perlu kuat menentang penjajahan jahiliyyah yang cuba membuatkan kita jauh daripada Allah SWT.
Lihatlah Rasulullah SAW. Andai erti merdeka itu adalah pembebasan sesebuah negara, maka baginda akan menyuruh sahabat-sahabatnya tidak keluar berdakwah dari Madinah dan Makkah. Baginda, akan menghentikan segala usaha baginda selepas Fathu Makkah.
Tetapi, bukankah usaha baginda berterusan walau selepas kewafatannya?
Kerna, merdeka yang sebenar, adalah apabila manusia bebas dari jahiliyyah, bebas dari penghambaan sesama manusia. Bebas dari kezaliman agama. Bebas dari kesempitan dunia.
Siapakah yang hendak menyatakan bahawa dia telah merdeka dengan sebenarnya?
Maka dia perlu mengambil takrif Rib’i bin Amir, dan ukur pada kehidupannya.
Maka dia perlu melihat perjuangan Rasulullah SAW yang membawa kita kepada kemerdekaan sebenar, dan ukur pada apa yang sedang dia lakukan.
Merdeka kah kita?
ps: Ramadhan bulan perubahan. mari kita berusaha memerdekakan diri kita dari jahiliyyah!
Friday, August 28, 2009
.sedih+terharu.
ana syg ustazah.bagaimana dgn ustazah?
1stly,ana nk mintak maaf sgt2 pd ustazah kerana telah byk buat salah pd ustazah terutama kali semasa ustazah mengajar,ana byk tidur,byk main, byk ckp dan mcm2 lg byk..
2ndly , ana nk mntak maaf sbb tak dapat buktikan yg ana boleh menjawab bhs inggeris..ana tak dpt nk tnjuk yg ana ni mampu membawa bhs inggeris...mungkin jodoh xmempertemukan ana dengan A dlm english..[mereepek]
3rd.. ana nk ucapkan terima kasih bebanyak kerana telah byk mengajar ana dari segi rohani atau pon jasmani..ukhrawi dan juga duniawi..dll..
ana sedar iman ana alyazid wayankus..sekejap naik sekejap turun..
mungkin itu yg menyebabkan ana xdpt menepati harapan ustazah pd ana..
ana....
ana....
ana....
ana....
dan macam2 lagi ana...
ana sgt sayang pd ustazah..dan ana tau ustazah syg pd ana..
mcm2 ustazah usaha utk ana berubah dlm subjek english..tapi ana xmampu..bukan xmampu,mungkin tak sampai lagi masanya utk ana dpt A..
ustazah..
ana doakan agar ustazah sentiasa bahagia di gombak nnt..i.Allah...
syg
syg
syg
syg
syg
syg
syg
syg
syg
syg
syg
syg
syg
syg
syg
syg
syg
syg
syg
syg
sgt2 pd ustazah..muah~
Monday, August 24, 2009
The customer is always right
Meaning
The trading policy that states a company's keenness to be seen to put the customer first.
Origin
Several retail concern used this as a slogan from the early 20th century onward. In the USA it is particularly associated with Marshall Field's department store, Chicago (established in the late 19th century). The store is an icon of the city, although it is set to lose its name in 2006 when, following a takeover, it becomes renamed as Macy's. In the UK, Harry Gordon Selfridge (1857-1947) the founder of London's Selfridges store (opened in 1909), is credited with championing its use. The Wisconsin born Selfridge worked for Field from 1879 to 1901. Both men were dynamic and creative businessmen and it's highly likely that one of them coined the phrase, although we don't know which.
Of course, these entrepreneurs didn't intend to be taken literally. What they were attempting to do was to make the customer feel special by inculcating into their staff the disposition to behave as if the customer was right, even when they weren't.
The trading policy and the phrase were well-known by the early 20th century. From the Kansas City Star, January 1911 we have a piece about a local country store that was modelled on Field's/Selfridges:
[George E.] "Scott has done in the country what Marshall Field did in Chicago, Wannamaker did in New York and Selfridge in London. In his store he follows the Field rule and assumes that the customer is always right."
Whether the phrase was coined by Field or Selfridge it is fair to call it American. What we can't do is credit them with the idea behind it. In 1908 César Ritz (1850-1918), the celebrated French hotelier is credited with saying 'Le client n'a jamais tort' - 'The customer is never wrong'. That's not the phrase that people now remember, but it can hardly be said to be any different in meaning to 'the customer is always right'.
.ahlan wasahlan ya Ramadhan.
ana ingin meminta maaf kepada semua org..
ana selitkan skit lagu kt sni..
Wednesday, August 5, 2009
.target for this trial.
trial da dekat..
lagi 8 hari je lagi..
so xleh nk maen komputer ni lama2..
target tok trial?
mcm mane..?
ni ha~~
Mathematics - A
Science - B
Sejarah - A
Geografi - A
Pendidikan Islam - A
Bahasa Inggeris - B
Kemahiran Teknikal - A
Bahasa Melayu - A
Bahasa Arab Komunikasi - A
so , dengan meletakkan target kita dalam trial ni..
kita akan lebih bersungguh2 utk mencapai sesuatu matlamat..
doakan ana dapat apa yg ana inginkan atau lebih dpd apa yang ana inginkan..
sesungguhnya , Allah melihat usaha kita mencapai sesuatu kejayaan,bukanlah kejayaan yang kita kecapi..
i have some tips for you..
USAHA + DOA + TAWAKAL = KEJAYAAN
usaha tangga kejayaan..
dan ingatlah kawan2..gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya..begitu juga sebaliknya..
kejayaan yg kita kecapi hari ini bukan penentu hari esok..
Tuesday, August 4, 2009
Insaf Kealpaan
Kala hening Subuh
Dia membuaikan mimpi
Terleka dengan khayalan tidur
Yang telah melenyapkan keinsafan dalam diri
Dan berlalulah
Rasa keimanannya terhadap Tuhan...
Tika fardu Zohor
Imannya tidak bermohor
Baginya hanya ingatan palsu
Yang tidak patut dikejar
Dan berlalulah saban keimanannya terhadap Tuhan...
Waktu Asar menjelma
Dia masih lagi menyibukkan diri
Dan menghambakan diri
Dengan urusan duniawi
Dan sekali lagi dia merungkai
Keimanannya terhadap Tuhan...
Saban Maghrib
Dia bergegas menjejakkan kaki
Ke tempat yang terlarang
Dia berani menghirup, merasai
Dan menikmati titisan air kedosaan
Apa yang dihalang
Dia telah memalingkan keimanannya terhadap Tuhannya...
Di saat Isyak berlalu
Dia membujur kaku
Berserta dengan buih kedosaan
Yang telah dia lemparkan terhadap Tuhan...
Namun, setelah itu
Adakah dia masih
Direstui oleh Tuhannya?
Diampuni oleh Tuhannya?
Dan siapakah dia? Y
ang membunuh Tuhan dari jiwanya..??
Aku hanya mengingati agar diriku Tidak seperti "dia"
Monday, August 3, 2009
.pengumuman kepada pelajar smih dan srih.
Pengumuman sekolah ditutup dan penangguhan semua aktiviti sekolah akibat wabak H1N1
SRIH & SMIH DITUTUP
MULAI 3 OGOS HINGGA 9 OGOS 2009
SEKOLAH DIBUKA SEMULA PADA 10 OGOS 2009.
Maklumat lanjut: 07-5574689, 07-5569932 (pejabat),
0197133977 (Pengerusi LPH), 0197540410 (Pengetua SMIH) dan 0197166451 (Guru Besar SRIH)
Saturday, August 1, 2009
.cerpen.
hari ni ana jalan2 tgk blog org lain...
ya! ana teringat pada blog ni.. http://ms.langitilahi.com
blog ini sungguh bermanfaat kepada semua umat islam..
di dalamnya sangat banyak cerita2 or tazkirah yang sangat berguna..
jadi, ana copy satu cerita menarik dr blog ni..
okay..semoga terhibur dengan cerpen yang akan anda bacakan..hehe
*************************************************************************
Cerpen: Tidak Ingin Kau Pergi
Sedih. Aku tidak tahu mengapa. Tetapi suasana kelam itu mengundang rasa sedih di dalam hatiku. Kulihat Ariff menangis teresak-esak. Fawwaz dan Munsyi duduk menunduk wajah yang sugul. Di sekeliling mereka bertiga, kebanyakan rakan-rakanku di Jordan ini turut hadir. Semuanya mempunyai gaya masing-masing. Namun gaya mereka semua bersatu atas satu perkataan. Sedih.
Tiba-tiba aku rasa takut.
Seakan-akan suasana itu meragut jiwaku.
“Semoga ALLAH rahmati arwah” Presiden MPPM Jordan, Abang Dzulkarnain berkata dalam keadaan matanya yang kemerahan.
Arwah?
Ada orang meninggal kah?
Tiba-tiba aku nampak wajah Toriq, sahabat karibku. Wajahnya pucat lesu. Kenapa? Dia kaku sahaja tanpa suara. Matanya terpejam.
Adakah….
****
Aku memandang wajah Toriq. Wajah itu tidak sama seperti wajah yang kelihatan dalam mimpiku. Wajahnya kini hidup, ceria, penuh cahaya. Wajah yang aku tidak pernah rasa sugul bila memandangnya. Namun hari ini, keresahan aku tidak hilang dengan memandang wajah bersih itu. Malah, semakin bertambah gelisah.
“Ni kenapa gaya nak makan orang? Dah tranformasi jadi Godzilla?” Toriq tersenyum-senyum.
“Jalan pandang depan la” Aku memuncungkan bibir ke hadapan, ke arah jalan raya. Kami kini sedang berada di hadapan sebuah pasaraya, yang bertentangan dengan pintu gerbang universiti kami. Antara pasaraya dengan pintu gerbang universiti, ada jalan raya yang besar untuk kami lintasi.
Senior-senior sentiasa berpesan agar kami berhati-hati kerana orang arab biasanya memandu dengan laju. Kadangkala, kita tidak dapat menjangka bagaimana mereka memandu. Aku yang pernah naik teksi dan coaster di Jordan ini, memang rasa macam nak tercabut jantung dengan cara pemanduan mereka. Menggerunkan.
“Uih, garangnya. Ni boleh jadi Godzilla sungguh ni” Toriq terus melangkah.
Tiba-tiba mataku menangkap sebuah kereta yang bergerak dalam keadaan laju.
Pantas wajah pucat Toriq dalam mimpiku menjengah. Kata-kata Abang Dzulkarnain mengetuk kepala.
Arwah…
“Toriq!” Aku terus mencapai lengannya, menarik Toriq ke belakang semula. Kereta tadi terus bergerak membelah jalan raya.
“Kau nak mati ke? Jalan tak pandang kiri kanan?” Aku meninggi suara. Dapat kurasa wajahku tegang. Dada berdegup kencang. Bukan marah, tapi…
Toriq angkat kening. “Kau ni kenapa? Siapa tak nampak kereta tadi? Aku bukan nak melintas jalan raya. Aku baru je nak melangkah nak berdiri tepi jalan raya. Macam tak biasa pulak.”
Aku diam. Tadi, dia bukan nak melintas ke?
“Kau ni, sayang aku terlebih ni” Toriq ketawa kecil.
Muka aku merah. Aku terasa macam aku ini orang bodoh pula.
“Aku risau” Aku menjawab tanpa memandang wajah Toriq. Jalan raya sedang dipenuhi kenderaan yang lalu lalang. Kami masih belum ada peluang untuk melintas.
“Risau? Terharu seh” Toriq memaut bahuku dengan lengannya. Dia masih ketawa.
Aku diam sahaja. Mana aku tak risau? Aku mimpi kau mati!
Tidak lama kemudian, kami mendapat peluang melintas jalan. Toriq melangkah dahulu. Aku pantas bergerak agar langkah kami seiring. Pantas tangan kananku memegang tangan Toriq, memimpinnya seperti memimpin anak kecil melintas jalan.
Sampai sahaja di pintu gerbang Univeristi Yarmouk, aku perasan Toriq memandangku. Tapi aku senyap sahaja. Beberapa orang di tepi jalan tersenyum-senyum memandang kami. Memang, nampak pelik kalau lelaki berpimpin tangan dengan lelaki.
“Kau tak sihat?” Suara Toriq agar kerisauan dengarnya.
Aku melepaskan tangannya semasa melepasi pintu gerbang. Geleng kepala.
Aku perlu bagitahu kah mimpi aku?
“Kalau kau ada masalah, bagitahu aku”
Toriq, memang sahabat yang baik. Sahabat aku yang terbaik. Tapi sekarang, bukan aku yang bermasalah. Masalahnya adalah kau, Toriq. Aku rasa macam kau akan ditarik pergi. Aku tidak mahu kau pergi!
“Tiada apa-apa”
Toriq tersenyum semula. Wajah cerianya kembali bercahaya. “Kau tengah angau dengan sesiapa ke?” Tangannya mencuit pinggangku.
“Banyak la kau”
****
Orang kata, kalau ada manusia nak dekat mati, biasanya dia akan ada tanda-tandanya. Tapi, selalunya tanda itu tidak akan kita perasan, melainkan selepas dia mati. Contoh yang biasa didengari adalah seperti ajak makan makanan kegemaran tapi dia makan tak habis. Contoh lain yang biasa aku dengar, arwah akan sering berkata berkenaan mati sebelum kematiannya.
“Agak-agak, umur kita ni berapa panjang lagi?”
Hampir tersembur air yang sedang kuteguk. Terkejut. Aku membesarkan mata, memandang Toriq.
“Mati-mati jangan sebut lah” Aku menegur.
Toriq tersengih. “Kenapa pulak? Mati tu bila-bila. Apa salahnya ingat mati. Mati selalu ingat kita”
Aku menghela nafas. Betul. Malah, mengingati mati adalah antara pencuci kekaratan di dalam hati.
Rasulullah SAW bersabda: “Hati itu akan berkarat seperti karatnya besi” Sahabat-sahabat pun bertanya bagaimana untuk membersihkannya. Rasulullah SAW menjawab: “Membaca Al-Quran dan mengingati mati”
“Tak ada la, hilang keindahan pagi ni” Aku memberikan alasan. Kemudian memandang mentari pagi yang redup di sebalik awan.
Sekarang Subuh pukul 3.40 pagi. Malam sudah menjadi pendek kerana musim panas. Antara hobi aku dan Toriq masa musim panas ini adalah duduk di atas sutuh dan berehat sambil memerhatikan mentari naik. Kami akan membaca Al-Quran dan kemudiannya bersarapan bersama-sama.
“Kalau aku mati, macam mana agaknya kau?” Soalan itu, mengundang pusingan pantas dari kepalaku.
Pantas aku meluku kepalanya.
“Aduh, kenapa?” Toriq menggosok-gosok kepalanya. Memandang aku dengan kehairanan.
“Degil ya. Kan aku dah cakap jangan rosakkan mood pagi ni” Aku cuba bergaya selamba.
Toriq mencemikkan muka, kemudian terus menyambung sarapannya.
Suasana senyap sebentar. Aku terus menghabiskan air. Cawan kuletakkan. Toriq tekun dengan makanannya. Aku rasa bersalah pula.
“Kalau kau tak ada…” Perlahan-lahan aku bersuara.
Toriq mengangkat kepala. Mata kami bertentang. Suasana senyap kembali. Kemudian Toriq mengangkat kening, isyarat agar aku meneruskan kata-kata.
“Aku akan rasa amat amat amat sedih” Suaraku perlahan.
Perlahan-lahan senyuman Toriq terukir.
“Kenapa? Lawak ke?”
“Terharu seh”
“Banyak la kau punya terharu”
“Aku saje je nak tengok kau sayang aku tak” Toriq angkat kening dua kali. Kemudian dengan selamba meneruskan sarapan.
“Ceh” Buat aku risau aje. Aku memandang langit kembali. Semakin cerah. Baru pukul 6.00 pagi, sudah seperti pukul 8.00 pagi di Malaysia.
Adakah hidup akan sentiasa cerah seperti keadaan sekarang?
****
Hah!
Aku terbangun lagi. Mimpi itu datang lagi. Wajah teman-teman yang sugul, ada yang menangis, ucapan Abang Dzulkarnain dan berakhir dengan wajah Toriq yang terpejam kehilangan seri.
Aku beristighfar berulang kali. MasyaALLAH… Perasaan takut menyerang.
Tubuhku rasa hangat. Kusentuh dahi, terasa basah. Aku berpeluh.
Semakin lama, aku terasa seakan-akan mimpiku akan menjadi kenyataan.
Mimpi yang sama datang dan datang lagi.
Ya ALLAH…
Kulihat jam pada telefon bimbit. 2.45 pagi. Aku terus bangun dan menuju ke tandas. Gosok gigi, dan membasuh muka. Kemudiannya aku mengambil wudhu’. Aku hendak solat tahajjud.
Semalam, Toriq mengadu kepadaku bahawa dia sakit. Dia rasa lemah-lemah badan. Hidung pula sentiasa berdarah.
Aku amat risau. Aku telah membawanya berjumpa doktor pada waktu malam, tetapi doktor hanya berkata bahawa itu keadaan biasa apabila perubahan cuaca. Memang biasanya pada musim panas, badan akan terasa lebih lemah dan kadangkala untuk beberapa orang, darah akan keluar dari hidung.
Keterangan doktor tidak membuatkan aku lega. Mungkin aku juga akan menganggap ini biasa, kalau aku tidak didatangi mimpi aneh itu. Tapi, setelah berulang kali mimpi itu hadir, aku rasa teramat risau. Adakah pemergian Toriq memang tidak dapat dielakkan? Adakah mimpi aku itu, benar-benar satu kepastian?
Aku menangis dalam sujudku.
Ya ALLAH, sesungguhnya KAUlah yang menguasai nyawa, maka panjangkanlah nyawa sahabatku itu!
****
“Nama aku Toriq. Yoroshikuu” Dia menghulurkan tangan.
Yoro… shiku? Bahasa Jepun apabila memperkenalkan diri, atau meminta seseorang melakukan sesuatu.
“Pelajar JUST?” Nama universiti untuk pelajar perubatan dan pergigian di Irbid kusebut.
Semua orang disekelilingnya ketawa.
“Aku dah kata dah, kau ni tak ada rupa pelajar Yarmouk” Bahunya ditepuk kawan di sisi.
Dia ketawa juga. “Aku pelajar Yarmouk. Macam kau juga. Kita sama baya la. Cuma aku sampai sini seminggu awal”
Aku tersengih. Pandangan pertama aku, pelajar bernama Toriq ini adalah seorang yang suka lepak-lepak, gaya happy go lucky dan ada aura anak orang kaya.
Sekejap sahaja. Sudah dua tahun berlalu. Tanpa aku sangka, pelajar yang aku ingat suka lepak-lepak, gaya happy go lucky, dan ada aura anak orang kaya itu adalah sebenarnya jauh dari sangkaan aku. Gayanya memang ceria, tetapi Toriq adalah seorang yang serius pada tempatnya. Dia rupanya bukan anak orang kaya. Dia sederhana sahaja seperti aku. Tetapi dari segi pelajaran, Toriq jauh melebihi aku. Dia antara yang tergenius di dalam Universiti Yarmouk. Hatta pensyarah pun menyayangi dia.
Akhlaknya baik dan bersih. Tidak pernah menyakitkan hati orang. Malah Toriq yang mengajak aku untuk mengikuti usrah yang dijalankan oleh Iktilaf Islami, kumpulan persatuan ISLAM orang arab di Universiti Yarmouk.
Toriq Sentiasa berbahasa yang menyenangkan, dan semua orang di kawasan Irbid ini menyukainya. Dan semestinya, Toriq ramai peminat dari kalangan pelajar perempuan.
Dan tanpa aku sangka juga, pelajar yang aku ingat suka lepak-lepak itulah yang menjadi sahabat karib aku sepanjang berada di Jordan ini. Kami tinggal serumah dari tahun pertama dengan tiga orang pelajar JUST, iaitu Ariff, Fawwaz dan Munysi.
Malah, kami adalah pasangan setter dan spiker yang digeruni di Universiti. Aku spiker dan dia sebagai setter. Kami berdua suka juga buat video macam Anas Tahir dan Akbar, tapi kami tak buat video nyanyi macam mereka. Kami buat video tazkirah. Antara projek dakwah aku dan Toriq.
Aku, memang amat sayang dengan Toriq.
Sayang kerana ALLAH. Ukhuwwahfillah. Toriq yang kenalkan aku dengan benda-benda tu. Dia yang kenalkan aku akan hakikat ISLAM, hakikat iman. Sedikit demi sedikit dia mencerahkan kefahaman aku berkenaan makna kehidupan. Hinggalah sampai satu tahap, dia mengajak aku mengikuti usrah untuk pemahaman yang lebih tersusun.
Walaupun aku adalah seorang pelajar sekolah agama sebelum berkenalan dengan Toriq lagi, tetapi selepas dia menunjukkan aku semua itu, baru aku nampak bahawa aku telah silap meletakkan agamaku. Selama ini, aku hanya nampak ISLAM ini sebagai agama sahaja. Aku nampak ISLAM ini pada pelajaran. Aku nampak ISLAM ini untuk aku lulus cemerlang dan mendapat kerja dalam kehidupan.
Tapi rupa-rupanya, ISLAM ini lebih daripada itu. Seluruh kehidupan itu sendiri sebenarnya perlu berada di dalam ISLAM. Hal ini kerana, ISLAM itu syumul, meliputi segala perkara. Semua itu aku fahami, hanya selepas aku mengenali Toriq. Perlahan-lahan, dialah yang memimpin aku.
Sebab itu, aku amat menyayanginya.
“Ni kenapa tengok aku macam aku dah nak mati je ni?” Toriq memandang kepadaku.
Aku tersedar dari lamunan panjang. Perkataan ‘mati’ membuatkan aku sedikit rasa tidak senang.
“Kau sakit, aku tengok-tengokkan la” Aku menjawab selamba.
Toriq tersenyum. “Kut la nak ubatkan”
“Aku bukan doktor lah”
“Da’ie, doktor pada ummah seh”
Kata-kata Toriq mengoyak sengihku. “Masalahnya, kalau bab sakit macam kau ni, da’ie tak boleh nak ubatkan. Doktor la kena bagi ubat”
Toriq menggeleng. “Da’ie, perlu beri harapan kepada pesakit macam aku ni, untuk menjalani ujian sakit itu dengan penuh keimanan”
Aku tersenyum. Ada-ada sahaja. Tak mahu kalah juga.
“Jadi, bersabarlah kau dengan ujian ni. Ini baru sakit sikit. Kemungkinan, ALLAH akan uji dengan benda yang lebih besar”
“Apa agaknya benda yang lebih besar tu?”
“Aku kahwin dengan orang yang kau suka”
Terkeluar tawa kami berdua.
“Berani la” Toriq menunjuk penumbuk.
“Joke man, joke”
Toriq mengangguk. Aku tahu, dia faham. Kami bukan sekali dua bergurau. Entah, sudah kali ke berapa ribu kami bercanda. Kadang-kadang, tanpa bersuara pun, aku seakan dapat menjangka perasaannya, dan dia pula seakan dapat menjangka keadaan aku.
“Aku rasa, aku dah hampir sihat dah ni” Toriq memegang dahinya.
“Kau rehat cukup, okaylah kut”
“Darah pun dah tak keluar dah sehari dua ni”
“Esok boleh pergi kuliah”
“Kau mesti sepi pergi kuliah sengsorang”
“Bajet macam aku ni jiwang plak”
“Ha ha…”
Senyap sebentar selepas itu. Tiga hari ini, aku la yang menjaganya. Ahli rumah lain agak sibuk kerana mereka pelajar perubatan. Pelajar agama di Yarmouk memang agak banyak masa lapang.
“Tapi, memang sepi pun tak ada kau”
“Ha… introducing, mamat jiwang Irbid, Rasyid!”
“Banyak la” Aku menolak Toriq. Kami ketawa lagi. Nampaknya, Toriq memang benar-benar sihat.
Aku rasa lega.
Mungkin, mimpi aku itu hanya mainan sahaja.
Mungkin, aku ini terlalu banyak fikir.
“Hei Toriq” Aku memandang Toriq. Mata kami bertemu.
“Em?” Keningnya terangkat sebelah. Gaya kebiasaan.
“Uhibbukafillah, jiddan jiddan” Aku cintakan kamu kerana ALLAH sangat-sangat.
Toriq senyap sebentar. Kemudian ketawa.
Aku hairan. Kenapa?
“Kau memang dah jadi mamat jiwang seh. Gaya macam nak tinggal aku jauh je”
Aku tersengih. Aku yang takut kau tinggal aku jauh. Aku yang tak mahu kau pergi jauh tinggalkan aku.
Kemudian tawa Toriq mengendur. Dia memandang aku.
“Uhibbukafillah kaman” Aku cintakan kamu kerana ALLAH juga.
Aku tersenyum.
Hati lapang.
****
Aku terbangun.
Aku tidak tahu sama ada aku patut tersenyum, atau terus bimbang.
Aku bermimpi mimpi yang sama. Tetapi, mimpiku bertambah. Semuanya sama, hingga ketika wajah pucat Toriq yang terpejam matanya. Namun, kali ini, sebelum berakhir, mata Toriq yang terpejam itu, terbuka, dengan mata yang bergenang.
Adakah ini tandanya, dia tidak akan mati?
Ataupun, adakah ini tandanya, Toriq hanya berada dalam kesedihan?
Aku tidak tahu.
Ya ALLAH, lapangkanlah kehidupan sahabatku Toriq, permudahkan segala urusannya, ampunkan segala dosa-dosanya….
Aku berdoa.
Semoga ALLAH pelihara sahabatku Toriq.
Sekurang-kurangnya, dalam diriku sekarang, ada perasaan bahawa, Toriq tidak akan pergi meninggalkan aku.
Tapi…
****
Kehidupanku seakan kembali seperti biasa. Berjalan ke Universiti Yarmouk bersama sahabat tercinta, Toriq.
Pagi tadi, selepas bersarapan, aku teringat akan ibuku. Aku bersembang lama juga. Sempat berkirim salam kepada semua keluarga. Agak lama juga tidak menghubungi mereka.
“Ni kenapa muka macam orang baru kahwin ni?”
Aku tersengih. Sebab aku senang hati. Aku dapat telefon ibuku pada pagi hari, dan sahabatku kembali sihat. Malah, aku dapat rasa bahawa kerisauanku macam beterbangan hilang. Mungkin selepas aku kembalikan bahawa, hidup dan mati itu susunan ALLAH.
Semalam, sebelum tidur, aku bermuhasabah.
Mungkin, kalau benar mimpi-mimpi aku selama ini benar adalah tanda bahawa Toriq akan ditarik pergi, maka aku pun tidak akan mampu menghalang kehendaknya. Mati itu adalah urusan-Nya. Kita tidak boleh mengelak, jauh sekali hendak melarikan diri. Cuma, tugas kita adalah hidup dengan nyawa yang masih ada, dan cuba menjaga diri sebaik mungkin.
Setiap yang bernyawa akan mati. Tiada keraguan akan hal itu. Maka tidak perlu dipertikaikan. Pokok persoalan sekarang adalah, bagaimana kita menjalani kehidupan.
Dikejutkan mimpi semalam, aku solat tahajjud, solat taubat dan melakukan solat hajat. Aku mendoakan agar aku termasuk dari kalangan yang beriman dan diberi rezeki untuk masuk syurga. Aku berharap agar, aku termasuk dalam kalangan mereka yang mendapat redha ALLAH. Aku juga mendoakan semua ahli keluargaku, dan rakan-rakanku. Semestinya, aku tidak lupa mendoakan sahabatku Toriq.
“Weh, jawab la. Mimpi jumpa bidadari ke?” Toriq menolak bahuku.
Aku menggeleng. Aku mimpi kau hidup. “Mana ada apa-apa”
Aku terus berjalan. Toriq menepuk-nepuk belakang tubuhku. “Takpe…”
“Jangan ambil hati seh” Aku meniru ‘seh’ yang selalu diucapkannya.
“Aku ambil jantung je seh” Toriq membalas canda.
Kami ketawa.
Kami sampai di tepi jalan raya.
“Tak sibuk seh pagi ni”
Aku mengangguk. Walaupun ada kenderaan lalu lalang, tapi tidak sesibuk seperti biasa.
Toriq terus melintas. Aku mengikuti dari belakang.
Poooooooooonnnnn!!!!
Aku menoleh. Sebuah coaster bergerak laju ke arah kami. Mataku membesar. Spontan aku menolak Toriq dengan kuat. Sahabatku itu terkeluar dari jalan raya.
Jarak coaster denganku tidak lebih dari sedepa.
Ketika ini, keadaan sekeliling aku seakan menjadi perlahan. Aku sendiri jadi pelik. Aku sempat memandang Toriq yang hendak membuka mulut untuk mejerit.
Aku sempat pula teringat akan mimpiku.
Tangisan ahli rumah, kesugulan kenalan-kenalan di Jordan, kata-kata Abang Dzulkarnain, kemudian wajah pucat Toriq dengan mata terpejam yang akhirnya terbuka dalam keadaan mata bergenang.
Patutlah…
Aku tersenyum.
“Oh, rupanya bukan Toriq. Tetapi aku…”
Alhamdulillah. ALLAH Maha Besar. Ternyata ilmu berkenaan kematian ini tidak tersampai pada insan untuk menjangkanya.
BAM!
Seluruh alam macam berputar berulang kali.
Dan yang terakhir aku dengar adalah suara jeritan Toriq yang panjang, sebelum segalanya menjadi gelap, dan senyap.
ALLAH… Aku naik saksi bahawa tiada ILAH selainMU, dan Muhammad itu adalah RasulMU.
Toriq…
Aku yang pergi dahulu.