BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, June 30, 2009

.mukhayyam09.

bismillah..

alhamdulillah,dengan rahmat ilahi,dapat juga ana sampai di rumah dengan selamat..

apa yg ana sertai sepanjang 3 hari bercuti?

ana telah menyertai Perkhemahan Tingkatan 3 yang telah diadakan di Kem Kaizen pada 26,27 dan 28 Jun..

insyaAllah..ana akan ceritakan,mungkin bukan secara detail..baca jika sudi.terima kasih..

Jumaat 26 Jun 09

alhamdulillah,selepas solat jumaat tamat,kami bersiap sedia di tapak perhimpunan untuk taklimat sedikit tentang mukhayyam kali ini.

tamat taklimat sedikit,kami mula mengangkat barang2 perkhemahan ke atas bas,sedikit demi sedikit..

kami bertolak dari sekolah ke Kem Kaizen pada pukul 3ptg..

semua peserta mukhayyam kali ini menunjukkan reaksi yang sungguh gembira,mungkin mukhayyam ini adalah mukhayyam yang terakhir bagi mereka yang ingin berpindah ke sekolah lain selepas tamat PMR.

di dalam bas , kami diberi 3 tugas..tugas2 itu antaranya ialah membaca surah alkahfi, menghafal doa masuk hutan dan menghafal lagu tema iaitu lagu bingkai kehidupan..

ramai yang tertidur di kalangan kami kerana terlalu penat..apa yang penat?driving?[tanpa jawapan]

kami sampai di Kem Kaizen lebih kurang pukul 4.30..[xingt]

peserta2 mukhayyam mula mengankat barang keluar menuju ke khemah urusetia..beratur,then diberi sedikit taklimat tentang persekitaran hutan oleh Tuan Anuar..

Alhamdulillah..petang tu kami dapat solat 'Asar dengan sempurna,insyaAllah..

pukul 5 petang , kami selaku ketua2 kumpulan dipanggil untuk diberi sedikit peringatan agar mendirikan pangkalan dengan baik..

Tuan Anuar nak kami buat khemah2 ni jadi macam sebuah kampung yang mempunyai beberapa buah rumah dan dapur..

nak dipendekkan lagi..

malam tuh kami ada pertandingan mengasah minda..

pertandingan tuh dipanggil..tak ingat , tapi pasal Belon ELDORA...hehe,

selepas pertandingan tu tamat..kami menyertai acara Owling..
Owling?atau dikenali sebagai perjalanan malam or penghayatan malam or wateva lah...

amat seram kerana ketua sahaja yang dibenarkan membuka mata..so , seram takut2 ternampak makhluk2 halus..tapi Alhamdulillah, malam tuh berjalan dengan lancar...

Sabtu 27 Jun 09

4.30 pagi..Qiyam...biasanya Qiyamullail boleh mendatangkan kekhusyukan dalam solat kerana suasana yang agak senyap sepi..tapi kali ni, bg ana lah..ana xdapat merasakan kekhusyukan solat itu sndiri kerana doa oleh imam yang terlalu lama hingga menjadikan ana lebih mengantuk...kalau xpercaya cuba tanya peserta2 yang lain..hehe

habis Qiyam..tarik nafas lega....solat subuh then , dipanggil ke tempat berhimpun..kami ada PT pagi..apa tuh PT pagi?PT pagi adalah satu bentuk exercise yang membuatkan kaki kita menjadi sihat,otak menjadi cergas,mata xmengantuk..

Alhamdulillah,PT pagi berjalan dengan lancar disebabkan ana memang suka berlari...lepas PT pagi , kami ada BASE , atau Seni Mempertahankan Diri Sendiri...

Taklimat Jungle Trekking diberikan oleh jurulatih Kem Kaizen sndiri..beliau amat garang.hehe

bermulalah jungle trekking dengan satu intro yang penat gile anjing...tekan tubi 20 , starjump 20, sit up 20...penat gile anjing bende tu..tapi takpe..kecergasan fizikal amat diperlukan dalam jungle trekking ni...

jungle trekking ni ana rase paling penat sepanjang 3 tahun ni...jalan yang paling jauh sehingga ada yang mengatakan kita ni telah tersesat..

malas nk cerita pasal jungle trekking sebab ada perkara yang paling ana takboleh tahan..

habis je jungle trekking,kami mula memasak...

NasiGorengNasiGorengNasiGorengNasiGoreng..

wah..time nih menggila masak nasi goreng..pedas yang tak terhingga..

credit to Abdul Muhaimin and Shafie Hassan..

diorang masak pedas giler..

Tuan Anuar mule mengeluarkan kata2 yg xsedap didengar apabila merasa masakan mereka..

pedas gile..sumpah..ana ceret beret makan nasi uh..taktahan maa...

Malam.....solat macam biase lah..

lepas solat isya'..semua peserta berkumpul di dalam surau,menunggu pertandingan malam kebudayaan berlangsung..sebelum tuh kene marah dlu..[taknak cerita,seram]

team ana , mmg langsung xbersedia..pagi time jungle trekking tu baru buat sinopsis jalan cerita bagi lakonan kami pada malam tuh..watak pun belum tentukan,memang huru hara lah team ana..malam tuh kami bersungguh-sungguh menyiapkan walaupun hanya tinggal beberapa mint utk kami persembahkan lakonan kami...

jeng3..

alhamdulillah kami dapat mempersembahkan lakonan kami dengan baik..malam tuh kami tidur dengan teratur kerana telah di"motivasikan" oleh Tuan Anuar...hahaha..ngeh3

Ahad 29 Jun 09

alhamdulillah..hirasah pagi tuh..Qiyamullail macam biasa lah..mula2 dah lantik siapa imam..tapi , ustaz Azahari mencelah utk menjadi imam..haha,ayat xleh blah..

pagi tu juga macam biasa ada PT pagi,tapi tak ade BASE...

kami sebagai peserta mukhayyam 09 diajar oleh Tuan Anuar cara2 utk menyambut perasmi..

"Rehatkan Diri"

"Baris"

"Baris Sedia"

itulah antara arahan2 yg diberikan oleh Saudara Zahin kita...

menyambut perasmi bukan satu perkara yang mudah..

banyak kali kena marah ngan Tuan Anuar sebab tabik tak betul..

pagi tu selepas raptai cara menyambut perasmi , kami ada post-mortum..

wah3,macam2 kami tulis kat kertas tu..maaf yer ust2 ustzh andai kertas tuh dihancurkan oleh tulisan2 kami ni..hehe....tapi tu dah mmg tugas kami..

sambut perasmi..

penutup..

tgk video...

alhamdulillah...

habis jugak mukhayyam thn nih..

alhamdulillah best dr tahun lepas....

TQ to Our Beloved Teacher...

1 comment:

ACHTUNG! said...

Salam...hehehe tahniah dapat anugerah tu. Moga lagi bersemangat, walaupun selepas nampak makhluk halus!!! hehehe

Cuak juga rupanya ya. Mmmm...sebenarnya banyak lagi dalam kepala nak dikongsikan dengan batch enta sepanjang 3 hari tu. Supaya hari yang enta lalui terasa panjang... Tapi apa bole buat, kurang sihat masa tu. Rugila geng2 enta. Ok, ada kerja ni...

Wassalam