BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, April 16, 2010

Isteri dan Anak-Anak Sayyidina Umar al-Khattab

Salam .

atas permintaan ustazah SIRAH . xingt nama dia .

jadi , ini adalah sedikit nota tentang isteri2 Sayyidina Umar Al-Khattab ..

kepada pelajar INDHIBADH . sila amek note . sekian .


I) Zainab bt Maz’un

Zainab adalah saudara perempuan Uthman b. Maz’un yang terbilang di antara orang yang memeluk Islam di peringkat permulaan dan saudara sesusu dengan Nabi s.a.w. Dengan Zainab ini Sayyidina Umar r.a telah mendapat tiga orang anak iaitu Hafsah, Abdullah dan Abdul Rahman.


ii) Atikah bt Zaid b. Amar b. Nufail

Daripadanya beliau mendapat seorang anak lelaki bernama ‘Iyadh


iii) Jamilah bt Tsabit b. Aflah

Daripadanya beliau mendapat seorang anak lelaki bernama ‘Aasim


iv) Ummul Hakkam bt Al-Harith b. Hisham

Daripadanya beliau mendapat anak perempuan bernama Fatimah.


v) Ummul Kulthum bt Jarwal b. Malik

Daripadanya beliau mendapat dua orang anak lelaki bernama Ubaidullah dan Zaid Al Akbar


vi) Ummul Kulthum bt Ali b. Abi Talib

Daripadanya beliau mendapat dua orang anak bernama Zaid Al Asghrar dan Ruqayyah.


vii) Daripada hamba sahayanya yang bernama Fukayyah dan Luhayyah juga Sayyidina r.a telah mendapat anak. Daripada Fukayyah dia mendapat anak perempuan bernama Zainab dan daripada Luhayyah beliau mendapat anak bernama Abdul Rahman Al Autsar dan Abdul Rahman Al Asghrar.


Jadi, anak-anak Sayyidina Umar r.a adalah seperti berikut:


LELAKI

1) Abdullah

2) Abdul Rahman Al Akbar

3) Abdul Rahman Al Autsar

4) Abdul Rahman Al Asghrar

5) Zaid Al Akbar

6) Zaid Al Asghrar

7) Ubaidullah

8) ‘Aasim

9) ‘iyadh


PEREMPUAN:

1) Hafsah

2) Ruqayyah

3) Fatimah

4) Zainab


No comments: