sudah lama tidak ku bertandang ke blog ini ..
jari jemari semakin gatal akibat telah lama tidak menaip di blog ini ..
insya Allah , hari ini nak kongsi sedikit ilmu yang boleh dijadikan pengajaran ,
isnin baru2 ini , ana belajar hadith .
hadith yang ke 40 .
subhanallah .. sungguh banyak pengajaran yang diperolehi dari hadith ini ..
Hadith 40
Menggunakan Kesempatan Dunia Untuk Berjaya di Akhirat
Daripada ibnu Umar r.a. , katanya : Rasulullah memegang bahuku lalu berkata : "Jadikanlah dirimu di dunia ini sebagai seorang perantau atau orang yang mengembara."
Ibnu Umar berkata : "Jika engkau berada pada waktu petang , janganlah engkau menunggu waktu pagi . Jika engkau berada pada waktu pagi , janganlah engkau menunggu waktu petang . Guanakanlah waktu sihatmu sebelum datang waktu sakit . Gunakanlah waktu hidupmu sebelum datang waktu matimu"
~Riwayat al-Bukhari~
Jika kita melihat hadith ini sekali imbas ,
kita akan dapati bahawa hadith ini mempunyai makna yang mendalam serta pengajaran yang banyak ..
antara pengajaran yang kita dapat ,
1.Rasulullah sebagai murabbi
murabbi - pendidik .
seperti yang dikatakan oleh hadith tersebut , Rasulullah memegang kedua bahu ibn Umar r.a..
dan ini menunjukkan bahawa cara yang terbaik dalam mendidik seseorang adalah dengan cara memegang . mengapa ? kerana dengan memegang seseorang itu , maka perhatian akan diberikan sepenuhnya ..
2.Jangan menangguh2
seperti pepatah arab "Ta'jil Lissuzzaman" yang bermaksud menangguh2 itu pencuri masa .
jadi , sewajarnya kita menghindarkan diri kita dari sifat menangguh2 dalam apa jua keadaan .
seperti contoh , solat ..
solat yang paling baik ialah solat pada awal waktu . jadi seharusnya kita menghindari dari menangguh2kan waktu solat ini ..
3.fokus
seperti hadith di atas , jika anda berada di waktu pagi , jangan menunggu sehingga waktu petang.
ini membawa maksud , jika anda berada di waktu pagi .. maka kerjakanlah apa yang anda sedang lakukan di waktu pagi itu . jangan fikir apa yang akan berlaku pada waktu petang . dan begitu juga sebaliknya ..
erm ,
akhir sekali ..
ana suka pepatah arab yang ustaz baru ajar pada ana hari isnin lepas ,
"Masyghul La Yusghal" yang bermaksud sibuk tidak akan menyibukkan anda .
pepatah ini membawa maksud , jika anda sibukkan diri anda dengan perkara yang baik ,
maka tidak akan ada perkara yang buruk akan menyibuk.
jadi sekian sahaja dari ana untuk hari ini ..
moga anda yang membaca dapat mengambil sedikit iktibar..
yang baik itu datangnya dari Allah ,
dan yang buruk itu juga datang dari Allah tapi disandarkan pada kelemahan ana sendiri .
3 comments:
wee.terima kasih.
seingat analah algebra ade wat lagu kan pasal hadith ni...
tktau lak ..
Post a Comment