BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, November 16, 2010

Pemain vs Pengkritik


Setiap permainan ada gelanggang. Untuk bermain, kita harus masuk ke dalam gelanggang, merasa segala sepak terajang di dalamnya.

Umpama bermain bola, kita harus berada di dalam gelanggang untuk dapat menjaringkan gol. Jika kita menjadi pengkritik, kita takkan menjulang piala kemenangan. Pasukan A melawan pasukan B, salah satu akan menang.

Mungkinkah pengkritik menang? Pengkritik boleh mengulas sesuka hatinya tentang tindakan pemain, namun dia takkan pernah merasai apa yang dilalui pemain, selagi dia belum terjun ke dalam gelanggang menjadi pemain.

Gelanggang Kehidupan

Dalam kehidupan, banyak gelanggang yang ketandusan pemain, atau mungkin pengkritik yang ada lebih banyak daripada pemain. Mungkin itu berlaku dalam perlawanan bola sepak, biasa. Namun dalam kehidupan nyata, haruskah seperti itu? Jika dunia itu sendiri adalah gelanggang atau arena, maka kitalah pemain-pemain yang berada dalam gelanggang kehidupan. Apakah ertinya?

Kitalah Pemain

Ertinya status kita adalah pemain! We are all players! Segala sepak terajang dalam kehidupan ini akan kita lalui, bahkan harus kita lalui. Bagaimanakah agaknya keadaan apabila seorang pemain mempunyai mentaliti pengkritik? Seorang penjaga gol duduk saja dan mengkritik, lupa bahawa hakikatnya dia adalah seorang penjaga gol. Gawang gol terbiar. Perlawanan takkan terhenti. Penjaga gol terus mengkritik dan tidak menjaga gol. Maka terseksalah pemain-pemain yang serius dan bersungguh-sungguh bekerja, terbeban dan terhakislah potensi pemain pertahanan. Hakikatnya, kita adalah pemain dalam gelanggang kehidupan. Jika kita tidak bekerja dan terus mengkritik, siapakah yang akan terbeban dan terseksa? Potensi siapakah yang kita sedang kikis? Itulah realiti.

Apakah Pilihan Kita?

Tidak tepat jika kita persoalkan sama ada kita ingin menjadi pemain atau pengkritik. Hakikatnya kita adalah pemain! Kita punya amanah dan tanggungjawab dalam melahirkan generasi yang soleh dan bertaqwa. Kita punya peranan dalam mempertahankan kebenaran dan menyebarkannya. Kitalah pemain dan pekerjanya. Itu termaktub dalam perjanjian yang telah kita buat dengan Allah.

Pilihan sebenarnya adalah sama ada kita ingin bekerja dengan serius dan bersungguh-sungguh atau ingin menjadi pekerja yang tidak bekerja dan memanipulasi potensi pekerja lain. Kerja itu adalah kerja kita. Berdakwah adalah kerja kita. Mengajak orang ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran adalah kewajipan kita. Bukan lagi persoalan kita perlu buat atau tidak, tetapi kita ingin buat atau tidak. Firman Allah:

"Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan – apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara – (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata". (Al-Ahzab, 33:36).

Jika ditanya kepada kita "siapakah yang akan memperjuangkan agama Allah?" Apakah jawapan kita?

Jawablah "Nahnu Ansharullaah!" (Kami Tentera Allah!)

Sunday, November 14, 2010

Aku Cuma An-Nisa'

Aku Cuma An-Nisaa

Ya Allah..
Jadikan aku tabah seperti Ummu Khadijah
Sehingga dirinya digelar afifah solehah
Dialah wanita pertama
Tiada ragu mengucap syahadah
Pengorbanan bersama Rasulullah
Susah senang bersama
Walau hilang harta kerana berdakwah
Walau dipulau 3 tahun 3 bulan
Imannya sedikit pun tak berubah
Mampukah aku setabah dirinya?
Andai diuji sedikit sudah rebah..
Baru dihina sudah mengalah
Ya Allah..tabahkan aku sepertinya..

Ya Allah..
Jadikan aku semulia Fatimah Az-Zahrah
Betapa tinggi kasihnya pada ayahandanya
Tidak pernah putus asa pada perjuangan dakwah baginda
Anak yang semulia peribadi baginda
Tangannya lah yang membersihkan luka
Tangannya jua yang membersihkan cela
Pada jasad Rasulullah tercinta
Gagahnya dirinya pada dugaan
Mampukah aku sekuat Fatimah?
Saat diri terluka dendam pula menyapa
Saat disakiti maki pula mengganti
Ya Rabbi..teguhkan hatiku sepertinya..

Ya Allah..
Jadikan aku sehebat Masyitah dan Sumaiyah
Tukang sisir yang beriman
dan Keluarga Yasir yang bertakwa
Sungguh kesabaran mereka menggoncang dunia
Iman tetap terpelihara walau nyawa jadi taruhan
Mampukah sabarku seperti mereka?
Tatkala digoda nafsu dunia..
Entah mana hilangnya Iman di dada

Ya Rahman..
Kuatkan Imanku seperti Masyitah
Terjun penuh yakin bersama bayi ke kuali mendidih
Kerana yakin Allah pasti disisi
Sabarkan aku seperti sumaiyah
Biar tombak menusuk jasad..
Iman sedikit pun takkan rapuh.

Ya Allah..
Jadikan aku semulia Ummu Sulaim
Perkahwinannya dengan Abu Talhah atas mahar Iman
Islamlah Abu Talhah sehingga menjadi sahabat Rasulullah
Betapa hebatnya tarbiyyah isteri pada suami
Hinggakan segala panahan ke Rasulullah pada hari uhud
Disambut dengan belakang jasad Abu Talhah

Ya Allah..
Tarbiyyahkan aku pada cinta sepertinya
Tingginya nilai cinta pada harga Iman
Mampukah aku menatap cinta itu?
Sedangkan rupa yang menjadi pilihan
Ketulusan Iman diketepikan
Ya Allah..
Ilhamkan aku pada cinta sepertinya..

Ya Allah...
Jadikan aku sehebat Aisya Humaira
Isteri termuda Rasulullah
Biar dilempar fitnah
Dia tetap teguh pada ketetapanNya
Isteri sejati yang memangku Nabi
Pada saat terakhir baginda
Hadis dan Sunnah Rasulullah dipertahankan
Betapa hatimu seorang mujahidah

Ya Allah..
Mampukah aku contohi dirinya?
Pada fitnah yang melanda
Diri mula goyah dan putus asa
Teguhkan Imanku sepertinya..Ya Rahim..

Ya Allah..
Teringat diri pada Khansa
Empat orang anaknya mati di Jalan ALLAH
Dia meratap tangis..
Anak sulungnya syahid
Anak keduanya turut syahid
Anak ketiganya dan keempat jua mati syahid
Namun tangisan itu bukan kerana pemergian anak tercinta
Jawabnya kerana tiada lagi anak yang dihantar untuk berjihad
Ya Allah..
Mampukah aku menjadi ibu yang berjihad?
Sedang anak tak tutup aurat pun masih tak terjawab
Sedang anak tinggal solat pun buat tak kisah
Berikan aku kekuatan sepertinya..
Agar bersedia pada akhirat.

Wahai kaum Adam yang bergelar khalifah..
Diriku bukan setabah Ummu Khadijah
Bukan jua semulia Fatimah Az-Zahrah
Apa lagi sesabar Masyitah dan Sumaiyah
Mahupun sehebat Ummu Sulaim
Dan tidak seteguh Aisya Humaira
Kerana diri cuma An-Nisaa akhir zaman
Dimana Aurat semakin dibuka terdedah
Dimana syahadah hanya pada nama
Dimana Dunia yang terus dipuja
Dimana nafsu fana menjadi santapan utama
Dimana batas sentiasa dileraikan
Dimana ukhwah sentiasa dipinggirkan

Wahai Kaum Hawa
Kita cuma An-Nisaa
Para pendosa yang terbanyak di neraka
Lantas walau tak setabah para Mujahidah
Namun Tabahlah pada ketetapan Allah
Kerana padanya ada Syurga!
Walau tak semulia para wanita sirah
Tapi muliakan diri dengan agama yang memelihara
kerana padanya ada Pahala!
Walau tak sesabar para wanita solehah
Namun sabarkan jiwa pada nafsu dunia yang menyeksa
Kerana padanya ada bahagia!

Sesungguhnya Hawa tercipta dari Tulang rusuk kaum Adam
Bukan untuk ditindas kerana lemah
Tapi untuk dilindungi kerana Indah
dan Indah apabila tertutup terpelihara
Kerana disitulah terjaganya Syahadah
Bak mekarnya wanita dalam sirah
Tuntunlah kami ke arah syurga..
Bicara dari An-Nisaa yang hina..
Makbulkan doaku..
Aamiin..

Thursday, November 11, 2010

Pemimpin ; Qiyadah


Bismillah .
Salam ,

sebelum berbicara lebih lanjut ,
teringat satu kata-kata dari Imam Al-Ghazali ,
dan juga petikan dari kitab iqtisad fil i'tiqad yang berbunyi :

"Pandanglah org yg melakukan kesalahan sebagai org yg sakit, bukan sebagai penjenayah..orang yang sakit kita akan bantu utk selamatkan mereka,tetapi penjenayah kita akan hukum, hina dan membiarkan mereka..
"

apa kaitan dengan entry kali ini ?
pemimpin ?
apa kaitannya ?

mungkin anda tertanya-tanya ..
apa kaitan pemimpin dengan kata-kata di atas .
pemimpin ialah sesebuah individu yang membimbing sesebuah individu lain .
faham ?
ana rasa semua orang faham dengan maksud pemimpin .
biasa nya kalau kita tengok sekarang , pemimpin di Malaysia ialah perdana menteri .
pemimpin lain ialah da'i atau pendakwah dalam bahasa melayu nya .
kalau kita lihat di sekolah-sekolah ,
pemimpin ialah Pembimbing Rakan Sekolah , pengawas dan lain-lain ..

jadi , sebagai seorang pemimpin kita tidak layak untuk melihat seseorang yang melakukan kesalahan sebagai penjenayah , tapi lihatlah seseorang yang melakukan kesalahan itu sebagai pesakit dan kita sebagai da'i menjadi orang yang merawat .

mengapa kalau kita lihat zaman sekarang , ana ambil contoh , di sekolah , PRS melihat seseorang yang melakukan kesalahan itu sebagai penjenayah .. mereka membuang penjenayah dan menghina seperti mereka tiada peluang untuk melakukan kebaikan dan taubat . sedangkan sebagai seorang qiyadah , pemimpin dan lain-lain , kita harus melihat mereka sebagai orang yang sakit . kita harus dan wajib untuk menarik mereka dari kehinaan mereka . dari segala dosa yang telah mereka lakukan .

kalau mereka melakukan maksiat , jangan terus menghukum mereka sebagai penjenayah .
rawatlah mereka demi membangunkan umat islam sekarang .
ramai yang berkata ,
"aku jahat sekarang , PRS pun cakap macam tu , ustaz pun kata macam tu."
sampai satu masa , mereka dah tak nak berjinak dengan tarbiah sebab orang-orang yang menyampaikan tarbiah itu menghukum mereka sebagai JAHAT .

konklusinya , layakkah kita untuk menghukum seseorang ?
cukup baguskah kita untuk menghukum seseorang ?
cukup baikkah kita ?
cukup imankah kita ?
siapa kita untuk meletakkan seseorang sebagai Ahli Neraka ?
siapa kita untuk meletakkan mereka sebagai AHLI PEROSAK ?
yakinkah kita masuk ke syurga ?
yakinkah kita terus beriman sehingga akhir hayat ?
yakinkah kita mereka akan terus jahat sehingga akhir hayat ?
siapa kita ? persoalkan pada diri antum masing2 , sebagai pemimpin .. lihatlah diri antum .
ada tak sikap macam ni pada diri kita ?
ubahlah persepsi antum kepada seseorang yang jahat ,
INGAT ! Allah Maha Berbuat Apa Sahaja .

Apabila Allah berkehendak menetapkan sesuatu, maka Allah hanya cukup berkata kepadanya: "Jadilah", lalu jadilah dia (3:47)



mana tahu suatu hari nanti mereka berada di tempat kita ? dan sebaliknya .
renung-renungkan dan selamat beramal , insya Allah .