BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, March 15, 2011

ADAM DAN ARGOT: SIAPA EMPUNYA TAKHTA?

ADAM DAN ARGOT: SIAPA EMPUNYA TAKHTA?

“Adam patut menjadi Raja. Dia berfikiran positif dan sentiasa optimis” kedengaran cakap-cakap di kedai kopi.

“Argot patut menjadi Raja. Dia berfikiran negatif dan sentiasa pesimis, macam kita!” soksek soksek di pasar pula berbicara.

Sebelum Raja mangkat, beliau menitahkan agar Majlis Mesyuarat membuat keputusan penentu. Tatkala baginda menghembuskan nafasnya yang terakhir setelah sepurnama gering di pembaringan, Majlis Mesyuarat memutuskan bahawa Adam dan Argot hendaklah bergerak mengelilingi negara, dan berdebat tentang selok belok kehidupan rakyat. Salah seorang yang memenangi perdebatan itu, akan terpilih menjadi Raja.

KEMBARA PENENTU

Sampailah Adam dan Argot serta rombongan diraja ke sebuah desa yang ramai petani. Mereka melintasi sekumpulan petani yang miskin kebuluran.

“Lihat itu, mereka tidak punya makanan. Mereka kebuluran. Sesungguhnya dunia ini adalah sebuah kediaman yang teruk. Penuh derita!” kata Argot.

“Tidak. Kurangnya makan meningkatkan kerohanian. Mereka mungkin tiada makanan, tetapi mereka sedang belajar sebuah teladan yang amat berguna. Sesungguhnya sabar itu lebih berharga daripada makanan!” balas Adam.

Mereka kemudiannya melintasi pula sebuah pekan kecil. Kelihatan seorang lelaki buta di tepi jalan.

“Dunia ini adalah sebuah kediaman yang teruk. Penuh derita. Bagaimana Tuhan membiarkan ada manusia yang buta seperti itu!” keluh Argot.

“Sekali lagi, kamu silap. Walaupun lelaki itu tidak dapat melihat, tetapi deria-derianya yang lain menjadi kuat. Malah dia tahu sama ada seseorang itu bercakap benar atau berdusta hanya dengan mendengar nada suaranya. Menjadi buta itu adalah yang terbaik untuknya!” Adam membalas lagi.

Rombongan diraja bersama dua calon Raja meneruskan perjalanan dan akhirnya sampai ke sebuah perkampungan. Mereka ternampak seorang lelaki sakit dan sedang nazak menunggu mati.

“Dunia ini adalah sebuah kediaman yang teruk. Penuh derita. Lihatlah lelaki itu sakit dan hampir mati tanpa seorang pun yang mempedulikannya. Ini sudah cukup menjadi bukti!” tegas Argot, penuh kesal.

“Bukankah kita semua akan mati? Mati itu bukanlah sesuatu yang tidak baik. Lelaki itu tidak lama lagi akan berada di sisi Tuhan. Bukankah itu lebih baik untuknya?” ulas Adam, dengan yakin.

KEPUTUSAN

“Sudah! Cukup! Kami sudah melihat dan mendengar secukupnya. Sudah jelas bagi kami siapakah yang sepatutnya menjadi Raja memimpin negara” bentak seorang anggota Majlis Mesyuarat.

“Sangat jelas Adam adalah yang sepatutnya dipilih menjadi Raja. Beliau mengajar kita bahawa sabar itu lebih besar ‘fadhilat’nya berbanding makanan. Beliau menyedarkan kita betapa si buta itu lebih kuat pelbagai derianya berbanding kita yang celik. Malah Adam juga sudah membuktikan betapa kematian itu adalah lebih baik dan merehatkan untuk lelaki sakit itu tadi. Adam tidak pernah mengeluh dan sentiasa optimis. Apakah yang mampu Argot katakan lagi di saat ini?” anggota Majlis Mesyuarat itu mengurut-ngurut jambangnya sambil tegas membuat kesimpulan.

“Izinkan saya, jika kalian boleh benarkan, saya ingin membuat sedikit pembelajaan!” pintas Argot.

Anggota Majlis Mesyuarat dan kekandanya Adam mengangguk.

“Bukankah matlamat utama seorang pemerintah adalah untuk menolong dan menjaga kebajikan rakyatnya?” Argot meyoal.

“Sudah tentu!” jawab mereka.

“Bagaimanakah seorang pemerintah boleh menolong rakyatnya, jika dia sendiri tidak dapat melihat apa masalah rakyatnya?” soal Argot lagi.

“Saya tiada masalah untuk melihat masalah rakyat, jika mereka ada masalah. Jika ada!” pintas Adam.

“Kamu percaya bahawa lelaki buta itu tadi lebih baik buta?” soal Argot.

“Sudah tentu!” jawab Adam dan anggota Majlis Mesyuarat semua.

“Kalau begitu, pejamkan mata kamu semua. Pejam ya. Dan sekarang, adakah kamu masih percaya bahawa sabar lebih baik daripada makanan?” soal Argot lagi.

“Sudah tentu!” balas Adam dan seluruh rombongan.

“Baiklah, kalau begitu, jangan buka mata sehingga saya benarkan kamu” arah Argot.

Senyap-senyap, Argot mengeluarkan pedangnya dan menikam mati kekandanya Adam. Beliau membersihkan pedang tersebut dan menyimpannya semula.

“Baiklah, sekarang buka mata kamu!” perintah Argot.

“Oh Tuhan!!! Adam telah mati. Engkau telah membunuh kekandamu sendiri!” jerit anggota Majlis Mesyuarat.

“Kalau begitu, tentu lebih mudah untuk kamu semua membuat keputusan. Calon hanya tinggal seorang!” balas Argot.

“Tetapi kami mahu memilih Adam. Bukan kamu!” tegas anggota Majlis Mesyuarat.

“Bukankah aku yang memenangi perdebatan tadi?” Argot memberikan penjelasan.

“Menjadi ‘buta’ telah menghalang kamu daripada menahan aku membunuh kekandaku Adam. Menjadi ‘buta’ tidaklah sebagus yang kalian katakan. Menjadi ‘sabar’ juga telah menyebabkan kamu terus menutup mata daripada melihat apa yang sedang aku lakukan. Justeru menjadi ‘sabar’ tidaklah sebagus yang kalian katakan. Dan jika ‘mati’ itu lebih baik untuk lelaki sakit di tepi jalan itu tadi, maka adillah apa yang aku telah lakukan kepada kekandaku Adam. Dia kini ‘lebih baik’ keadaannya. Adam telah mati, maka kamu mesti menabalkan aku selaku Raja di negara ini!” tegas Argot.

Anggota Majlis Mesyuarat terdiam.

Terpukul antara pengalaman mereka dengan ketepatan ulasan si anak muda.

“Kamu telah menjelaskannya dengan begitu baik. Saya percaya, Argot adalah Raja baru kita” kata jurucakap anggota Majlis Mesyuarat.

Seluruh anggota Majlis Mesyuarat bersetuju. Argot telah ditabal menjadi Raja di takhta. Dia memerintah selama beberapa tahun. Biar pun Raja Argot tidak pernah gembira selama menjadi Raja, namun negara dan rakyat makmur bahagia.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

Monday, March 14, 2011

Cuti vs Bola Sepak



bismillah . salam .

saat aku menulis post ini , aku mengalami kekecewaan yang agak besar .
namun itu semua tidak membantutkan aku untuk terus hidup dengan aman dan selesa .

pada tahun 2004 , kita disajikan dengan berita tsunami yang melanda teruk di negara serantau kita , Indonesia , Thailand dan sebahagian di negara kita ..
pada tahun ini , 2011 , kita disajikan pula dengan berita yang agak menyayat hati iaitu berita tsunami dan gempa bumi dengan gegaran 8.3 skala ritcher di Jepun . Ramai insan2 yang bergelar rakyat Jepun meninggal dunia lantaran itu .

Adakah ini petanda kecil kiamat ? ya , ini sebahagian petanda kecil kiamat .
Maka apakah persediaan kita sebagai hamba Allah untuk menghadapi itu semua ?
Sudahkah kita bersedia dengan bekalan amalan di dunia untuk kita menghadap iLahi ..?
Marilah kita bermuhasabah walaupun sesaat . Moga dengan Muhasabah diri kita dapat memperbaik amalan kita dari semasa ke semasa . insya Allah .

Sekadar Renungan ..

Cuti vs Bola Sepak ?

tepat jam 12.30 tgh hari pada hari jumaat yang lalu , 11 Mac 2011 .. maka diisytiharkan cuti sekolah selama seminggu . alahai , seminggu je ? tak seronok laa .
tapi apakan daya , terpaksa kita turuti sebagai pelajar sekolah .

cuti kali ini paling banyak pilihan yang perlu aku buat ,
antaranya ialah latihan bola sepak , kursus sarjan dan cuti ..
namun , aku memilih untuk menolak kursus sarjan dan bercuti selama beberapa hari sebelum latihan bola sepak bermula . mungkin ini pilihan bijak ?
ya ! selepas beristikharah selama beberapa hari , aku merasakan ini tindakan bijak ..
mengapa ?
biarlah menjadi rahsia ..

tak perlu la kecewa tidak dapat pergi ke kursus sarjan kerana banyak hikmahnya ..
akhir tahun ini aku dan beberapa rakan dan guru akan menyertai ekspedisi mendaki gunung ..
tak faham kan ? tunggu akhir tahun aku cerita panjang .. hehe

okey .
Bola Sepak ..
cuti ini akan diadakan latihan Bola Sepak selama seminggu ..
moga2 komitmen aku sebagai team Bola Sepak membawa kejayaan ..
mungkin mengekalkan kejuaraan ? insya Allah , Allahumma Ameen ..

MSSD Johor Bahru Bola Sepak Lelaki 18 akan diadakan pada 21 Mac bersamaan Isnin naik cuti.
haihh , so sebelum aku bersama skuad bola yang lain berlatih , aku dapat cuti beberapa hari untuk merehatkan badan :)

sekian sahaja .

SM Islam Hidayah muncul sebagai juara MSSD Johor Bahru Bola Sepak Lelaki 18 2010