BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, June 4, 2011

Meng Zi

Meng Zi adalah salah satu nama legenda di China . Dia dianggap sebagai salah seorang insan paling pintar dan bijak dari negeri China .


Yang menarik , kononya apabila Meng Zi ditanya "Siapakah orang yang paling berpengaruh yang membuat kamu pintar dan sebijak ini?" . Maka dengan tegas dan tanpa sedikit keraguan pun Meng Zi menjawab , "Ibuku. Ibukulah yang membuat aku menjadi pintar sebegini !"

Ketika Meng Zi masih kanak2 , dia termasuk jenis budak yang sering kebosanan berada di kelas , sering ponteng dan melarikan diri dari sekolah . Suatu hari dia merasa tidak suka mengikuti pelajaran di kelasnya . Ditambah lagi dia merasa lapar . Kemudian dia mencari jalan untuk meninggalkan kelasnya .


Dia menemui kesempatan yang tepat , lalu dia melarikan diri dari sekolah dan pulang ke rumahnya . Dia gembira berjaya ponteng dan tidak mengikuti pelajaran di kelasnya . Setelah sampai di rumah , dia terus mencari makanan dan duduk di atas longgokan kain sutera .

Meng Zi mempunyai seorang ibu yang bekerja menenun dan menjahit kain sutera . Dari kain sutera itulah ibunya yang sudah janda menanggung keluarga Meng Zi . Si ibu terkejut mendapati Meng Zi sudah balik lebih awal dari waktu yang sepatutnya . Dia tahu bahawa Meng Zi ponteng dari sekolah .


Ibunya sangat marah. "Ini belum waktunya balik sekolah , kenapa kamu balik? Ibu sangat tidak suka dengan perangai buruk kamu ini , Meng Zi !"


Meng Zi menjawab "Sekolah itu membosankan dan susah ibu. Saya tidak boleh mengikuti pelajaran , saya bukan budak pandai yang boleh menangkap pelajaran dengan cepat."

Si ibu mendengarkan alasan Meng Zi perkataan demi perkataan dengan teliti . Namun dia tetap menunjukkan raut muka marah dan tidak setuju dengan alasan Meng Zi yang ponteng dari sekolah . Melihat ibunya yang masih marah , Meng Zi tidak berani membuka mulut lagi . Dia hanya diam , menundukkan kepala dan merasa bersalah .


Si ibu pun diam . Dia sama sekali tidak membalas jawapan anaknya . Dia lalu beranjak mengambil sutera yang diduduki Meng Zi . Lalu si ibu memotong kain sutera itu menjadi dua bahagian dengan muka masih marah . Selepas itu menjadi empat bahagian . Kemudian lapan bahagian . Enam belas . Dan seterusnya sehingga kain itu tidak boleh dipotong2 lagi .

Si ibu kemudian mengambil kain yang lain lalu diperbuat perkara yang sama seperti sebelumnya . Ibunya tetap dengan diam dan muka yang marah . Setiap kali menyaksikan ibunya memotong kain sutera itu , hati Meng Zi bagai terhiris .


Meng Zi tahu ibunya adalah janda . Ibulah yang menanggung keluarga. Dan dengan menenun dan menjahit kain sutera itulah ibunya mampu menanggung keluarganya . Meng Zi tiba2 diselubungi rasa takut luar biasa , dia takut melihat ibunya sangat marah sehingga kain yang menjadi sumber kehidupan keluarganya dirosakkan .


Dengan menangis , Meng Zi memeluk kaki ibunya dan berkata "Ibu , jangan marah lagi . Aku sedar aku telah mengecewakan ibu Tetapi mohon ibu tidak merosakkan kain yang berguna bagi keluarga kita. Meng Zi janji tidak akan ponteng lagi walaupun sekolah itu membosankan ."

Si ibu mendengar kata2 anaknya itu kalimah demi kalimah sambil merenung wajah anaknya dengan serius . Si ibu kemudian menatap mata anaknya sambil berkata ,


"Meng Zi , kamu lihat potongan2 kain sutera ini . Benang sutera itu ditenun sedikit demi sedikit barulah menjadi sepotong kain sutera . Sudah dapat sepotong terus ditenun sedikit demi sedikit sampai boleh menjadi kain sutera yang elok dan lebar . Setelah itu kain sutera dipotong sesuai ukuran dan dijahit maka jadilah pakaian yang cantik . Belajar pun seperti itu Meng Zi , hasilnya tidak boleh segera dilihat sekelip mata . Belajar itu sedikit demi sedikit , walaupun susah , itu tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak belajar . Setelah faham sedikit belajar lagi supaya faham lebih banyak lagi . Kemudian belajar lagi dan seterusnya . Apabila sampai waktunya nanti kamu akan merasakan bahawa belajar ini menarik , menyenangkan dan indah . Dan sangat berguna . Kalau sekarang kamu ponteng , kamu tidak akan faham apa yang diajarkan kepadamu . Kalau sedikit pun kamu tidak faham , lalu dari mana kamu akan tahu bahawa belajar itu menyenangkan dan berguna ?"


Kata2 si ibu menerjah dalam sanubari Meng Zi . Setelah ibunya selesai berbicara dengannya , gugurlah kristal2 dari matanya lalu berjanji "Ibu , sungguh aku memang salah dan aku sangat menyesal . Mulai sekarang aku berjanji aku tidak akan ponteng lagi dan berjanji akan belajar bersungguh2 dan melawan rasa bosan . Aku percaya kpd ibu , bahawa dengan belajar bersungguh2 suatu hari nanti saya akan pandai dan berguna kepada bangsa dan negara."

Sejak itu Meng Zi berubah . Meng Zi menjadi anak yang bersungguh2 dalam menuntut ilmu . Dia membesar menjadi manusia yang luar biasa yang mencintai ilmu pengetahuan . Dan ternyata benar , Meng Zi menjadi orang yang berguna bagi masyarakat dan bangsanya . Namanya sangat mashyur di seluruh pelosok China . Bahkan karyanya yang sudah berusia lebih dari dua ribu tahun masih dipelajari sampai sekarang .


Apa yang terjadi pada Meng Zi semakin menguatkan catatan sejarah , bahawa di belakang orang terkenal yang berjaya kebiasaannya ada seorang ibu yang luar biasa yang mendidiknya dengan sepenuh kecintaan dan separuh jiwa. Sekali lagi setiap kali Meng Zi ditanya "Siapakah orang yang paling berpengaruh yang membuat kamu sepintar dan sebijak ini?" Maka dengan tegas dan tanpa sedikit keraguan Meng Zi akan menjawab "Ibuku. Ibukulah yang membuat aku pintar."



p/s : jangan persoalkan tentang kebenaran kisah ini tetapi , ambillah kisah ini sebagai pengajaran dalam hidup antum ,

jazakallah .

Tuesday, May 31, 2011

Jom Belajar Hadis

bismillah ,

bila teringat mukhayyam,

teringat hadis yang diajar oleh ust hasanuddin ,

diajar dengan kesungguhan agar kita menghafal dan beramal dengan hadis ni ..

خير جلسائكم من ذكركم الله رؤيته , وزاد في عملكم منطقه , وذكركم الاءخرة عمله

maksudnya : Sebaik-baik teman dikalangan kamu adalah kamu mengingati Allah apabila melihatnya , dan bertambahlah amalan kamu apabila dia berkata-kata dan teringat olehmu akan akhirat apabila dia beramal .

Wallahu'alam .

moga dengan hadis ini , kita dapat menjadi sahabat yang terbaik =D

*share jika perlu .

Monday, May 23, 2011

exam

salam .
bismillah ,

exam week ;)
9 paper lagi untuk tamat Semester 1 ..
dan bermulanya mukhayyam terakhir kami sebagai pelajar form 5 SMIH JB :)

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru


Pagiku Cerahku
Matahari bersinar
kugendong tas merahku
di pundak

Selamat pagi semua
kunantikan dirimu
di depan kelasmu
menantikan kami

Ref :
Guruku Tersayang
Guru tercinta
Tanpamu apa jadinya aku
Tak bisa baca tulis
Mengerti banyak hal
Guruku terimakasihku

Nyatanya diriku
Kadang buatmu marah
Namun segala ma'af
Kau berikan

SELAMAT HARI GURU .
TERIMA KASIH KEPADA SEMUA GURU YANG BANYAK MENGAJARKU ..
SETIAP TITIK PELUHMU DALAM MENGAJARKU MENJADI MANUSIA , AKANKU HARGAI DAN AKANKU GUNA DALAM TIAP KETIKA .
SERIBU SEJUTA SEBILLION KEMAAFAN JUGA TERIMA KASIH KEPADA GURUKU ..


Thursday, April 28, 2011

Aku Menyesal Kahwin

Ini cerita aku.. Aku (bukan nama sebenar) baru je kawin, ngan pilihan mak aku. Aku tak penah kenal pon dia (bukan nama sebenar gak). Tapi mak punye pasal kan, aku terpaksa follow je la. Arghh, nyesal giler kawin..

Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak tido kol brape, nak bangun kol brape. Pastu kadang2 sampai tengah hari tido, sampai terlepas kuliah.. haha. Tade orang marah pon. Lecturer pon tak marah.

Tapi skarang, nak tido lewat sikit je ade orang sound. "Jom la bang tido...". Pastu kalau tak bangun Subuh memang kena cubit peha la aku ni. Kesian kena buli..

Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak makan kol brape, nak makan ape. Boleh makan best2, sebab beli kat kedai.. Tapi skarang, huhu.. Macam budak kecik je, kena ikut jadual makan! Dah la kadang2 dia masak masin la, pahit la.. Pastu kadang2 dia bagi aku makan sayor je bebanyak. Tak makan kang kecik hati lak, pastu tulis kat status facebook dia. Arghh, nyesal giler kawin..

Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak shopping bile, kat mane, nak beli ape.. Kira berbelanja tanpa waswas la. Tu yang shopping kejap je melayang 2 3 ratos skelip mata. Hohoho.. Tapi skarang, nak pegi shopping je, dia dah siap2 ngan list barang nak beli. Tade dalam list, tak leh amik!! Dah la berejam-jam pusing.. Leceh tol la orang pompuan nih. Muka dia takyah citer la, memang ceria je kalau masok shopping mall. Aku je yang muka tensen. Arghh, nyesal giler kawin...

Kalau dulu masa belom kawin, rambut aku ni macam2 pesen la bleh buat.. Ala Korea bleh, ala Carles Puyol (Kapten Barcelona) pon bleh buat, tade orang sound. Tapi skarang, panjang sket je kene sound.. panjang sket je kene sound.. Dia kata x hensem la, x kemas la.. Tak potong kang dia tanak ironkan baju aku lak. Haisshh.

Ade satu hari tu, masa makan kat JUSCO, ade la sorang awek comel melintas depan kitorang. Aku pon terpandang awek tu tanpa niat (ikutkan tak berdosa la kan?..) ADEH!! Terus kena cubit peha aku dari bawah meja. Cemburu buta lak bini aku (mentang-mentang la aku hensem..). Ape lagi, menjerit la aku kat situ.

Maunye tak kuat, satu foodcourt tengok kitorang, termasuk awek tadi.. Arghh first time kot rasa malu giler camtu. Rasanye muka aku lagi merah dari sos cili atas meja. Sakit wooo bini aku cubit. Huhu.. Kesian la kat bakal anak-anak kami nanti. Haha..

Tapi yang bestnya, skarang aku dah xyah basuh baju, iron baju sendiri.. Sume dah ready made. Hehe. Bab-bab iron baju ni memang aku x berapa sket. Kalau dulu masa belom kawin, skali iron baju, sebulan aku pakai. Haha. Malas basuh sebab tanak iron lagi! (Oppss kantoi..). Pastu baju2 bergelimpangan atas katil. Aku memang suka tido atas kain baju ni (padahal malas kemas). Skarang... hehehe.

Lagi yang best, time aku demam ke, x sihat ke, rasa diri ni cam dihargai je.. Yela, kira ade orang take care la. Totalcare!! Hehehe.. Kalau masa belom kawin dulu pepandai la bawak diri kalau demam. Huhu, sadis3..

Pastu kan, skarang kehidupan aku kira tersusun la.. Maklum la dah ade 'PA'.. Kalau banding ngan dulu, hmm.. x produktif sangat la kehidupan aku. Sekali-sekali dia kejut aku bangun solat malam, kadang-kadang dia tegur kalau aku lama tak baca Quran.. Hmm sejuk hatiku. Maklum le kita ni bukan malaikat, iman turun naik. Jadi kena ade yang tolong ingatkan. Ini la pentingnya cari isteri yang solehah!

Buat isteriku yang comel dan tercinta

Terima kasih kerana marah kalau abang tido lambat

Boleh la abang bangun awal-awal pagi

Then kita solat Subuh sama-sama..

Tapi kalu abang tak bangun gak,

ayang cubit je pehe abang

abang xkan murka..

Lagi abang sayang ade la..

Buat isteriku yang comel dan tercinta

Terima kasih kerana jaga makan minum abang

Tengok skarang abang da nak gemok da

Takde la kurus je macam mula2 kawin dulu..

Ke memang nak abang jadi gemuk ni?

Ayang takut orang lain berkenan kat abang ek?

Jangan bimbang atau ragu okeh,

Cintaku hanya eksklusif untukmu sayang..

Buat isteriku yang comel dan tercinta

Terima kasih kerana tolong iron baju abang

Sebab abang memang allergic sket bab iron2 baju

Jangan risau la nanti abang potong rambut..

Skarang abang dah tak selekeh macam dulu

Rambut da kemas, baju da kemas, senyum memanjang

Hidup terurus, amal pon terjaga, badan pon berisi juge

Argghh, nyesal giler kawin LAMBAT!!!

(Ini cerita tade kaitan ngan penulis okeh. Penulis masih seorang yang selekeh)

Saturday, April 2, 2011

Maher Zain - Freedom



Gathered here with my family

…My neighbours and my friends

Standing firm together against oppression holding hands

It doesn’t matter where you’re from

Or if you’re young, old, women or man

We’re here for the same reason; we want to take back our land

Oh God thank you

For giving us the strength to hold on

And now we’re here together

Calling you for freedom, freedom

We know you can hear our call ooh

We’re calling for freedom, fighting for freedom

We know you won’t let us fall oh

We know you’re here with us

No more being prisoners in our homes

No more being afraid to talk

Our dream is just to be free, just to be free

Now when we’ve taking our first step

Towards a life of complete freedom

We can see our dream getting closer and closer, we’re almost there

Oh God thank you

For giving us the strength to hold on

And now we’re here together

Calling you for freedom, freedom

We know you can hear our call ooh

We’re calling for freedom, fighting for freedom

We know you won’t let us fall oh

We know you’re here with us

I can feel the pride in the air

And it makes me strong to see everyone

Standing together holding hands in unity

Shouting out load demanding their right for freedom

This is it and we’re not backing of

Oh God we know you hear our call

And we’re calling you for freedom, freedom

We know you can hear our call ooh

We’re calling for freedom, calling for freedom

We know you won’t let us fall oh

We know you’re here with us