BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, January 1, 2010

2010

sempena tahun 2010 ni..
biasenya org akan bercerita ttg azam..
tapi saya takkan cerita semua tu.
buang masa.
buang masa buat azam tapi tak lakukan.
so,we enjoy our life.haha.
ana nak buat satu sajak utk sahabat2.
especially utk kwn2 yg akan berpndah..
Enjoy!

Teman,aku ingin...
Teman tersayang,
Aku ingin kita menjadi seperti Abu Bakar Al-Siddiq,
Persahabatan dijalin kerana al-Khaliq,
Harta dikorban bukan sedikit,
Cintakan kebenaran , sanggup bersakit..

Serta tawakkal Ibrahim mulia,
ketika meninggalkan insan tercinta,
di bumi tandus tanpa bicara,
meyakini Allah sebagai Penjaga..

Aku impikan antara kita seorang Umar,
berdiri tatkala tunduknya manusia,
bersuara tatkala diamnya mereka,
serta menggerunkan musuh durjana...

Juga senyuman Syed al-Qutb,
ketika berhadapan dengan tali maut,
aqidah mantap tidak terrenggut,
roh dakwahnya tidak surut..

Aku ingin kita seteguh Ibnu Zubair,
menahan panahan Hajjaj dengan rela,
bersama si ibu tua,
lantas syahid,rohnya ke syurga..

Marilah kita menyemai benih Hassan al-Banna,
fikrahnya jernih , menggegar dunia,
merelakan tubuhnya dimamah peluru,
demi menegakkan kalam Allah dan Rasul..

Aku cintakan pemuda Giffari,
menentang kezaliman walaupun diancam,
moga kan lahir lagi di abad ini,
jiwa jitu pemuda yang tak pernah suram...

Aku ingin kita sepemaaf Yusuf,
Tetap mencintai saudaranya,
walaupun dihumban ke perigi tua,
terpisah dari ayahanda bertahun lamanya...

Aku ingin pusara kita harum mewangi,
bagai harumnya pusara Masyitah,
semerbak kasturi...

Aku ingin persahabatan indah ini,
bisa menjadi syafaat,
di Mahkamah Mahsyar nanti..

INSYA ALLAH..

3 comments:

byha said...

InsyaAllah. huu. sedeh aku nas.. huhu.

intanfarhana said...

biha, kte pun nak sedih jgak.
thanks kawan! :D

[anas.hisham] said...

yeah..
you're welcome..
jgn sdih2 ya kwn2..