BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, October 22, 2011

romantik

Bila aku teringat balik cerita ni, aku mesti tergelak sorang-sorang.

Alkisahnya, aku ni ditakdirkanlah kahwin dengan sorang mamat nih. Entah dari mana la datangnya. Mak aku yang suruh, dia kata budak ni baik la, alim la pandai la. Lepas tu terus kami kahwin. Masa first time kahwin tu, memang kucar-kacir jugak la rumah tangga kami. Dan yang aku paling tak tahan tu dia memang selalu saja buat aku sakit hati.Eiiiii… geramnya aku!!!

Mana taknya, aku basuh baju dia sekali la dengan baju aku. Then lepas basuh nak dijadikan cerita, ada lah pulak baju dia yang turun warna melekat kat baju aku. Haihhh… memang sakit hati. Baju baru kot, mahal lagi!!! Then bila aku tanya dia, kenapalah tak bagitau aku yang baju dia ada yang turun warna. Dengan slumber dia kata.. ”Lah… awat tak tanya…” Eiii… geramnya aku!!!

Selang beberapa hari, dia ada ajak aku pergi shopping. Ok, fine. Aku ikut je la. Weekend la katakan. Lepas tu nak jadi cerita, dia punyalah excited nak pergi shopping sampai aku kalih-kalih belakang.. dia hilang!!.. Aku cari gak dekat-dekat area situ kot2 ada tapi memang hampeh. Aku try call, tak angkat. Call lagi pun tak angkat. Huhh. Tension betul! Then, aku amik keputusan tunggu kat kereta je. Seminit… lepas tu dua minit… lepas tu…. SEJAM KOT!! Huhh. Memang sakit hati betul!! Then bila dia sampai dekat kereta, aku tanya, pergi mana? Kenapa call tak angkat??!! Yang aku tak tahan, dia dengan slumber jawab.. “Lah.. gi shopping la sayang… Owh, awak ada call ekk?? Alah, lupa nak bagi tau, terlupa bawa hanset… hehe..” Eiiii… geramnya aku!!!!

Seminggu lepas tu dia kata teringin nak makan masak ayam berempah dengan masak lemak cili api. Ok fine. Aku masak je. Tapi memang la aku ni tak la pandai masak sangat tapi bolehlah kalau setakat nak makan kan. Aku hidang bagi dia makan. Masa first time dia suap kat mulut tu aku bajet dia nak kata apa-apa. Tapi dia diam. Memang tak kata apa-apa pun sampai dia habis makan. Habis makan pun tak kata apa. Aku pun confius. Dia ni takde respons. Sedap ke tak?? Ehmmm.. kalau ikut aku la, aku rasa ok je lah. Tapi tak tau la orang yang makan nak kata apa.. Huhhh…..

Esoknya, time aku on the way nak balik dari tempat kerja, kereta aku plak buat hal. Tak boleh start. Panik gak la aku time tu. Malam dah ni, nak masuk Isyak dah. Haihh… Time aku balik kerja lewat-lewat lah kereta nak buat hal. Then, aku call dia. Yang aku tak boleh tahan tu. Dia dengan slumber kata.. “Lah awat la call saya… call la mekanik… ingat call saya kereta awak boleh jalan??….” Eiii… geramnya aku!!! Tapi dia datang jugak lepas tu. Ada lah dia check apa entah kat depan but tuh. Dan lepas start terus boleh… hmmm.. dalam hati aku kata, “Boleh la jugak mamat ni nak diharap. Mekanik kecil-kecilan, janji free”…

Satu hari, dia ada bagitau yang dia kena pergi outstation kat overseas. Dia kata pergi sekejap je. 2 MINGGU!! Hmm… aku memang no komen lah. Dia nak pi buat keja dia. Takkan nak kata tak boleh kot. Kerja arkitek biasalah. Busy la kot. Tapi memang agak sakit hati jugak lah. Boleh dia lesap macam tu je. Lepas-lepas naik flight, kot2 la dia nak call bagitau dah sampai ke, ada kat mana ke. Tapi memang hampeh!!. Langsung dia tak call!! Kot2 la nak bagi emel ke tapi memang tak de. Kosong inbox!!Eiii… geramnya aku!!!

Pagi tu aku basuh baju. Ok sekarang aku dah tau dah baju mana yang turun warna. Aku ambik satu persatu dalam bakul nak basuh. Sampai la aku jumpa bungkusan misteri dekat bahagian bawah baju-baju tu. Jeng3.. Huishh siap dengan surat lagi. Suratnya berbunyi begini:

Kehadapan isteriku, Semoga berada dalam keadaan yang sihat sentiasa. Jangan marah-marah ek.. hehe.. Saya bukannya apa, saja tulih surat nih.. Bosan… Tak tau nak buat apa… hihi Pertama sekali saya nak bagi tau lah. Mungkin awak tak kenal saya tapi saya kenal je awak. Sejak awak darjah 6 lagi kot!! Haha.. Ehawak tak ingat ke anak Pak Mail kawan ayah awak yang datang beraya kat umah awak time tuh??!! Masa tu saya nampak awak duk main masak-masak kat belakang umah… hahaha… Memang lucu sangat. Saya nampak awak macam ‘anak patung’. Comel sangat… Iskk.. Awak ni.. tak perasan ke?? Keduanya, sorry la pasal hal shopping tuh.

Memang saja je saya tak mau bawa hanset time tuh… hihi.. Takut terkantoi. Ye la saya pi cari baju awak kot!! Ingat baju yang awak kata terkena warna tuh?? Huh… memang tension. Susah betul nak cari. Memang patut la mahal dan memang patut la awak bengang satu hari… hihi… Ketiganya, pasal ayam berempah dengan masak cili api yang awak masak… hmm… Mesti awak bengang kan sebab saya takde respons… huhu… Sebab SEDAPPPP SAAANGAT sampai saya jadi tak terkata.

Eh, saya makan dalam masa 5 minit je kot. Ikut jam dinding kat rumah kita. Iskk..awak ni.. tak perasan ke?? Keempatnya time keta awak rosak… hmm. Awak tau tak saya CANCELLLL appointment saya dengan klien penting dari overseas sebab nak pergi kat awak??!! Lepas-lepas tu jenuh saya nak pujuk diorang balik. Tau tak saya langgar semua traffic light merah!! Baju saya basah dengan peluh masa saya sampai kat awak?? Iskk..awak ni.. tak perasan ke??

Tapi lepas saya tahu saya kena pergi outstation kt overseas. Saya lagi seronok. Happy gile sebab saya tau awak mesti rinduuu kat saya kan..kan2?? Saya memang saja je tak call awak…hihi… Tapi saya ok je. Saya rasa saya dah sampai dah kot lepas awak baca surat nih… “Wow, look at the Eiffel Tower!! Fuyoo!!! Cantik kot!! “ Hahahahahaaaaaaaa..jangan jeles..(^-^) Last but not least. Awak… awak jangan nakal-nakal ekk…sebab saya saaaaayang awak…

p/s: Try tengok sama tak dengan baju awak yang rosak hari tu “bungkusan” ni… hihi Love, Suamimu

Saturday, October 15, 2011

redha

hmm,
less than 4 days?
oh ha'a. lebih kurang macam tu lah..
kurang daripada 4 hari lagi, dia akan pergi ;(
memang sedih sebenarnya..

orang tu mungkin tak kisah.. tapi aku ni kisah sebenarnya..
cehh haha :) takpe la. biar dia tak tahu hati aku ni..
betapa kecewanya aku huhu.
boleh pulak pagi tadi, aku tahu dia online. tapi dia tak reply pn mesej aku.
dah lah tinggal lagi kurang daripada 4 hari untuk aku chat/message dgn dia.

nak buat macam mana ek? biar jelahh..
dia kan ramai lagi kawan. aku ni tak perlu dalam hidup dia..
memang hakikat kehidupan pun..
kadang2 kita rasa dia penting sangat buat kita, padahal dia tak buat kita macam tak ada je.
sepatutnya on la, atau paling tidak pun balas la mesej.

bukannya lama 4 hari tuh. pejam celik pejam celik, dah habis dah 4 hari..
then aku dah takde teman untuk chat/messages.
hmm? redha je lahh. just let you go, maybe it's the best way :)

moral ; hargai sahabat anda. anda mungkin sedih bila kehilangannya buat selama2nya? mungkin itu yang akan terjadi kot? who knows..

Friday, October 14, 2011

guru tulang belakang kejayaan, Allah penentu kejayaan

bismillah.

alhamdulillah tadi ada Jalinan Mesra.

ambik result percubaan spm masing2.

bila bab2 ambik result ni, teringat pulak dengan guru Sc aku waktu form 3.

Ustazah Hamizah namanya.


bila tengok2 setiap kali exam, mesti ada je yg 68 69, atau 78 79 (waktu pmr)

kita duk beriya2 nak mintak markah supaya jadi A, A-

maklumlah, kita nak score byk A kan..

kita rasa macam tak redha.. padahal waktu belajar, main2. waktu belajar tidur..

tak bersungguh langsung. tapi time dok dapat result, dok bersungguh2 nak mintak markah..


masa ni la aku teringat balik kata2 ustazah Hamizah.. time tu aku dapat science 79 B. aku pun nak mintak markah. ye lah, aku dah la tak terror science. tibe2 trial dapat B , 79 pulak tuh.. then dia cakap,

"kalau ustazah bagi awak 1 markah.. jadi A nanti awak cepat sangat puas hati. biarlah markah awk ni 79, nanti awk akan cuba bersungguh2 untuk dptkan A waktu PMR betul"


tersentak hati aku. mula2 memang tak boleh terima, ye lahh. tak salah an bagi je 1 markah tuh. dapat la A.

tapi apakan daya, Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya.

sampai sekarang , bila aku dapat markah macam tu, aku cuba terima seadanya.

macam trial ni, ada dua subjek macam tu ;(

satu subjek 68, satu lagi 69.. satu lagi 65 tu dah memang tak boleh nak mintak dah huhu.


so memang betul. bila kita dah selalu sangat berada di atas, kita akan rasa selesa. tapi bila mula jatuh ke bawah, kita akan rasa down (pada mulanya) dan terus melonjak ke atas dengan berusaha bersungguh2.

sebab tu la bila kita dengar orang2 yang berjaya ni, mesti ada waktu kegagalan dia..

zaman kejatuhan dia. sebagai contoh, Thomas Edison, pembuat lampu..

mula2 memang dia gagal. tapi setelah 99 kali mencuba, akhirnya kali ke 100 dia berjaya mencipta lampu.

penting tu lampu. kalau takde lampu, apa la agaknya yang terjadi sekarang ni? belajar waktu siang je la jawabnya.

malam terus tidur. mengharapkan cahaya bulan je lah.


MORALNYA : jangan cepat merasa selesa, kerana kegagalan mampu membuat anda tidak selesa. tetapi sentiasalah merasa ingin ke hadapan, dan bersyukurlah dengan apa yang anda peroleh. All The Best SPM candidates 2011 :D

Sunday, October 9, 2011

kakak2 dan adk2

kakak2 & adik2 skalian....nk tya sket,, :)
susah sgt ke nk cover aurat tu?
juz tutup smua aggota badan kcuali tangan & muka je..

kakak2 & adik2 skalian....nk tya sket,, :)
susah sgt ke nak pkai stokin?
kaki xde la bdaki tkena habuk & debu2 kat jalan..

kakak2 & adik2 skalian....nk tya sket,, :)
susah sgt ke nk pkai baju longgar2?
xde la risiko time nak duduk, kot2 tkoyak ke ape ke..

kakak2 & adik2 skalian....nk tya sket,, :)
susah sgt ke nak tutup rambut tu?
xde la org nmpak klu2 ada kutu ka, kelemumur ka...huhu
pling x, xde la kering sgt sbb kne sinar matahari..

kakak2 & adik2 skalian....

~u're so beautiful if u follow the Islam guide~

9.10.11

bismillah.
lama xupdate. cehh haha,
hari ni bertarikh 9.10.11
cantik betul tarikh ni.. tarikh cantik, tapi hati kian berdebar. ceh, spm dah nak dekat la.
ada lebih kurang dalam sebulan.
bila tolak sabtu ahad, makan minum main futsal bola.. ada dalam seminggu je lagi.
so kepada spm candidates 2011, sila get ready..
aku? belum ready lagi laa. tunggu je la nanti ada mood, ready je lah.

markah trial? teruk la. takde minat utk berkongsi.
yang pentingnya, kena improve sejarah,english dan akaun..
doakan, 11A+
May Allah Bless YOU.
All The Best, FriendS forever :D

Tuesday, October 4, 2011

Alhamdulillah

alhamdulillah..
kerinduan diubat dengan berapa ribu patah perkataan mesej :D
sangat puas hati tadi.
hehe.

fyi, sahabat itu lagi best dari awek !
serious. walaupun aku tak pernah ada awek.. tapi still, sahabat is the best !
"siqayah khairun minal ilaj"
-mencegah lebih baik daripada mengubati-

ni ayat yg aku like . ceh..

betapa berharganya orang disekeliling kita, semua tu nikmat. so, kena laa hargai semua benda.
bersahabat tu pon nikmat & ana taknak kehilangan nikmat tu.
takleh menyesal, mesti ada hikmah.

:) ni ayat sahabat hidup mati aku. cehh. haha


Sunday, October 2, 2011

bad day

T_T
arghh. Sabtu is the bad day for me.. semalam ya !
kisahnya? emm..
kwn aku ni, cerita macam lepas trial boleh la sikit2 online..
then aku tunggu laa.
tunggu punya tunggu, tak on jugak..

lepastu dia bg mesej ckp hari sabtu boleh on..
aku dah la lama gila xchat dgn dia ..
tibe2 hari sabtu, semalam/tadi.. dia x on pulak.
gile sedih.. serious sedih T_T
bukannya selalu dpt chat sekarang ni..

urghh, itu ok lagi.. malam, lepas belajar..
aku ckp ngan dia sesuatu.. then dia buat muka..
aaaaaaaa ! rasa mcm nak lempang je depan2..
I hate it. I told you before. org lain pun pandai berbual la depan2..
kalau tak nak senyum pun, takpayah buat muka la.
ok fine. lepas ni aku xckp ngan kau lg dah la..
kau pun xyah la nak ckp dgn aku lg. !@#$%^&* damn
bye..

kalau kau ckp ngan aku, tgk laa mcm mana aku buat.

mood : sakit gila hati aku ni! mana janji2 ?

Saturday, October 1, 2011

kata2 hikmah

jom share,

"ketatkan iman,longgarkan pakaian"

mari kita cuba amalkan.

mood : menunggu lagi ;( rindunya