BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, October 14, 2011

guru tulang belakang kejayaan, Allah penentu kejayaan

bismillah.

alhamdulillah tadi ada Jalinan Mesra.

ambik result percubaan spm masing2.

bila bab2 ambik result ni, teringat pulak dengan guru Sc aku waktu form 3.

Ustazah Hamizah namanya.


bila tengok2 setiap kali exam, mesti ada je yg 68 69, atau 78 79 (waktu pmr)

kita duk beriya2 nak mintak markah supaya jadi A, A-

maklumlah, kita nak score byk A kan..

kita rasa macam tak redha.. padahal waktu belajar, main2. waktu belajar tidur..

tak bersungguh langsung. tapi time dok dapat result, dok bersungguh2 nak mintak markah..


masa ni la aku teringat balik kata2 ustazah Hamizah.. time tu aku dapat science 79 B. aku pun nak mintak markah. ye lah, aku dah la tak terror science. tibe2 trial dapat B , 79 pulak tuh.. then dia cakap,

"kalau ustazah bagi awak 1 markah.. jadi A nanti awak cepat sangat puas hati. biarlah markah awk ni 79, nanti awk akan cuba bersungguh2 untuk dptkan A waktu PMR betul"


tersentak hati aku. mula2 memang tak boleh terima, ye lahh. tak salah an bagi je 1 markah tuh. dapat la A.

tapi apakan daya, Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya.

sampai sekarang , bila aku dapat markah macam tu, aku cuba terima seadanya.

macam trial ni, ada dua subjek macam tu ;(

satu subjek 68, satu lagi 69.. satu lagi 65 tu dah memang tak boleh nak mintak dah huhu.


so memang betul. bila kita dah selalu sangat berada di atas, kita akan rasa selesa. tapi bila mula jatuh ke bawah, kita akan rasa down (pada mulanya) dan terus melonjak ke atas dengan berusaha bersungguh2.

sebab tu la bila kita dengar orang2 yang berjaya ni, mesti ada waktu kegagalan dia..

zaman kejatuhan dia. sebagai contoh, Thomas Edison, pembuat lampu..

mula2 memang dia gagal. tapi setelah 99 kali mencuba, akhirnya kali ke 100 dia berjaya mencipta lampu.

penting tu lampu. kalau takde lampu, apa la agaknya yang terjadi sekarang ni? belajar waktu siang je la jawabnya.

malam terus tidur. mengharapkan cahaya bulan je lah.


MORALNYA : jangan cepat merasa selesa, kerana kegagalan mampu membuat anda tidak selesa. tetapi sentiasalah merasa ingin ke hadapan, dan bersyukurlah dengan apa yang anda peroleh. All The Best SPM candidates 2011 :D

No comments: