BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, March 18, 2010

Warkah Ke Syurga

Assalamualaikum.
Dengan Nama Allah yang Maha pemurah Lagi Maha Penyayang..

Sering kutitipkan doa agar kita semua sentiasa berada di bawah payungan rahmat dan HidayahNya yang Maha Esa.

Dalam kekalutan dunia pada ketika ini..
daku amat berharap agar Allah sudi mengampunkan dosa kita semua..
dalam keadaan manusia tidak lagi takut kepada tuhannya..
dalam keadaan manusia tidak lagi dapat membezakan antara yang hak dan yang batil..
dan dalam keadaan manusia tidak lagi dapat membezakan yang mana pahala dan yang mana dosa..
Moga-moga doa yang selalu kita pohon dimakbulkan olehNya..
Walaupun dalam kehidupan seharian kadang kala kita lupa kepadaNya,
dan kadang kala kita ingat kepadaNya,
tapi yang pasti terlalu banyak masa kita habiskan bukan untukNya..

Buat permata Islam ,
yang sudah tentu dikasihi Allah dan dirindui Nabi..
Sesungguhnya Islam itu bukan sekadar agama..tetapi ia adalah cara hidup kita..
Sama ada cara kita berpakaian,bertutur,belajar,bekerja,
atau dengan perkataan yang lebih mudah , bermula kehidupan kita daripada bangun tidur sehingga kita tidur kembali...
semuanya Allah telah gariskan untuk kita..
Hatta sebelum kita lahir sehinggalah kita ditempatkan di dalam liang lahad..
Islam telah mengajar caranya..

seringkali kita mendengar sabda Rasulullah yang bermaksud ,
" Islam itu tinggi , tiada yang lebih tinggi darinya "

tetapi sayang sama sekali ,
kita yang merendah-rendahkannya,
kita menjauhkan diri darinya,
bahkan kita malu apabila Islam itu menjadi identiti diri kita..
kita lalai dengan kehidupan kita,
sehingga kita menyangka bahawa dunialah syurga yang kekal abadi untuk kita..
sehingga kita lupa , Allah yakni Tuhan yang Maha Esa sedang memerhatikan kita..

Kita tahu adanya Allah tetapi kita melanggar perintahNya..
sombongnya kita kerana kita lupa kepada Pemberi segala nikmat sehingga kita menjadi orang yang kufur kepadaNya..
Kita tahu benarnya Al-Quran tapi kita tidak mengambil pengajaran darinya..
kita juga tahu adanya dosa dan pahala , bahkan kita tahu adanya Syurga dan Neraka..
tapi kita masih tidak mempedulikan perintah Allah s.w.t. Yang Maha Kuasa..

Buat mutiara Islam ,
yang InsyaAllah akan terus bergemerlapan di Bumi Allah..
Prof Dr.Hamka pernah berkata ..

" Kita boleh menghitung usia kita yang telah kita gunakan..tetapi kita tidak boleh menghitung berapa lagi usia kita yang masih tinggal "

Persoalannya , bagaimana persediaan kita apabila usia yang terkandung di dalam jasad kita sudah habis digunakan??

Masihkah dikau ingat akan firman Allah dalam hadith QudsiNya yang bermaksud ,

Daripada Abu Hurairah r.a.
Aku sesuai dengan dugaan hambaKu kepadaKu
Dan Aku bersama dengannya..
ketika dia ingat kepadaKu..
Jika dia ingat kepadaKu di dalam hatinya..
Aku akan mengingatinya di dalam hatiKu..
Dan jika dia ingat kepadaKu
dalam lingkungan khalayak ramai..
nescaya Aku juga akan mengingatinya
dalam lingkungan khalayak ramai yang lebih baik..
Dan jika dia mendekatiKu sejengkal
Aku akan mendekatinya sehasta..
Dan jika dia mendekatiku sehasta
nescaya , Aku akan mendekatinya sedepa..
Dan jika dia datang kepadaKu berjalan..
maka , Aku akan mendatanginya dengan berlari..

Hadith Riwayat Syaikhani dan Tarmidzi

Sebesar bukit Uhud sekalipun dosa yang kita lakukan ,
Sesungguhnya Allah s.w.t. masih mengampunkan dosa kita..

Oleh itu , kembalilah kepadanya..
Andaikata hidup ini telah jauh dari landasan yang telah ditentukan olehNya..
Sesungguhnya kasih sayang Allah membatasi kasih sayang seluruh makhlukNya.

Setakat ini sahaja nukilanku Buatmu..
Ku mohon sejuta kemaafan andaikata bicaraku sebentar tadi mengguris hatimu..
Sesungguhnya daku tidak sekali2 bermaksud untuk melukai hatimu..
Semoga dirahmati dan diberkati Allah..
Bertemu lagi,
kalau tidak di dunia..
InsyaAllah di taman syurga nanti..

Wassalam

Dedicate to all my friend..
tak kira laki dan perempuan~