BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, August 29, 2011

muhasabah ramadhan










Ramadhan masih berbaki. 10 hari terakhir belum berakhir. Mari lakukan pecutan terakhir. Bak kata pepatah Arab : "Kuda yang terbaik memecut ketikamana ia menghampiri garisan penamat"

race is still on. iftarnya ialah hari raya :D
"....agar kamu bertakwa"

bismilah.

tinggal lagi beberapa minit je lagi kita akan masuk bulan syawal.
ramadhan bakal meninggalkan kita.. sedangkan langit dan seluruh isi bumi ini menangis tatkala ramadhan meninggalkan kita, inikan pula..
apa perubahan yang kita dah lakukan selama sebulan berpuasa? 29 hari berpuasa.

azam kita untuk berubah. macam mana ?
Ramadhan.. bermulanya sebuah perubahan :)
moga2 kita berubah dari yang buruk kepada baik..
insya Allah.

apa yang aku dpt ek ramadhan ni?
well. tahun ni lebih kurang tahun pmr.
ada buku sebelah kiri. quran sebelah kanan..
dalam erti kata lain, dua2 kene buat.
tanggungjawab sebagai 'abid. dan tanggungjawab sebagai pelajar..
takde la sama sangat dengan waktu aku f3.
sebab dlu naik raya je dalam beberapa minggu je pmr sebenar.
tahun ni naik terus percubaan spm.

so relaks dulu, percubaan ni untuk uji sejauh mana kita ready untuk spm..
dua2 aku kena buat. ibadah pun kene.. belajar pun kene.
ramadhan kali ni aku dapat dua2 tuhh . alhamdulillah.
khatam? sekali je kot rasanya. tapi dapat belajar banyak daripada alquran.
dapat la sikit2 mentadabbur alquran.
"tidakkah kamu mentadabbur alquran...."

dalam kita beribadah, tak lupa jugak untuk tunaikan tanggungjawab sebagai pelajar.
aku belajar jugak. ye lah , nak exam kan. takkan nk lepak2 je..
biar kita susah2 sekarang. kita tinggalkan semua sekarang, game fb dan semua yang buang masa.
tinggal sekarang. lepas spm nnt before masuk u kan boleh buat semua tu..
puas2 pun takpe.

apa lagi ye?
ukhuwah. ye. ramadhan ni la waktu kita berkumpul..beriftar bersama. usrah bersama.
ada banyak iftar bersama tahun ni.
first, of course la kan dengan family. then dengan ahli usrah(dlu) , dengan batch. dengan ahli tuisyen.
dgn sahabat2..
best sgt. dapat la berkongsi2 ilmu.
dengan usrah lama. naqib lama, abang Talhah. banyak berkongsi masalah dan cerita2 di universiti.
best sgt ! serious bnda ni dah tak dpt dalam bulan lain.. bulan lain takde suasana berpuasa walaupun kita berpuasa.
tak dapat la suasana ramadhan tuh.

ada lagi? ya .. iktikaf. 10 malam terakhir. alhamdulillah, dapat beriktikaf.
walaupun ada sekali tu tak iktikaf sebab tertidur. sorry Talhah :)
iktikaf kt utm mmg rasa la..
bayangkan dalam 2 pg dah ramai bangun solat. macam tarawih punya suasana.
alhamdulillah subhanallah.

then.. tarawih. serious seronok. kalau la suasana masjid hari2 macam bulan ramadhan..
subhanallah. best.
alhamdulillah , masya Allah..
subuh penuh, zuhur penuh, asar penuh, maghrib penuh, isya' penuh tarawih penuh..
memang dapat la suasana ramadhan tuh.
kalau hari2 subuh macam ni, mmg kita akan dpat kalahkan Yahudi .
alhamdulillah

last ! aku memang bersyukur dpt merasai ramadhan kali ni. Alhamdulillah.
jangan kerana sehari berhari raya, rosak hati hasil didikan sebulan :)
mari istiqamah. jangan masuk hari raya je solat mula lambat, maksiat mula buat.
dan lain2..

"....Bawalah bekal, kerana sesungguhnya sebaik2 bekal adalah takwa..........."
Albaqarah : 197

Barikillahumma lana fi Syahri Ramadhan .
sedih.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri .
Maaf Zahir Batin kepada mereka yang telah saya sakiti. Harap Ampun.
Kullu Am , wa antum bikhair..


Friday, August 26, 2011

kecewa

i'm sorry. i'm disappointed ;(


salam.
pernah tak rasa kecewa?
rasanya takde org yang tak pernah rasa kecewa dalam hidup dia.
paling kurang pun, mesti ada sekali dia kecewa dalam hidup dia.
tipu lah kalau kata takde perasaan kecewa dalam diri..

ni la yang aku rasa baru2 ni.
semalam hari khamis.
aku ngan ahli usrah berbuka di sekolah.
naqib(ketua usrah) aku ambik aku kat rumah.
nama dia Talhah. dengan hanya berbekalkan kurma di tangan,
hp di poket.. aku gerak pergi sekolah.
then, makan minum solat2 sampai habis tarawih..
lepas tu ada usrah. buat pengisian sikit.
memang best la. rindu usrah lama :D
dah lama tak berkumpul sama2. sebab sekarang ni semua dah jd qiyadah kat sekolah.
aku je yang masih mengekalkan posisi sebagai pelajar biasa.
maklum la naqib hebat, anak buah mesti hebat2.

aku pun nk balik rumah. aku mcm malas nak susahkan ayh aku ambik kat sekolah.
jauh kot. aku mintak la Talhah tolong hantarkan. tapi macam xbagus la kan.
so ajak la dia i'tikaf sekali di UTM.
rancang punya rancang, dia pun setuju.
so ada la kawan2 aku yang nak ikut jugak.
tapi Talhah bertolak lambat dalam pukul 12..
aku pun lepak sekolah sementara tunggu dia.
dia nak jumpa member dia kot. then kwn aku ni ajak pergi rumah dia.
aku yang masih penat ni pun ikut la.
ikut smpai rumah dia. lepas tidur. ingatkan nak suruh dia kejut.
lepas tu dia tertidur jugak sama macam aku.
bila tersedar. bangun2 je dah pukul 4. Astaghfirullah..
tgk hp je, ada mesej (tak ingt brape tp byk la)
then ada 12 misscalled dr dia.. hehe,
punya la kecewa.. dah la jumaat(tadi) sekolah kan..
tak bawak apa2.. adoii =(
syukur la abg aku keje kat Sekolah rendah tuh.
Alhamdulillah. dapat tolong bawakkan baju.

yang kedua..
dalam bulan Ramadhan jugak la..
ada la seorang member aku ni.
memang rapat la. kamceng bak kata org sekarang ni.
rapat tak terkata la. tapi entah la , takde la rapat sangat sebenarnya.. hehe
puasa ni sebulan.
so dia macam janji la nak bagi barang kat aku.
macam je la. aku pun berharap laa betul2 dia bagi.
tapi macam hampa je kan?
sebabnya.. dia kata tu first week dalam bulan ni.
dia kata nak bagi akhir jumaat sebelum cuti sekolah..
maksudnya hari ni la.
tapi hampa, tak dapat pun :(
sebab tadi memang tak jumpa pun dalam kelas or kat mana2.
tapi seminggu sebelum aku dah ingatkan dahh.
memang ingatkan dia sebab tahu dah hari ni memang susah nak jumpa..
so ada masa seminggu ni boleh je bagi sebenarnya.
tapi entah lah kenapa dia..
dia kata macam ni selalu kat aku "there's always a reason"
so bersangka baik je la. mesti ada reason kan..
haihh :( kecewa betul sebenarnya.. tapi apakan daya.
aku dah berjanji pada diri tak nak berharap pada dia lagi..
tak nak paksa dah. tak nak mintak dah. so, we have to accept it.

***


exam dah dekat. buku pun selalu je kat tangan.
ye la, bak kata org, kita kena buat2 macam rajin.
at least nampak la kita ni berusaha untuk berjaya.
walaupun sebenarnya kita tak berusaha keras, tapi sekurang2nya ada la usaha untuk berjaya tu.

then aku suka baca buku PQS.
sekali tu aku baca tajuk ADAB BERSEDEKAH DAN MEMBERI HADIAH.
so aku pun rasa macam nak korek2 balik isi almari aku.
banyak betul hadiah yang aku dapat sebelum2 ni.
ada coklat, ada keychain, ada macam2 lagi.
surat2 tu tak payah cerita la. benda biasa. ucapan biasa..
tp, aku berharap sgt dapat hadiah yang boleh kita guna..
contohnya, kain pelikat. aku memang nak sangat orang hadiahkan aku..
tapi apakan daya.

tau tak kenapa aku suka kalau org hadiahkan kain pelikat?
for sure, dia akan dapat pahala.
tapi pahala yang berpanjangan tu yang kita nak..
bila setiap kali aku pakai pergi masjid, surau, atau mana2 yang aku akan buat kerja baik...
insya Allah dia akan diganjari dengan pahala..
so kalau kain tu tahan lama?
dan hari2 aku pakai...? macam mana? mesti banyak kan pahala pemberi tu..

so conclusionnya, berilah barang yang punya manfaat berpanjangan.
hadiah itu pemberian secara ikhlas. jadi jangan meminta.

kecewa kerana kebaikan, memberi manfaat. kecewa kerana bercinta, buruk padahnya :)

Thursday, August 25, 2011

apa itu cinta?`


Adakah tapak tangan kita berpeluh, hati kita berdebar
kencang dan suara kita tersekat di dada?Itu bukan Cinta, itu SUKA.

Adakah kita tidak dapat melepaskan pandangan mata
darinya? Itu bukan Cinta, itu NAFSU.

Adakah kita menginginkannya kerana kita tahu ia ada di
sana? Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.
Adakah kita mencintainya kerana itulah yang diinginkan
semua orang? Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN

Adakah kita tetap mengatakan kita menyintainya kerana
kita tidak ingin melukai hatinya? Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.

Adakah kita menjadi miliknya kerana pandangan matanya
membuat hati kita melompat? Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.

Adakah kita memaafkan kesalahannya kerana kita
mengambil berat tentangnya? Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.

Adakah kita mengatakan padanya bahawa setiap hari
hanya dia yang kita fikirkan? Itu bukan Cinta, itu DUSTA.

Adakah kita rela memberikan semua perkara yang kita
senangi untuk kepentingan dirinya? Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.

Tetapi…

Adakah kita tetap bertahan kerana campuran antara
sakit dan gembira yang membutakan dan tak terfahami … menarik kita mendekati dan tetap bersamanya? ITULAH CINTA.

Apakah kita menerima kesalahannya kerana itu bahagian
dirinya dan siapa dirinya? Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kita tertarik dengan orang lain tapi setia
dengannya tanpa penyesalan? Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kita menangis kerana kesakitannya walaupun saat
itu dia kuat? ITULAH CINTA.

Adakah hati kita sakit dan hancur ketika dia bersedih?
ITULAH CINTA.

Adakah hati kita gembira ketika dia berbahagia?
ITULAH CINTA.

Adakah matanya melihat hati kita dan menyentuh jiwa
kita begitu mendalam sehingga menusuk? Yang demikian itulah namanya CINTA

Thursday, August 18, 2011

perasaan


bismillah ,
allahumma bariklana wasallimna fi syahrI ramadhan birahmatika ya arhamarrahimin
(ya Allah, berkati dan berilah kesejahteraan kepada kami di bulan ramadhan dengan belas kasihanmu wahai tuhan yang pemurah lagi penyayang)

perasaan itu bercampur baur.
kadangkala kita sedih, kadangkala kita gembira.
ada masa kita sedih, ada masa kita gembira,
itulah hidup bersahabat.

dalam bersahabat, ada masa kita sedih, ada masa kita gembira.
aku tersenyum , tapi bukan bermakna aku sentiasa gembira.
aku menangis , tapi bukan selalunya membawa maksud aku sedih.
kadangkala senyum , tapi hatiku menderita
kadangkala aku menangis tetapi hati aku gembira.

aku rasa... bosan bila macam ni.
bosan bila kawan dah tak nak bergurau dengan kita.
secara jujur, mana ada orang boleh hidup tanpa permintaan,
tanpa paksaan, tanpa ajakan atau apa2 lahh.
dalam berkawan kadang2 kita kena minta.
kadang2 kita kena paksa. kadang2 kita kena ajak.
tapi kawan aku tuh dah xboleh terima bende ni.
so xpelah.
aku dah xberani nak buat semua tu. sorry ya

sedih jugak.
em , sekarang. memang susah la nak chat dengan dia.
bila aku dah on, aku xboleh nak ajak
tapi kalau dia dah on, mustahil laa dia nak ajak aku.
sebenarnya tak mustahil. tapi lepas dah berlaku pergaduhan kecik hari tu,
mesti dia dah serik nak ajak aku on..

hanya sekadar coretan hati.
aku hanya ada fb dan blog untuk menulis.
tapi tak manis untuk tulis dekat fb.

*kadang2 kita marah, sebab kita nak rapat dengan dia.
kadang2 kita marah, sebab kita sayangkan dia.
kadang2 kita marah, hanya nak bergurau.

May Allah bless our friendship ;(
*hati yang sangat menderita*

tanpa kawan, siapalah kita. tanpa kita, siapalah kawan.
tanpa kedua2 apalah itu persahabatan.. sesungguhnya saya sangat menyayanginya.
sesungguhnya aku nak macam dlu :D
selalu bergurau. saling bermaafan.

kalau AWAK terbaca ni, jangan lupa maafkan saya.
jangan lupa untuk ajak saya on :D (harapan gila)

Sahabat Yang Beriman Ibarat Mentari Yang Menyinar. Sahabat Yang Setia Bagai Pewangi Yang Mengharumkan.

Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy’ari, bermaksud:

“Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”

Tuesday, August 16, 2011

no more request

hmm ,
susah ek ?
tapi takpe. tak request pn boleh hidup.
tak paksa pun boleh hidup.
insya Allah.
kalau orang taknak , takkan kita nak paksa.
kalau orang tak bagi, takkan kita nak minta.
betul tak ?

ye. pengalaman mengajar erti kehidupan.
so takpe. lepas ni takde minta2 , takde paksa2 , takde suruh2.
hidup tanpa minta2 org pun boleh , tanpa paksa2 pun boleh.
:)
senyum.

tapi. Sangat berharap awak cakap kat saya mcm ni.
"You can ask me to do anything but depends on my ability"

tapi kan , orang cakap. jangan berharap benda yang mustahil.
so , bye2.

Sunday, August 14, 2011

Perancangan Dan Kejayaan

Hari demi hari berlalu. Terasa waktu berjalan sederas air sungai, selaju cahaya. Tinggal lebih kurang 2 minggu lagi , calon SPM Negeri Johor akan menduduki peperiksaan percubaannya. Tanggal 5hb September, calon SPM Negeri Johor akan menduduki kertas pertamanya iaitu Pendidikan Al-Quran As-Sunnah (bagi yang mengambil sahaja).

Penulis juga merupakan calon SPM 2011. Hari ini penulis akan berkongi serba sedikit tentang perancangan dan kejayaan dalam kehidupan. Penulis pernah berjaya, pernah juga gagal. Hakikatnya , kegagalan itulah yang mengajar erti kita berusaha, gigih dan tabah ke arah kejayaan. Tanpa kegagalan , manusia tidak akan pernah mengerti erti kesyukuran. Bayangkan mereka yang tidak pernah gagal (walaupun mustahil) , sepanjang umurnya diselimuti dengan kejayaan. Adakah mereka akan merasa bersyukur?

Mari ikuti kisah ini. Kisah benar yang berlaku pada diri penulis sendiri.

Bermula sekolah di sebuah sekolah di Johor, penulis mula belajar erti sebuah kehidupan. Peperiksaan , belajar , ujian silih berganti. Apabila tiba waktu peperiksaan , penulis seringkali berjaya. Namun, ujian Allah itu Maha Hebat, penulis jatuh dalam lubang kegagalan ketika berada di darjah 4 , 5 dan 6 ..

Penulis boleh dikatakan hebat dalam pelajaran Matematik dan Bahasa Arab (ketika di sekolah rendah). Ujian Maha Hebat menimpa penulis apabila seringkali berjaya ketika berada di tahun 1, 2 dan 3.. Umur kian menginjak dari hari ke hari. Penulis tidak pernah mendapat gred B untuk subjek Matematik. Namun , pada Peperiksaan Semester 2 iaitu peperiksaan terakhir buat semua murid, penulis jatuh ke dalam lubang kegagalan. Dengan tidak disangkanya, penulis jatuh gred dan akhirnya mendapat gred D(tidak lulus bagi sekolah penulis).

Kegagalan berjaya diharungi dengan gigih. Usaha demi usaha dilakukan. Usahanya dibalas dengan kejayaan ketika berada di tahun 6. Kertas 2 Matematik tidak pernah bawah daripada 37/40. Mungkin para pembaca lebih hebat berbanding penulis. Namun yang ingin diceritakan bukan kehebatan, tetapi kegigihan , perancangan dan doa serta tawakkal itu membawa sebuah kejayaan yang manis.

Cerita di atas merupakan kisah yang seringkali berlaku dalam mana-mana jenis orang. Seorang pelajar cemerlang seperti Nik Nur Madihah juga pernah gagal. Mungkin bukan gagal dalam pelajaran. Kegagalan itu luas. Tanpa kegagalan, mereka takkan pernah kenal erti kejayaan :D

Pernahkah anda terfikir bagaimana bangunan berkembar Petronas itu terbina ? Sudah tentu bermula dengan sebuah fikiran seorang manusia. Dengan fikiran itu , maka idea itu dilontar dan dilakar di atas sebuah kertas yang dikenali sebagai perancangan. Kertas itu diberikan kepada arkitek dan seterusnya idea itu dipindah kepada buruh dan akhirnya terbinalah sebuah bangunan.

Begitu juga dengan kita sebagai seorang pelajar , setiap apa yang bakal dilakukan , harus dirancang. Jika perancangan itu gagal, tidak mengapa. Semuanya perlu diserahkan kepada yang Maha Merancang. Kita merancang, Allah juga merancang. Allah sebaik2 perancang.

insya Allah.
Kejayaan itu takkan datang tanpa perancangan. Kejayaan bermula dengan kegagalan :D
All the best SPM candidates.


sahabat lebih mahal dari emas.

memang tak ada lelaki seperti aku,
tapi yang lebih baik banyak.

memang tak ada lelaki sehebat aku,
tapi yang lebih hebat banyak.

Maka kau tak perlu susah hati kerana di sana ada ramai lelaki yang bisa kau jadikan kawan

bismillah

hmm , sedih kan kalau kita berharap . tapi harapan tu tinggal harapan yang takkan menjadi kenyataan.

sebenarnya boleh je nak jadikan kenyataan , tapi bergantung pada diri orang "tu"
tapi nak buat macam mana , hakikat kehidupan mengatakan .. kita tidak boleh memaksa seseorang itu untuk melakukan itu dan ini , semua bergantung kepada diri masing2.

asas dia kemahuan je sebenarnya. kalau kita nakkan sesuatu benda ni berlaku , boleh je berlaku.
tapi dengan syarat kemahuan la .
keputusannya hanya Dia yang layak menentukan.
kita nak perkara ni berlaku , tapi kita tak nak pun usaha agar benda tuh berlaku.

memang la manusia ni pelupa.
sebab tu ada yang mengingatkan.
memang la manusia ni tak sempurna ,
sebab tu ada yang menasihat .
memang la manusia sering buat salah ,
sebab tu wujudnya perkataan insaf.

SAHABAT YANG BAIK ITU BUKAN MEREKA YANG SERING BERDAMPING DENGANMU , TAPI SAHABAT YANG BAIK ITU LAH YANG SERING MENUNJUK KESALAHAN KITA DIKALA KITA MELAKUKAN KESALAHAN.

yang baik diambil , yang buruk dijadikan teladan.

suka hati :D

kerana kita manusia , kita masih belum sempurna.
kerana kita belum sempurna , kita perlu berusaha.
kerana kita berusaha , kita perlu berdoa.
kerana kita berdoa , kita perlu bertawakkal.

*saya sayang sahabat saya.
minta maaf andai kelakuanku mengguris hatimu.
maafkanku andai kata-kataku menusuk kalbumu.

Astaghfirullah. Ramadhan ni tak baik bergaduh :D

Wanita : Beringatlah. Syurga itu Benar. Neraka itu Benar. Azab itu juga benar !


Ini adalah kisah benar tentang seorang pramugari yang koma semasa berada di tanah suci Mekah..Ikuti kisah yang saya dapat ini daripada seseorang yang mengemelkan saya..Kredit kepadanya untuk cerita ini..(^^,)...Diharap cerita ini dapat menjadi teladan kepada semua...


Artikel dari Hj.Mazlan Hj.Nasron. Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah dan membantu ayah saya menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik.

Walaubagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.

Ianya berlaku kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan 30-an. Kejadian itu berlaku pada pertengahan 1980-an semasa saya menguruskan satu rombongan haji. Ketika itu umur saya baru 20 tahun dan masih menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah. Kebetulan ketika itu saya balik ke Mekah sekejap untuk menghabiskan cuti semester.

Saya menetap di Mekah mulai 1981 selepas menamatkan pengajian di Sekolah Agama Gunung Semanggol, Perak. Keluarga saya memang semuanya di Mekah, cuma saya seorang saja tinggal dengan nenek saya di Perak.

Walaupun masih muda, saya ditugaskan oleh bapa saya, Haji Nasron untuk menguruskan jemaah haji dan umrah memandangkan saya adalah anak sulung dalam keluarga.

Berbalik kepada cerita tadi, ketibaan wanita tersebut dan rombongan haji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji. Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar hinggalah kami sampai di Madinah.

Tiba di Madinah, semua orang turun daripada bas berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wanita terbabit. Tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecah bumi Madinah, tiba-tiba wanita itu tumbang tidak sedarkan diri.

Sebagai orang yang dipertanggungjawabkan mengurus jemaah itu, saya pun bergegas menuju ke arah wanita berkenaan.

"Kakak ni sakit," kata saya pada jemaah-jemaah yang lain.

Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas. Semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku.

"Badan dia panas dan menggigil. Kakak ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya, kita bawa dia ke hospital," kata saya.

Tanpa membuang masa, kami mengangkat wanita tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang terletak tidak jauh dari situ. Sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan masing-masing. Sampai di hospital Madinah, wanita itu masih belum sedarkan diri. Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal. Sehinggalah ke petang, wanita itu masih lagi koma.

Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya terpaksa meninggalkan wanita tersebut terlantar di hospital berkenaan. Namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui perkembangan wanita tersebut. Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri. Selepas dua hari, wanita itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu.

Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wanita itu dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatan lanjut sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding hospital Madinah. Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil. Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji.

Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah. Malangnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa wanita tersebut masih koma. Bagaimanapun, kata doktor, keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya di hospital.

Selepas dua hari menunggu, akhirnya wanita itu membuka matanya. Dari sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya. Sebaik saja terpandang wajah saya, wanita tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak- esak. Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan muhrimnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis?? Saya bertanya kepada wanita tersebut;

"Kenapa kakak menangis?"

"Mazlan.. kakak taubat dah Lan. Kakak menyesal, kakak takkan buat lagi benda-benda yang tak baik. Kakak bertaubat, betul-betul taubat."

"Kenapa pulak ni kak tiba-tiba saja nak bertaubat?" tanya saya masih terpinga-pinga.

Wanita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu. Seketika kemudian dia bersuara, menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua. Katanya ;

"Mazlan, kakak ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi kakak silap. Kakak ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja. Ibadat satu apa pun kakak tak buat. Kakak tak sembahyang, tak puasa, semua amalan ibadat kakak dan suami kakak tak buat. Rumah kakak penuh dengan botol arak. Suami kakak tu kakak sepak tendang, kakak pukul-pukul saja," katanya tersedu-sedan.

"Habis yang kakak pergi haji ini?"

"Yalah...kakak tengok orang lain pergi haji, kakak pun teringin juga nak pergi."

"Jadi apa sebab yang kakak menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang kakak alami semasa koma?" tanya saya lagi.

Dengan suara tersekat-sekat, wanita itu menceritakan ;

"Mazlan...Allah itu Maha Besar, Maha Agung, Maha Kaya. Semasa koma tu, kakak telah diazab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah kakak buat selama ini.

"Betul ke kak?" tanya saya, terkejut.

"Betul Mazlan. Semasa koma itu kakak telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada kakak. Balasan azab Lan, bukan balasan syurga. Kakak rasa seperti diazab di neraka. Kakak ni seumur hidup tak pernah pakai tudung.Sebagai balasan, rambut kakak ditarik dengan bara api. Sakitnya tak boleh nak kakak ceritakan macam mana pedihnya. Menjerit-jerit kakak minta ampun minta maaf kepada Allah."

"Bukan itu saja, buah dada kakak pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini, putus, jatuh ke dalam api neraka. Buah dada kakak rentung terbakar, panasnya bukan main. Kakak menjerit, menangis kesakitan. Kakak masukkan tangan ke dalam api itu dan kakak ambil buah dada tu balik", tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wanita itu terus bercerita.

Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari. Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih. Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya ;

"Hari-hari kakak diseksa. Bila rambut kakak ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala. Panasnya pula menyebabkan otak kakak terasa seperti menggelegak. Azab itu cukup pedih, pedih yang amat sangat, tak boleh nak diceritakan."

Sambil bercerita, wanita itu terus meraung, menangis teresak-esak. Nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu. Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya. Begitu sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar.

"Mazlan...kakak ni nama saja Islam, tapi kakak minum arak, kakak main judi dan segala macam dosa besar. Kerana kakak suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa tidak sedarkan diri itu kakak telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam. Tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja. Tapi kakak perlu makan buah-buah itu sebab kakak betul-betul lapar."

"Bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong kakak dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut kakak. Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita. Habis saja buah-buah itu kakak makan, kakak diberi pula makan bara-bara api. Bila kakak masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan kakak rasa seperti terbakar hangus. Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan kepanasannya.

Selepas habis bara api, kakak minta minuman, tapi kakak dihidangkan pula dengan minuman yang dibuat daripada nanah. Baunya cukup busuk. Tapi kakak terpaksa minum sebab kakak sangat dahaga. Semua terpaksa kakak lalui, azabnya tak pernah rasa, tak pernah kakak alami sepanjang kakak hidup di dunia ini."
Saya terus mendengar cerita wanita itu dengan tekun. Terasa sungguh kebesaran Allah.

"Masa diazab itu, kakak merayu mohon kepada Allah supaya berilah kakak nyawa sekali lagi, berilah kakak peluang untuk hidup sekali lagi. Tak berhenti-henti kakak memohon. Kakak kata kakak akan buktikan bahawa kakak tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu. Kakak berjanji tak akan ingkar perintah Allah, akan jadi umat yg soleh. Kakak berjanji kalau kakak dihidupkan semula, kakak akan tampung segala kekurangan dan kesilapan kakak dahulu, kakak akan mengaji, akan sembahyang, akan puasa yang selama ini kakak tinggalkan."

Saya termenung mendengar cerita wanita itu. Benarlah, Allah itu Maha Agung dan Maha Berkuasa. Kita manusia ini tak akan terlepas daripada balasannya. Kalau baik amalan kita maka baiklah balasan yang akan kita terima, kalau buruk amalan kita, maka azablah kita di akhirat kelak. Alhamdulillah, wanita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah.

"Ini bukan mimpi Mazlan. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu sekali. Kakak bertaubat Mazlan, kakak tak akan ulangi lagi kesilapan kakak dahulu. Kakak bertaubat, kakak taubat nasuha," katanya sambil menangis-nangis.

Sejak itu wanita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak. Amal ibadahnya tak henti-henti. Contohnya, kalau wanita itu pergi ke masjid pada waktu maghrib, dia cuma akan balik ke biliknya semula selepas sembahyang subuh.

"Kakak, yang kakak sembahyang teruk-teruk ni kenapa? Kakak kena jaga juga kesihatan diri kakak. Lepas sembahyang Isyak tu kakak baliklah, makan nasi ke, berehat ke." tegur saya.

"Tak apalah Mazlan. Kakak ada bawa buah kurma. Bolehlah kakak makan semasa kakak lapar."

Menurut wanita itu, sepanjang berada di dalam Masjidil Haram, dia mengqada'kan semula sembahyang yang ditinggalkannya dahulu. Selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Saya kasihan melihatkan keadaan wanita itu, takut kerana ibadah dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula. Jadi saya menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan kesihatannya.

"Tak boleh Mazlan. Kakak takut, kakak dah merasai pedihnya azab Tuhan. Mazlan tak rasa, Mazlan tak tau. Kalau Mazlan dah merasai azab itu, Mazlan juga akan jadi macam kakak. Kakak betul-betul bertaubat."

Wanita itu juga berpesan kepada saya, katanya ;

"Mazlan, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung, Mazlan ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung. Cukuplah kakak seorang saja yang merasai seksaan itu, kakak tak mau wanita lain pula jadi macam kakak. Semasa diazab, kakak tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan muhrimnya, maka dia diberikan satu dosa. Kalau 10 orang lelaki bukan muhrim tengok sehelai rambut kakak ini, bermakna kakak mendapat 10 dosa."

"Tapi Mazlan, rambut kakak ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau seorang tengok rambut kakak, ini bermakna beribu-ribu dosa yang kakak dapat. Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam kakak ni? Allah..."

"Kakak berazam, balik saja dari haji ini, kakak akan minta tolong dari ustaz supaya ajar suami akak sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat. Kakak nak ajak suami pergi haji. Seperti mana kakak, suami kakak tu Islam pada nama saja. Tapi itu semua kesilapan kakak. Kakak sudah bawa dia masuk Islam, tapi kakak tak bimbing dia. Bukan itu saja, kakak pula yang jadi seperti orang bukan Islam."

Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang wanita tersebut. Walaubagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wanita yang benar-benar solehah. Adakah dia berbohong kepada saya tentang ceritanya diazab semasa koma?

Tidak.

Saya percaya dia bercakap benar. Jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat nasuha?

Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadis.

Adakah ia bercanggah?

Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala, syurga dan neraka itu perkara ghaib? Janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita sudah diazab barulah kita mahu percaya bahawa...

"Oh... memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal..."

Itu dah terlambat.


Sama-samalah kita ambik iktibar daripada cerita ini ye..Aku harap korang sudi la share kan cerita ini supaya lebih ramai lagi yang tahu..Moga kita diberi kebaikan olehNya terutama di bulan puasa ini..Amin...

Please Give Me BackLink If You Want To Copy http://www.prince91.com/2011/08/azab-neraka-payudara-disepit-dengan.html#ixzz1Uvy9pMuk
Under Creative Commons License: Attribution

Thursday, August 11, 2011

Ramadhan

Indahnya Ramadan, paginya hening untuk yang insaf, siangnya pendek untuk yang sabar dan malamnya panjang untuk yang bertaubat. Selain menahan diri daripada lapar dan dahaga, berpuasa juga menahan diri melakukan perbuatan maksiat.

Sesiapa meninggalkan ibadat puasa tanpa izin syarie tidak akan dapat menggantikan hari itu pada mana-mana hari, meskipun ia berpuasa seumur hidupnya.

Permulaannya rahmat, pertengahan pengampunan dan penghujungnya terlepas daripada neraka jahanam. Inilah yang mahu dikejar sesiapa saja inginkan penghabisan usia yang baik. Mereka yang bersalah memohon maaf, si sombong menghulur senyum dan jahat mula bertaubat. Begitu juga yang selama ini takbur tidak putus bersujud memohon keampunan, memohon pelepasan daripada dosa yang terhimpun sekian lama.

Rasulullah SAW menyatakan beberapa kelebihan bulan Ramadhan, antaranya : Pada bulan itu diwajibkan berpuasa, semua pintu syurga dibuka, semua pintu neraka ditutup, semua syaitan diikat dan dibelenggu, padanya terdapat satu malam yang nilainya disisi Allah lebih baik daripada 1000 bulan (84 tahun). Banyak lagi kelebihan bulan tersebut dalam riwayat yang lain, antaranya : Ramadhan bulan ampunan, bulan rahmat, bulan pembebasan manusia dari api neraka, bulan sabar, bulan Al-Quran, penghulu semua bulan dalam setahun, segala amalan soleh dilipat gandakan ganjarannya melebihi bulan-bulan lain. Sungguh celaka sesiapa yang tidak mendapat fadhilat bulan tersebut. Dan Baaginda SAW akahiri pidato ringkasnya dengan : Sesiapa yang tidak memperolehi kebaikan bulan tersebut maka dia tidak memperolehi apa-apa. Atas sebab itulah Rasulullah SAW menamakan Ramadhan sebagai ( شَهْرٌ مُبَارَكٌ ) : Bulan Berkat.

Keberkatan atau Al-Barakah ( البَرَكَةُ ) menurut bahasa diambil daripada perkataan Al-Birkah ( البِرْكَةُ ) yang maknanya Kolam, sebab dalam keberkatan terdapat ciri-ciri khas yang terdapat di dalam kolam, iaitu : 1. ( كَثُرَ مَاؤُهُ ) : Banyak airnya ; 2. ( ثَبَتَ مَاؤُهُ ) : Tetap airnya. Setiap kolam mesti memiliki dua sifat tersebut, sebab jika sedikit airnya maka mungkin namanya " kolah " atau " lopak " dan jika mengalir pula airnya maka mungkin lebih sesuai dinamakan " sungai " atau " parit ". Oleh itu, jika seseorang mendapat keberkatan dalam hidupnya, bermakna dia layak mendapat ganjaran pahala yang sangat banyak dan ganjaran tersebut tetap baginya dan tidak dikurangi. Dan atas sebab ini pula sesetengah ulamak mengartikan Al-Barakah ( البَرَكَةُ ) dengan makna ( النُّمُوُّ وَالزِّيَادَةُ ) : Berkembang dan bertambah.


عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ رَضِىَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَمَّا حَضَرَ رَمَضَانُ : قَدْ جَاءَكُمْ شَهْرٌ مُبَارَكٌ ، اِفْتَرَضَ اللهُ عَلَيْكُمْ صِيَامَهُ ، تُفْتَحُ فِيْهِ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ ، وَتُغْلَقُ فِيْهِ أَبْوَابُ الْجَحِيْمِ ، وَتُغَلُّ فِيْهِ الشَّيَاطِيْنُ ، فِيْهِ لَيْلَةٌ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ ، مَنْ حُرِمَ خَيْرَهَا فَقَدْ حُرِمَ . رَوَاهُ أَحْمَدُ وَالنَّسَائِى وَالْبَيْهَقِى


Daripada Abi Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda ketika akan tiba Ramadhan : Telah datang kepadamu bulan yang diberkati, Allah telah mewajibkan ke atasmu berpuasa di dalamnya, pada bulan itu pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan para syaitan diikat ; juga terdapat pada bulan itu satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan ; Barangsiapa tidak memperolehi kebaikannya maka dia tidak memperolehi apa-apa.
(HR Ahmad, Al-Nasaai dan Al-Baihaqi)