BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, August 14, 2011

Perancangan Dan Kejayaan

Hari demi hari berlalu. Terasa waktu berjalan sederas air sungai, selaju cahaya. Tinggal lebih kurang 2 minggu lagi , calon SPM Negeri Johor akan menduduki peperiksaan percubaannya. Tanggal 5hb September, calon SPM Negeri Johor akan menduduki kertas pertamanya iaitu Pendidikan Al-Quran As-Sunnah (bagi yang mengambil sahaja).

Penulis juga merupakan calon SPM 2011. Hari ini penulis akan berkongi serba sedikit tentang perancangan dan kejayaan dalam kehidupan. Penulis pernah berjaya, pernah juga gagal. Hakikatnya , kegagalan itulah yang mengajar erti kita berusaha, gigih dan tabah ke arah kejayaan. Tanpa kegagalan , manusia tidak akan pernah mengerti erti kesyukuran. Bayangkan mereka yang tidak pernah gagal (walaupun mustahil) , sepanjang umurnya diselimuti dengan kejayaan. Adakah mereka akan merasa bersyukur?

Mari ikuti kisah ini. Kisah benar yang berlaku pada diri penulis sendiri.

Bermula sekolah di sebuah sekolah di Johor, penulis mula belajar erti sebuah kehidupan. Peperiksaan , belajar , ujian silih berganti. Apabila tiba waktu peperiksaan , penulis seringkali berjaya. Namun, ujian Allah itu Maha Hebat, penulis jatuh dalam lubang kegagalan ketika berada di darjah 4 , 5 dan 6 ..

Penulis boleh dikatakan hebat dalam pelajaran Matematik dan Bahasa Arab (ketika di sekolah rendah). Ujian Maha Hebat menimpa penulis apabila seringkali berjaya ketika berada di tahun 1, 2 dan 3.. Umur kian menginjak dari hari ke hari. Penulis tidak pernah mendapat gred B untuk subjek Matematik. Namun , pada Peperiksaan Semester 2 iaitu peperiksaan terakhir buat semua murid, penulis jatuh ke dalam lubang kegagalan. Dengan tidak disangkanya, penulis jatuh gred dan akhirnya mendapat gred D(tidak lulus bagi sekolah penulis).

Kegagalan berjaya diharungi dengan gigih. Usaha demi usaha dilakukan. Usahanya dibalas dengan kejayaan ketika berada di tahun 6. Kertas 2 Matematik tidak pernah bawah daripada 37/40. Mungkin para pembaca lebih hebat berbanding penulis. Namun yang ingin diceritakan bukan kehebatan, tetapi kegigihan , perancangan dan doa serta tawakkal itu membawa sebuah kejayaan yang manis.

Cerita di atas merupakan kisah yang seringkali berlaku dalam mana-mana jenis orang. Seorang pelajar cemerlang seperti Nik Nur Madihah juga pernah gagal. Mungkin bukan gagal dalam pelajaran. Kegagalan itu luas. Tanpa kegagalan, mereka takkan pernah kenal erti kejayaan :D

Pernahkah anda terfikir bagaimana bangunan berkembar Petronas itu terbina ? Sudah tentu bermula dengan sebuah fikiran seorang manusia. Dengan fikiran itu , maka idea itu dilontar dan dilakar di atas sebuah kertas yang dikenali sebagai perancangan. Kertas itu diberikan kepada arkitek dan seterusnya idea itu dipindah kepada buruh dan akhirnya terbinalah sebuah bangunan.

Begitu juga dengan kita sebagai seorang pelajar , setiap apa yang bakal dilakukan , harus dirancang. Jika perancangan itu gagal, tidak mengapa. Semuanya perlu diserahkan kepada yang Maha Merancang. Kita merancang, Allah juga merancang. Allah sebaik2 perancang.

insya Allah.
Kejayaan itu takkan datang tanpa perancangan. Kejayaan bermula dengan kegagalan :D
All the best SPM candidates.


2 comments:

harizismail said...
This comment has been removed by the author.
harizismail said...
This comment has been removed by the author.